SELAMAT HARI GURU - BEAN MORENOPUN ADA GURU


Selamat hari Ahad ye,Bean Moreno ada di Kajang.Sekali sekala balik umah mama saya.Cuaca sangat panas hari ni tapi tak sepanas hati saya semalam.Saya tak tau apa yang dia nak buktikan sampai tak fikir pasal "kemaluan" sendiri (ooops).Lepas ni sure takan mintak tolong saya dah (bagus jugak boleh update blog.hak3).Ada orang hantar email semalam mintak saya tunjuk macam mana nak dapat buffered dalam Nuffnang.Bukan saya tak nak ajar tapi saya belum cukup hebat nak dedahkan pasal cara dapat buffered sebab sayapun kalau dapat buffered cuma 1 or 2 je sekali dapat & bila jadi metered daatpun tak banyak cuma satu buffered RM30 je.Tak sebanyak Eyriqazz.alau korang nak belajar pasal buffered korang boleh check blog Eyriqazz sebab satu buffered dia cecah RM200.


Macam yang kita tau hari ini adalah hari guru.Jadi Bean Moreno nak ucapkan Happy Teacher's Pet (oooops) Day untuk semua guru2 di seluruh Malaysia (yang luar Malaysia mintak maaf).Guru adalah orang yang bertanggungjawab untuk ajar kita.Kalau kita takde guru yang ajar kita ABC maka tak mungkin kita dapat baca blog ini.Kalau korang baca entri saya lepas korang mesti tau siapa cikgu yang betul2 saya takut sepanjang hidup saya.Nak tau sila baca [sini].Kalau korang jadi saya pun memang korang akan takut.Cikgu itu adalah mama saya sendiri.

Kalau nak cerita pasal blogging pulak siapa kata saya takde cikgu.Kalau saya takde cikgu dah tentu saya tak boleh seteguh sekarang.Saya banyak menebalkan muka mintak orang ajar saya.Dan saya pernah buat enti pasal siapa sifu saya dalam dunia blogging.Nak tau?sila baca [sini].Tak mungkin saya akan dapat apa maksud sebenar dalam blogging kalau saya tak jumpa diorang.Dulu saya cuma dapat fikir dan berangan nak jadi macam diorang tapi lepas jumpa diorang saya serap ilmu diorang dan cari sendiri pecahan2 dia.Tapi agak susah saya nak kejar pencapaian diorang walaupun Alexa & PR saya lebih bagus (itupun sebab diorang tukar domain.hak3).

Kesimpulannya kat sini seorang cikgu tak semestinya lebih tua dari kita,kadang2 orang yang lebih muda pun boleh kita panggil cikgu sebab mungkin dia lebih bagus dari kita.Jangan malu2 menentut ilmu daripada orang yang lebih muda.Ingat Guru itu platform untuk kita berjaya & sila hormati guru anda.

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU2 TAK KIRA APAPUN ANDA AJAR.

P/S :
- Tengah tengok Final Piala Thomas Lindan Tengah leading.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails