SEMUA ORANG BOLEH JADI BLOGGER TAPI BOLEH TAK KITA...


Selamat tengahari ye semua,sorry late update hari ni sebab banyak kerjalah pulak.Unify tak settle sekarang Amax Wimax pulak bikin hal.Dah semua tak boleh nak online.Lepas tu yang menjadi mangsa pastinya Mat Bangla berdiploma ni kan.Pergh penat berulang alik.Ingatkan router problem last2 pergi service center dia bagitau ada interuption la pulak.Yang Unify baru bagitau tak de laluan dari Riser ke premis.Pergh terbakar siot.Habis kitorang kat kolej ni kene online pakai streamyx yang kong ni.Jadi siapa yang patut kita percaya?


Oklah dah lama tak cerita pasal blogging kan.Cuma kali ni takde tips lah.Letih pulak nak buat research.Sekarang ni kalau korang perasan dah ramai yang nak jadi blogger.Setiap hari kalau kita usha Gengblogger mesti ada blogger2 baru daftar so Kong pun akan bertambah kong nak manage Gengblogger. hak3..Siapa Kong?Pergilah ngorat dia then korang akan kenal dia.

Sekarang fenomena blogging dah meluas dan ramai orang dah cuba untuk jadi blogger.Kalau dulu kita tengok ada beberapa blog je yang wujud dan sekarang ni dah top tapi sekarang ni kalau kita bukak shoutbox,macam2 nama baru terkeluar (tu belom lagi spammer macam dapat wang kan).Bila kita tengok kebanyakan dari blogger2 niat dia cuma satu yang utama iaitu Ads.Banyak yang berharap bila letak ads unit duit akan masuk dan boleh beli kereta Fairlady lah,boleh beli banglow lah atau mungkin buat hantaran kahwin.Maka terbentuklah satu blog yang mana ads unit bersepah2 kat sidebar dan header.

Ada pulak yang fikir dengan buat blog boleh jadi glamour.Boleh jadi terkenal dan naik nama macam Fasha Sandha or ada yang berangan nak jadi Justin Bieber.Nak bagi semua orang kenal dan mintak autograph.Konon2 nak berjalan atas red carpet (yang ni mungkin saya termasuk sekali.hak3).So mulalah tulis blog then tulis entry.Bila ramai yang dah kenal diri terasa best dan mula menulis something tanpa fikir perasaan orang lain.Kalau awal2 ada blog tulis punyalah berhati2 bila tengok angka follower dah dekat2 nak riban terasa best then condemn orang lain.Hentam sana hentam sini (macam perli diri sendiri je).Ada tak kita fikirkan benda2 ni?

Sebenarnya tujuan saya adalah nak ingatkan kat diri sendiri yang semua orang boleh jadi blogger.Semua orang boleh buat blog sebab bukan susahpun ada email then register kat blogspot dalam masa 15 minit nah..."Aku Dah Jadi Blooger!!!"...Senangkan tapi lepas kita ada blog adakah kita terfikir apa yang kita akan tulis selepas blogspot approve blog itu dapat beri kesan pada orang lain ataupun setakat tulis then biarkan je.Maksud KESAN yang saya cakap tu ialah :

1) Adakah penulisan kita mampu buat readers sedih/terasa lepas baca
2) Adakah penulisan kita dapat memberikan kegembiraan pada readers
3) Adakah penulisan kita mampu buat readers berfikir
4) Adakah penulisan kita mampu bagi info kat readers

Kesan2 ni sebenarnya yang akan membuatkan seorang blogger itu diingati bukan setakat tulis then cakap kita adalah blogger.Bukan takat tulis entry then hentam orang dan nak tunjuk kita ni bagus kita dah boleh cakap kita blogger bagus.Saya bukan tujukan entri ni pada insan2 tertentu tapi saya just nak remind diri sendiri yang saya bukan blogger yang hebat macam Kak Jie,Liza Razak ataupun Mel.Still takat tulis untuk release tekanan dan masih belum boleh nak cakap yang saya ni blogger sejati.hoho...

p/s :
- Masih takut nak jadi blogger kamikaze macam Kickdafella & Raja Petra
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails