TIPS : APA ADA DENGAN NUFFNANG


Selamat petang,baru settle separuh kerja.Ni tgh berehat sebentar bersama kitkat sebab otak semak.Lagi beberapa jam saya akan dapat berehat dengan tenang.Terasa macam lambat pulak nak pukul 6.Hari ni macam2 cerita saya baca dari blog prang lain.Berita yang menggemparkan ialah Kak Tash dah disahkan ada baby di dalam perut.Wah satu perasaan yang sungguh best.Atas desakan Kak sumi maka ter"submit"lah entri Digi tu.Nak baca sila ke [sini].Entri Pizzahutpun dah publish dan saya dah suruh manager tu baca.Manalah tau kalau dia nak suruh saya edit kan.Kalau korang terlepas sila baca [sini].

Hari isnin iaitu semalam saya ada terpandang kat chatbox,ada blogger mintak tips untuk naikkan duit Nuffnang.hoho...bukan tak nak bagi tapi saya sendiripun tak boleh dan tak tau tips untuk naikkan duit dalam akaun Nuffnang.Check2 yang datang ke mailbox sayapun sebenarnya sayapun tak tau macam mana boleh jadi amount cam tuh.Saya cuma boleh kasi knowledge je kat korang pasal Nuffnang.Kalau saya ada cara senang nak naikkan income Nuffnang dah tentu saya dah keluarkan e-book (tak yah perasan eyh Bean).

Sebelum tu meh saya cerita sikit apa yang ada dalam Nuffnang.Kat Nuffnang korang boleh dapat :

1) MOVIE

Antara movie yang saya dah pergi ialah Sherlock Holmes,Paranormal Activity,Valentine Day,Date Night & banyak lagi.Cara nak menang tiket senang je kadang2 kena buat entry pasal tiket dan kadang2 just komen je kat blog Nuffnang.

2) KONTEST

Banyak kontest sebenarnya dalam blog Nuffnang.Korang try je luck korang.Mana tau menangkan.So far kontest yang saya menang ialah review pasal KDU Open Day.Dari kontes2 ni korang boleh jugak dapat duit dan macam2 hadiah yang best2.

3) EVENT

Nuffnang jugak banyak buat event best2 dan boleh dapat hadiah tau.Bukan takat tu je,kalau korang buat entri pun kadang2 boleh dapat duit.Antara event yang dah saya pergi ialah Digi Internet Pimp My Day,Astro Beyond Launching,Samsung Corby & yang paling latest ialah Gatsby Deodorant Street Fair.Korang kena fikir something di luar kotak kawalan mental korang.Jangn fikir pergi event balik dengan tangan kosong itu rugi.Bagi saya sebenarnya tidak.Walaupun balik tangn kosong,tapi kita dapat member baru.Dengan itu maka akan berlaku gegaran platlet traffik pada blog korang.

Oklah 3 benda yang saya bagitau kat atas memang takde pada ads company yang lain (tak perlulah saya mention ye).Hanya Nuffnangers yang ada Gliterati je boleh dapat benda ni.So tak payah kita nak fikir buat team klik2 sebab bila dah tau cara duit tu akan masuk.Tak puas hati lagi.Ok rahsia yang lain ialah bila korang buat entri untuk "ProjectAlpha".Satu minggu dapat RM20 sekarang dah 10 minggu.Kalau tiap2 minggu korang buat dah berapa rasanya duit korang?RM200 kan.Tak banyak ke?

Untuk knowledge pasal Nuffnang korang boleh baca entri2 kat bawah ni :


Kalau korang nak lagi puas dan nak tau sangat rahsia2 atau knowledge pasal Nuffnang boleh masuk blog Eyriqazz,Melz,ataupun Dahlia.Diorang lagi hebat.Yang penting ialah tolong jangan kejar sangat duit.Belajar menulis dengan baik then korang akan nampak duit tu kejar korang sampai korang tertonggeng2 lari.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails