CULTURE : PAKAI HARTA BAPAK TAPI POYO LEBIH


Hye guys,amacam ada baik ke hari ni?Sepertimana yang korang tau hari ni adalah hari terakhir saya menulis blog.Mesti ramai yang sedih (hek eleh bajet best je blog ni).Yelah habis kalau bukan saya yang bajet bagus siapa lagi yang nak bajet blog ni bagus.Tapi rileks dulu.Cool2 jangan nangis dulu.Hari ni adalah hari terakhir saya menulis blog di office ni sebab ni adalah hari terakhir saya di kolej ni.Sedar tak sedar dah nak dekat setahun saya kerja kat sini.Saya terpaksa pergi ke kelab lain walaupun ditawarkan harga tertinggi yang boleh mengalahkan harga Christiano Ronaldo.Jadi lepas ni harap2 dapat online sewaktu bekerja.

Ingatkan nak tulis pasal event Digi Breakfree last Saturday tapi mood belum sampai dan kalau say paksa jugak nak tulis pasal event tuh mungkin saya akan melalut bukan memberi fakta.hak3...Tapi apa yang boleh saya katakan event tu best jugaklah tapi tak se'best' event Digi Pimp My Internet bulan January lepas.Kalau tak caya tanya siapa yang pergi dua2 event ni.

Oklah nak cerita sikit pasal apa yang manusia selalu buat and fikir.Kalau korang perasan manusia ada satu sifat nama dia ego dan ego ni akan membuatkan manusia lupa siapa diri dia dan akan menganggap dia bagus.Kiranya takkan ada orang lagi bagus dari dia.Bila pakai barang best sikit dia akan terasa best dan mula merangsang hormon jahat yang digelar hormon 'show off'.Maka walaupun cuma pakai beg tangan Louis Vuitton yang beli kat Petaling Street pun dah mula 'merak'.

Saya ingat lagi time sekolah,saya ni bukan anak orang kaya tapi tak jugaklah miskin.Kira kalau nak beli karipap tu boleh lah tiap2 hari (uiks apa kene mengena?).Time tu bapak saya just pangkat pegawai waran je.Dalam sekolah tu belambaklah anak2 panglima dan pangkat2 besar.Jadi bila dah macam tu siapa yang ada barang branded memang akan dipandang dan memang akan dapat ramai kawan senang cerita 'top' (bukan sabun basuh baju yek) lah kat sekolah.Saya ni just pakai Alien Workshop pasar malam je (walaupun branded tapi boleh kasi kantoilah itu pasar malam).Jadi masing2 akan berasa bangga dengan apa yang diorang ada.Dan mereka2 di memang senang nak dapat awek.hak3...Tak macam saya asyik2 kene reject je pastuh memang nak bercampur pun takut.Tapi dalam keadaan tersebut sedarkah mereka bahawa apa yang dipakai itu bukan dari titik peluh sendiri?Sila jawab...

Time bekerja pulak,semua cerita bab2 kereta besar.Pakai kereta BMW bapak pergi kerja padahal kerja kerani am rendah je (ada ke situasi ni,saya pajak je).Itupun dah buat muka mintak penampar.Saya ingat lagi ada satu hari time saya bujang.Lepak lah dengan member2 kat Rasta Damansara.So bila lepak tempat2 macam tuh maka wujudlah awek2 cun yang bajet diva.Pakai branded2 lepak makan nak style2.So masa kitorang nak balik tuh kitorang jalan sekali ngan awek tu (tiada niat nak ngorat ye).Member saya dengan muka tak malu tegurlah seorang awek ni (untuk pengetahuan korang member saya pakai Proton Wira je).Korang rasa apa ayat awek tuh?

"Pakai Wirapun ada hati nak ngorat awek..."

Last2 korang tau awek tu pakai kereta apa?Kereta Tiara je pun.hak3...Dia punya poyo macam pakai Brabus beb.Itupun belum tentu kereta dia.Ntah2 kereta abang dia kita bukan tau.Last2 member saya kejar kereta dia then pergi sebelah kereta RAM kat kereta dia.Muka terus tunduk.hoho...Tengok tu dia ingat harga Tiara lagi mahal dari Wira ke?Mungkin dia terasa kereta dia dah habis gempak.

Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya ialah walaupun kita ada something yang mungkin lebih bagus dari orang lain,silalah jangan nak berlagak lebih2 lagi kalau barang2 itu datangnya dari wallet orang lain.Kalau itu adalah dari hasil kita sendiri mungkin ada exceptionlah kan.Tapi tak semestinya kita boleh 'show off' pada orang lain.

p/s :
- Yeay !!!Akhirnya saya breakfree!!!
- Dua hari tak menaip maka entri nipun jadi kureng sikit hak3
- Nah amik ko entri ceceh lantai...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails