Showing posts with label Af8. Show all posts
Showing posts with label Af8. Show all posts

ENTERTAINMENT : INTER MILAN JUARA CHAMPION'S LEAGUE & SHAHIR JUARA AKADEMI FANTASIA 8


Selamat pagi seua,live blogging ni saya buat dekat Kajang (perasan buat live blogging pulak.Ko dah tak laku lah Bean).Tadi hantar Datin Seri aiensepet ke Semua House then saya balik ke rumah mama saya.Semalam hajat hati nak kiamulail pastuh nak tgk bola last2 hanyut di lautan cinta.Habis apa pun tak dapat.

Nampak gayanya ilmu firasat saya masih di bawah level amatur lagi.Belum layak nak pergi belejar kat tepat Harry Potter.So saya rasa kena balik Batu Pahat belajar dengan Pak Meon Kampung Muhibah yang terkenal dengan ilmu tilik tuh (main pajak je tu sebenarnya).Kedua2 ramalan saya untuk entry lepas meleset sama sekali.Ces!selalu saya tilik mesti kena kali ni langsung tak kena.


Semalam kita dapat lihat bintang Shahir berjaya mengulangi keajaiban yang pernah dilakukan Mawi dulu.Kitapun tau yang sebelum ni Shahir telah disingkirkan dan dipanggil masuk semula melalui undi AFMASUK.Dah dua kali bintang AFMASUK berjaya jadi juara Akademi Fantasia.Jadi tahniah pada Ahahir yang telah dinobatkan sebagai Juara AKademi Fantasia 8 dan kita tengok samada anak didik Norman KRU ni berjaya atau tidak dalam dunia hiburan ni.Dan ni turutan Bintang AF 8 di konsert akhir :

Juara : Shahir
Naib Juara : Adira
Ketiga : Daus
Keempat : Maulana
Kelima : Iwan


Semalam juga menyaksikan Squad Jose Murinho (saya memang minat mamat ni..Tak nak jadi coach Liverpool ke bro?) iaitu Inter Milan berjaya mengalahkan Beyern 2-0.Kehebatan Murinho memimpin Inter Milan sampai dapat simpan 3 cup beb season ni senang cerita treble lah kan.Dan wira Inter Milan semestinya Diego Milito.Milito berjaya meledakkan dua gol untuk membantu Inter Milan menang dan mengucup Piala Liga Juara-Juara 2010.

ni gambar game je...Malas nak cari kat rumah en google

Hm,dengar cerita Liverpool akan kehilangan dua bintang utamanya next season betul ke dan cita2 nak beli David Villa tak kesampaian sebab Villa dah join Barcelona.Harap2 season depan Liverpool akan bangkit dengan semangat burung unta ye kalau nak saya bayar membership.

p/s :
- Tahniah kepada peserta AF8 akhir,jangan tenggelam macam budak2 AF yang lain dah la ye.
- Gambar credit pada Murai sebab saya takde DSLR dan tak dapat pergi konsert.

ENTRI PEMBUKAAN PADA HARI ISNIN - MENTOR + AF8


Selamat pagi,hari ni saya terlambat 10 minit masuk office.Jalan jam pulak hari ni.Hari ni saya akan siapkan baki2 kerja yang tinggal di sini.Sebab saya akan serahkan tugas saya pada IT person yang baru.Harap2 dia boleh harung kehidupan kat sini.Saya akan cuba hilangkan perasaan "Monday Blues" untuk mencapai target saya iaitu "Kerja Selesai Hati Senang".Kalau korang nak tips tunggu petang2 sikit sebab kalau saya bagi tips pagi2 ni dah tentu korang malas nak buat.Jadi entri ni adalah entri santai untuk rehat2kan kepala otak je.


Semalam saya boleh terlayan Mentor.Sebenarnya saya pun tak tau sangat pasal mentor dan protege.Setiap pagi bila saya lalu Seri Pentas mesti nampak banner Mentor gambar Joe Flizzow,Dayang,Mus May,Ziana Zain,Mas Idayu dan siapa ntah.hak3...Nama Protege satu hape pun memang saya tak tau.Tetiba semalam tengok Mentor Ziana Zain announce yang protege dia digugurkan.Siapa lagi kalau bukan Thalia.Protege baru dia nama MOHD (suara boleh tahan tapi muka ada style macam Black ar...tiru ke apa?).Alasan dia adalah Thalia belum cukup bersedia nak masuk competition besar macam ni.Hm,ye ke?Ntah lah itu dia punya hal.

Macam semalam yang saya cerita,saya tertarik dengan persembahan Ayim iaitu protege Mus May.Gila boleh dia tarik high note macam Mus May.Respect ar sama lu bro.Saya pernah bawak lagu May masa karok tapi lepas tu balik2 suara jadi suara itik.hak3...Protege kumpulan lain saya tak tengok lagi.Mungkin ada yang best juga.So dari layan AF8 yang gedik tu baik saya layan Mentor.Baru dapat kepuasan.Dan kalau tak sila Ain adalah peserta terakhir AF8 yang tersingkir.

Oklah nak sambung kerja.Kalau tak sampai bila2pun tak siap.Harap korang enjoy di "Monday Blues" ye...

p/s :
- Tak pasal2 saya jadi wartawan hiburan pagi ni

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails