SELAMAT MALAM SAYANG...SELAMAT MALAM KASIH...SELAMAT MALAM SAYANG


Hye guys,selamat malam saya ucapkan.Wah tajuk nampak cam nak karok lagu Faizal Tahir kan.Owh tidak,walaupun Faizal Tahir menang AIM semalam saya bukanlah salah seorang fan dia.Aiensepet yang fan or kipas susah mati Faizal Tahir.Actually Bean Moreno baru bangun tido selepas makan sate di Medan Selera Idaman Damansara.Letih der kerja tadi biasalah "Mat Bangla".

Amacam dah tengok video saya ke blom?Sampai hati tak vote video sayatu.Korang anggaplah dengan vote tu korang dapat pulihkan semangat Mat Rempit yang eksiden untuk meneruskan kehidupan.So untuk vote silalah tengok dan vote kat Video Bean Moreno.Sorrylah kawan2 sebab sekarang kalau korang nak vote apa2 memang kena register sama jugak kalau korang nak pergi mengundi Barisan Nasional (Ko undi ke Bean?hak3).Tapi kawan sejati tak mungkin akan berkira dengan hanya sekali register kan (mak aiyh ayat dah best kalau tak tambah vote tak taulah).

Lepas bangun tido dan membaca blog tadi saya rasa cam best.Sebab apa ye?Yang pertama penat lelah saya semalam terbalas sebab video saya terpilih  dan tergolong dalam penerima hadiah P1 serta RM20 untuk task 9(a) Project Alpha.Syok je cerita pasal task 9 (b) yang 9 (a) mana?Sabar Bean!Jangan Nak diva sangat...Hari tu video Slurpee sampai ke Bollywood abis video ni nak sampai mana?Mungkin lepas ni sampai ke Hollywood sana saya bakal jadi Ironman 3.Nak tengok bukti bolehlah masuk ke sini.Saya malas nak bukak photoshop edit gambar.

Yang kedua,apa yang membuat saya gembira ialah bila saya tengok bloglist ada nama Ben Ashaari kat Blog Jard.Mamat ni memang bagus sebab dia ada taktik dia sendiri untuk bagi blog dia stabil tapi malangnya saya bukan kipas susah mati dia.Saya just baca je.Tapi saya terasa agak sangsi sebab mesti ada muslihat tersembunyi dalam entri minah ni.sebab biasanya ada je yang dia nak kenakan saya.Tapi kali ni agak meleset sebab dia memuji saya dalam entri ni.Owh Jard sesungguhnya saya tak sehebat yang kamoo sangkakan.Sayapun masih belajar.Anyway thanks sebab sanggup kaji pasal Suterablogger.Lagi satu jangan lupa vote ya bah...

Oklah dah sampai masa untuk tidur dan sebenarnya tadi saya cuma tidur untuk 15 minit je.Ni nak tambah masa untuk tidur.Sekali lagi saya ingatkan tolong vote video saya ye kengkawan anda lah harapan saya untuk meneruskan perjalan sebagai anak seni (yelah mana tau lepas ni dapat berlakon dengan Intan Ladyana ke?).

p/s :
- Ada orang kata link banyak sangat kat blog ni kenapa?Saya dah pernah cerita kat entri TIPS : JANGAN KEDEKUT LINK jadi sila baca jangan jadi ketam mengajar anaknya berjalan (uiks betul ke ni?)
- Entri takde gambar sebab malas nak bukak photoshop.Sorry eyh...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails