MAMAKU DAN PIALA THOMAS


Selamat malam ye semua.Pria Romantik baru sampai ke rumah dari Johor.Agak keletihan jadi saya minta aiensepet untuk membuatkan saya air hikmat..Thanks kat korang yang still masuk blog ni walaupun saya tak update langsung.Kerjasama anda amatlah dihargai.Bean moreno dah berubah imej dari seorang yang serabai kepada Skinhead Romantis.Hak3...

Saya bukan nak bercerita pasal mama saya yang suka main badminton.Mama saya jugak bukan seorang tokoh yang berjaya membawa pulang Piala Thomas untuk Malaysia.Mama saya juga tiada share dalam Syarikat Yonex dan tidak mempunyai jawatan dalam BAM.Hari ni hari ibu jadi saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu kat mama saya yang saya sayang.Meh saya cerita sikit siapa mama saya.

Mama saya seorang cikgu je.Dulu mama saya merupakan cikgu kelas saya dan untuk pengetahuan korang dia yang ajar saya.Kalau nak cerita garang pergh korang takkan jumpa cikgu yang garang macam dia.Walaupun saya ni anak kesayangan dia kat rumah tapi apa yang budak lain kena saya pun takkan terlepas.Saya pernah kene ketuk tangan dengan pembaris sebab tak dapat buat tulisan cantik (hodoh sangat ke tulisan saya?) dan saya jugak pernah dihantar masuk ke kelas darjah satu padahal saya time tu darjah enam sebab tak siap kerja sekolah (amacam diktator tak mama saya?).Tapi disebabkan ke"diktator"an mama saya saya berjaya dapat 4A UPSR .Kalau bukan sebab dia saya rasa saya takkan sepandai sekarang (perasan je).Nak tengok gambar mama saya :

Ini muka mama saya ketika suka...Korang mesti tak nak tengok muka dia bila dia marah.

So mama Thanks sebab melahirkan dan membesarkan saya sehingga menjadi seorang Blogger Gila dan Pria Romantis ini.Entri ini just nak menunjukkan yang Bean Moreno teramatlah sayang kepada mamanya yang sangat garang itu.Sebelum saya terlupa Selamat Hari Ibu juga kepada Ibu Mertuaku yang berada di Muar (halamak dah macam ucapan kat Radio Era pulak).Dia tidak seperti Nyonya Mansor yang kejam.Tanpa Ibu Metuaku tidak lah dapat Bean Moreno berkahwin dengan Aiensepet.Ni adalah Ibu Mertua Bean Moreno :

Muka Nampak Garang bukan,tapi dia sebenarnya baik

Alamak meleret pulak.Korang pun rasanya dah kenal Bean Moreno macam mana kan so tolong jangan merungut atau buat terkejut dengan entri yang cecah lantai ok...

Selain tu saya nak wish luck (bukan wismelak ye itu jenama rokok) kepada pasukan Piala Thomas dan Uber Malaysia.Saya rasa Dato Lee Chong Wei adalah sandaran dan juga idola saya (yelah muda lagi dah dato').Korang kena pastikan Piala Thomas berada di Malaysia ok.Sebab saya tau pasukan Malaysia memang hebat.Setakat Lin Dan,Dato' Lee pakai raket yang beli kat Giant pun boleh menang tau.Oklah kesan air hikmat dah sampai ke optimum maka saya kena akhirkan entri ni.Makin di depan keyboard ia akan menjadi lebih panjang.Jadi Selamat malam sayang,Selamat malam kasih...Selamat malam sayang....

p/s :
- Fatehah sorry ye tak sempat nak singgah sebab tadi saya ada gaduh sikit kat PD
- Pasal gath jangan ada yang sentap2 eyh itu dalam perancangan.Kalau jadi saya announce
- Tengah susun gambar untuk Pizzahut
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails