METAFIZIK : PERLUNYA MEMAHAMI DIRI SENDIRI


Hye guys,kebosanan tahap melampau lah hari ni (hari2pun ko bosan Bean).Semakin hari semakin bosan dan saya tak tau apa puncanya.Sampai melibatkan idea saya untuk menulis.Tu yang asyik2 keluar tips je sebab idea di"block" oleh ketidaksedapan hati nurani (fuyooo!kalau cikhel baca mesti dia cakap saya poyo).Bila dah bosan mulalh keluar status pelik2 kat FB.Saya masih tak selesa bila blogspot tukar style preview blog.Owh tolonglah berikan saya semula cara yang lama.


Dah lama saya tak buka topik metafizik.Bukan apa saya tak nak bukak sebab takut tersalah cakap then oorang salah faham.Ok hari ni saya nak cerita salah satu konsep metafizik yang kita patut amalkan untuk dapat kegembiraan.Keyword dia adalah MEMAHAMI (agak2 keyword ni boleh masuk listing hot tak kat google).Manalah tau kan boleh beat keyword pasal John Travolta ke tak pun keyword Bret Micheals yang tengah top sekarang kat Yahoo.Sape Bret Micheals?Dia adalah rocker (bukan starrocker) dan vosalist kumpulan Poison yang dulu mengalami Brain Hemorrhage Scare (apa ni eyh?).

Ok,memahami orang lain adalah satu benda yang sukar sebenarnya.Kenapa?Sebab dalam kehidupan kita berhadapan dengan pelbagai jenis manusia yang mempunyai pelbagai jenis perangai.Ada yang panas baran dan ada yang penyabar.Ada yang berterus terang dan ada yang putar alam.Cakap memang senang,tapi nak buat susah.Tapi kalau kita positif kita sepatutnya kena faham apa yang berlaku.

Benda pertama yang kita kena faham ialah diri kita sendiri.Sebab diri kita adalah penentu arah tuju hidup.Kalau kita sendiri tak faham diri kita takkan nak suruh pak imam fahamkan.Bila kita faham diri sendiri kita akan tahu apa yang kita nak dan nampak jalan apa yang dituju.Dengan memahami diri sendiri kita akan dapat corak kehidupan kita dengan mudah.Bila kita dah tau apa yang kita nak maka kita dapat achieve apa yang kita nak.Maksudnya di sini kita kena tau kemahuan dan keperluan kita atau bahasa mudah tahu target hidup kita.

Macam saya target saya adalah nak ada kerja yang selesa,gaji tak besar sangatpun takpe dan juga dapat bagi semua orang happy.So untuk capai benda2 tu semua saya kena kaji diri saya sendiri dan tau apa kekuatan dan kelemahan yang saya ada supaya dapat saya perbaiki.Kalau saya nak kerja best tapi effort saya tak best maka kerja tersebut takkan jadi best.Sama jugak dalam blogging kalau kita takde target or just suka2 (bak kata ramai blogger2 lain) maka benda tu akan jadi kita je suka tapi kalau target kita nak orang baca apa yang kita tulis kita kana faham apa yang perlu kita buat untuk tarik orang baca apa yang kita tulis.Buatlah apa yang kita suka dan bukannya memaksa diri kita untuk menjadi orang lain.

Kesimpulannya tolong fahamkan diri kita sebab bila kita tak boleh nak faham diri kita dan tak tau apa yang kita nak keadaan tu akan menyebabkan ketidakselesaan pada orang sekeliling kita.Dan mulalah kita akan terasa macam kita hidup kat dunia ni sorang2 je tanpa berteman.

p/s :
- Ramai orang yang masih tercari2 siapa diri dia tapi suka sibuk2 nak tau pasal orang lain
- Saya suka lagu ni sebab lirik dia mengingatkan kita supaya enjoy life kita :




Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails