CULTURE : ADAKAH ORANG MEMAINKAN HUKUM ATAUPUN PROPAGANDA MEDIA



Salam guys,sorry hari ni saya lambat update macam semalam.Agak sibuk dari tadi buat last check untuk inventory software & hardware.Pening siot sebab benda dah lama so dah tak tau mana pergi serial number & report memang tak teratur sikit.Kepala dah macam nak pecah dah ni.Jangan tetiba jadi gila baling tukul kat mak bapak macam dalan surat khabar tu dah le...hak3..




Nak cerita pasal surat khabar kan saya sekarang ni macam suka baca surat khabar (kira dah tak skinhead lagi dah ni).Tapi lately banyak pulak cerita pasal ustazahlah,pasal ustazlah yang baru tadi saya terbaca ialah pasal Imam.Semua cerita2 dalam akhbar ni kalau cerita pasal kebaikan dan tunjuk ajar golongan2 ni takpela.Yelah dalam komuniti kita (komuniti Nuffnang terkecuali),golongan2 ni adalah golongan2 elit yang dihormati.Kira frontliner agamlah.

Last week kecoh pasal ustazah buat seks dengan warden sekolah.Memang siapa buat topik pasal benda ni memang dapat hit ribu2 lebih2 lagi kalau dapat letak video diorang.Tapi masa isu ni keluar apa yang dikhabarkan dalam surat khabar dan gambar tuh berbeza sama sekali.Saya rasa macam was2 sebab sekarang ni bukan kira bohsia tepi jalanpun dah pandai pakai tudung & purdah sebab nak cover kerja kan.Jadi wajarkah kita melalui penampilan dan tanpa bukti kita buat tomahan dengan selamba mak nyah yang di dalam gambar itu adalah ustazah.Tak pasal2 dapat dosa kering.

Semalam keluar pasal ustaz muda.Ustaz muda ni tipu dia boleh ubat kanser.Melalui webcam dia boleh ramal penyakit orang tu dan tahap keberapa kanser orang tu.Pergh dah macam mesin pulakkan boleh impas ikut webcam.Mungkin dia berkawan dengan transformer kot.Tapi kenapa dia dikaitkan dengan "ustaz".Adakah disebabkan dia memakai tarbus tiga abdul dia dah boleh digelar ustaz.Layakkah dia.Ramai manusia di atas muka bumi ni yang pakai serban,songkok dan jubah bagai yang hanya sebagai pakaian tanpa ikhlas di hati.So bila nampak orang jahat pakai songkok or jubah dah senang2 dapat panggilan ustaz.Dah tak payah pergi al-Azhar or pergi sekolah pondok.Tanpa ilmu pun dah boleh digelar ustaz.

Hari ni cerita baru pulak.Cerita pasal Imam Simpan Kekasih.Dari segi cerita dalam surat khabar memang ada buktilah yang mamat ni bagi ceramah agama kat surau2 dan dalam masa yang sama duduk bersekedudukan dengan teman wanita dia.uiks?Apa yang dibuat tu memang agak bijak sebab menyimpan kejahatan disebalik kealiman.Apa cer sekarang ni golongan yang bertitle imam boleh dikaitkan dengan cerita2 macam ni.Imam sepatutnya adalah ketua.Kalau orang macam saya ni buat macam tu boleh tutup sebelah mata tapi ni imam.Ye memang betul imampun manusia,tapi sepatutnya imam lebih pandai dan berilmu jika nak dibandingkan dengan saya yang agak jahil ni.

Perseoalannya sekarang ialah :

1) ADAKAH BENAR YANG BUAT KERJA2 NI FRONTLINER DALAM AGAMA DAN MEREKA SENDIRI DAH BERANI MEMPERMAINKAN HUKUM?

2) ADAKAH GELARAN TERSEBUT DIGUNAKAN HANYA SEBAGAI TAJUK UNTUK MENJADIKAN SESEBUAH AKHBAR ITU HANGAT?

Jadi mari kita renungkan apa yang terjadi dan berfikir secara waras sebelum kita membuat tindakan ataupun melemparkan tomahan pada seseorang itu.Sekiranya kita punya bukti yang betul2 kukuh dan bukti itu boleh membuat tuan punya melompat dan terjun Sungai Kelang barulah buat tuduhan.

p/s :
- Sorrylah kalau agak emosi pasal cerita2 macam ni kita sepatutnya kena fikirkan secara serius dan lebih penting dari siapa yang menang Akademi Fantasi 8.
- Mungkin lepas ni orang yang berjubah pergi merompak bank pun akan dapat gelaran Ustaz or Imam dan mungkin bapuk or pelacur yang buat projek pakai tudung akan senang2 dapat gelaran ustazah.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails