CULTURE : LEBIH BESAR PERIUK LAGI BANYAK KERAK


Hye selamat malam mungkin ni entry akhir untuk hari ahad bersamaan dengan 2 Mei 2010.Saya tengah bertungkus lumus siapkan report untuk meeting esok.Rajin kan saya ni cuti2pun still fikir pasal kerja (actually terpaksa sebab nak siapkan kat office memang tak sempat).Korang jangan terkejut dengan title sebab korang tak salah masuk blog.Saya bukan nak bercerita pasal buat nasi goreng klung klang,klung klang mahupun buat nasi impit untuk sate.Kalau nak resipi boleh pergi blog Kak Ina.Kat situ korang boleh belajar jadi chef.hak3...

gambar adalah hiasan semata2 sebab tak jumpa gambar periuk yang ada kerak...hak3

Tajuk tu adalah pepatah orang2 lamo yang bermaksud lagi besar pendapatan lagi senang habis (uiks yeke?saya main bo je).Anggap jelah maksud dia macam tu eyh sebab saya SPM BM A2 je.Kenapa saya nak up kan tajuk ni.Yelah senario yang berlaku hari ni kalau korang perasan.Kalau gaji besar mesti nak kena ada kete besar,rumah besar, dan macam2 lagi yang besar.Tapi kan apakah sebab mereka memiliki benda2 tu semua?Bagi saya ada 3 sebab iaitu :

1) MEMANG DUIT TERLEBIH

Bila ada duit lebh dan tak tau nak beli apa so diorang belilah apa yang diorang rasa nak beli.Tak macam kita kena tunggu gaji je baru boleh beli apa yang kita nak.Itupun kalau lah ada lebih tapi tak pada mereka yang terlebih mampu.Dapat pergi haji beratus2 kali,dapat pergi honeymoon banyak kali walaupun cucu dah 15 dan dapat beli kereta macam beli kereta Hotwheels kat Toy R Us

2) MINAT DAN MEMANG SUKA

Yang ni lain pulak.Ada yang suka beli barang mahal2 sampaikan barang yang letak kat bawahpun kalau boleh nak yang best2.Itu pasal ada yang pakai seluar londeh sebab nak tunjuk spender Renoma ori.Ada pulak yang beli kereta mewah tapi gaji kecil je.Sebab minat la kan.Sanggup tak makan nasi sebulan asyik2 pergi kedai Pak Din order roti canai + air suam macam Bobby Adnan Sempit the Movie.

3) TERPAKSA BELI

Yang ni lain pulak cerita dia.Ada yang sanggup beli kereta mahal2 hanya disebabkan taknak bayar tax.Beli kereta berbiji2 kahwin sampai 3 or 4 semata2 tak nak bayar tax.Kadang2 ada company disebabkan nak lari tax tahunan beli byk2 kereta company yang best2 lepas tuh bagi staff pakai.hoho...Best jugak kalau boss saya bagi sebiji Caldina untuk saya.hak3...

Jadi nilah dia senario2 dalam kehidupan kita.Walaupun duit gaji kita beribu2 tapi tak mungkin duit simpanan kita beribu2 sebab banyak yang nak kena bikin.Tapi bagi orang yang bijak berbelanja dan invest macam Matjoe masalah ni dapat dielekkan sebab dia memang pakar bab2 investment harta ni kira bolehlah dikatakan mata duitan (hak3...gua main2 je).Tak percaya masuk la blog dia.Banyak benda yang kita boleh belajar.

p/s :
- Biar duit sikit janji kita tau duit tu bukan 100% milik kita.Jadi serahkanlah pada yang patut
- Kena bersiap sedia sebab Datin Seri Aiensepet dah nak balik kerja
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails