Showing posts with label Paramore. Show all posts
Showing posts with label Paramore. Show all posts

PARAMORE LIVE IN KUALA LUMPUR | GAMBAR KONSERT

PARAMORE LIVE IN KUALA LUMPUR 

Salam dan selamat malam saya tau ramai yang nak tau pasal benda ni.Actually dah lama saya nak update pasal Konsert Paramore Live In Kuala Lumpur ni tapi memang tak cukup masa.So tertangguhlah project ni.Tapi kali ni saya akan pastikan korang semua dapat baca review ni.Saya tau dah ramai dak-dak Gplusmy yang update.But it's not a big deal!(mentang-mentang tengok Paramore terus speaking London beb).


Sebelum saya terus cerita pasal konsert saya nak bagitau yang saya memang minat gila kat band Paramore ni (terutama Hayley William la takkan saya minat kat gitaris dia kot).Pernah dulu masa Orianti buat show kat Malaysia saya terfikir bilalah saya dapat tengok Paramore buat show.Then balik-balik je terus dapat mail dari Nuffnang suruh buat Advertorial untuk Paramore & Tune Talk ni.Pergh memang seronok beb yelah mulut masin lah orang tua-tua cakap.Anyway thanks to Nuffnang sebab bagi peluang dan tunaikan permintaan saya.Lepas tu nak ucap thank you kepada Tunetalk sebab bawak masuk band kegemaran saya ni.



Saya dan aiensepet sampai terlalu awak disebabkan jalan tidak jam (sememangnya sampai hari ni saya pelik).Then disebabkan saya tak sempat nak ambil ticket sendiri kat office Nuffnang maka saya kena mintak tolong blogger yang bernama Rabi untuk tolong saya maka saya dan aiensepet dapatlah ticket Paramore Live In Kuala Lumpur.Anyway thanks to Rabi.


Time gambar kat atas ni awal lagi saya tengh tunggu bila Paramore nak jatuhkan tirai dan kalau korang perasan stadium masih kosong.Pelik tak apasal stadium still kosong?Saya tunjuk apa yang berlaku kat luar :




Stadium nampak kosong bukan sebab takde orang masuk.Gila ke takde orang datang konsert ni.Kalau tak silap tiket dia habis jual tau.Masalah ni memang akan berlaku setiap kali konsert berlangsung.Oraganizer takkan dapat handle penonton yang ramai.Jadi utnuk mengelakkan ada yang mati kena lanyak maka organizer bagi masuk sorang demi seorang.Yang tak best nya orang lain kamera kena rampas tapi dengan kitorang diorang rampas 'jajan'.Ces!Opening show dibuat oleh local band iaitu Y2J.Korang pernah dengar?Saya first time dengar nama band ni even diorang kata diorang dah lama dalam scene.Y2J merupakan satu band punk rock Malaysia dan diorang perform pun memang best.Memang layak diorang dapat buat live on stage dengan Paramore.




Lepas Y2j perform maka tibalah masanya Paramore bukak tirai show diorang dengan lagu Faveret saya iaitu Ignorance.Pergh memang mantap la music diorang.Apa yang bestnya dapat tengok Hayley WIlliams depan-depan (walau jauh sikit lah kan).Ayat Hayley yang paling best ialah 'If we know that you guys accept us like this we should have been here for the past 6 years'.So Hayley lepas ni kalau nak datang SMS i dulu nanti i bawak shopping kat Petaling Street.hak3...Masa diorang perform ada sesuatu yang tak best terjadi iaitu masalah bunyi.Tapi itupun diorang relax je tanpa nak demand.Oklah korang layan dulu gambar-gambar diorang time konsert :


We Spot The Paramore

Hayley Williams  Banging


Paramore


Cukuplahkan gambar-gambar ni.Kalau tunjuk banyak-banyak nanti ada pulak kata saya nak menunjukkan.Kalau korang nak usha pasal Paramore secara lebih-lebih saya akan update kat Bean Moreno punya blog.haha...Untuk tidak membiarkan korang terliur dengan gambar saya bagi korang rasa sikit kehangatan konsert Paramore Live in Kuala Lumpur ni dengan dengar lagu Decode :






p/s :

* Tak puas tengok diorang perform.harap-harap diorang datang perform lagi kat Malaysia

PARAMORE LIVE IN KUALA LUMPUR PRESENTED BY TUNE TALK MOBILE PREPAID


GPLUS : PARAMORE LIVE IN KUALA LUMPUR PRESENTED BY TUNE TALK MOBILE PREPAID

Salam 1Malaysia,hari pertama bekerja memang agak membosankan so kita dah tak boleh nak caka yang Monday itu Blues.Korang apa cerita?Best tak beraya?Saya seperti yang saya dah cakap yang mood beraya saya hanya 25% sahaja tahun ni.So banyak benda-benda mengarut yang saya buat untuk menghabiskan masa saya contohnya macam main boling & menonton Resident Evil - After Life (bukan 3D...hak3).Nantilah saya update pasal cerita ni.Saya akan buat review.




Oklah nak cerita pasal konsert pulak.Last time saya berpeluang pergi tengok layan MTV Worldstage 2010 kat Sunway kan.Kali ni saya berpeluang pergi tengok konsert Paramore (tapi kalau entri ni sempat hantar lah).Korang tau tak yang Paramore akan buat konsert kat Malaysia?Ni detail dia :

Tarikh: 19 October 2010 (Tuesday)



Masa : 8.30 pm



Tempat: National Stadium Bukit Jalil

Kalau nak cerita pasal Paramore memang saya minat gila group ni.Muzik diorang memang best dan agak kejam.hak3...Dari lagu Misery Business sampai lagu The Only Acception memang syok.Dari saya layan Lady Gaga yang menyesatkan tu baik saya layan Paramore sebab lagu-lagu diorang even ganas tapi ada mesej yang diorang nak sampai kan.Mak Timah pun silap-silap boleh minat band ni tau.Tak percaya saya minat Paramore?Saya siap buat entry lagi beb.

Harap-harap dapat lah pergi konsert ni sebab Bean Moreno ni kipas susah mati Paramore beb!Nak jugak tengok diorang perform live asyik-asyik tengok konsert Satu Siti je.Kalau boleh (ni kalau boleh la) nak jugak interview Heyley William (English berterabur ada hati...).Apa-apa pun thanks to Tune Talk sebab bawak masuk Paramore ke Malaysia.

p/s :

* Best nya jadi Gplus.Apa tu Gplus..hak3 nanti korang akan tau jugak...

ENTRI SANTAI HARI SABTU : PARAMORE - THE ONLY EXCEPTION

Hye morning,sementara tunggu task so saya mengular jap kat pc berinternet ni utnuk update blog.Biasalah orang kata kerja di hari sabtu ibarat budak2 main pasir (ada kena mengena ke?).So macam yang korang tau saya dah launch blog baru semalam (ces perasan dah macam PM plak).Kalau rajin korang masuklah tengok sebab baru satu post dan saya masih tengah 'renovate' template tu.Tunggu dalam beberapa hari BeanMoreno.com akan beraksi hebat.Korang jangan takut blog ni tetap saya akan update just saya nak asingkan 'some element' masuk sana.


Korang mesti ada satu band yang korang minatkan.Tak kisah lah Wali Band sekalipun.Saya minat & suka dengar lagu Paramore.Sebelum2 ni Paramore banyak keluar dengan lagu2 keras dan emo.Contohnya macam lagu 'Misery Business' & 'Ignorance'.Tapi kali ni Paramore ada single baru yang bertajuk 'The Only Exception'.Masa dulu saya minat Paramore sebab vocalist dia Hayley William tu memang cute.Suka tukar2 colour rambut.Tapi 'at last' bila dengar lagu2 dia memang best.

'The Only Exception' ni adalah lagu single slow dari Paramore.So kalau agak2 nak santai or nak 'relax' boleh lah dengar lagu ni sebab 'cool' je.'First time'lah saya dengar Paramore buat lagu slow.Kalau tak lagu2 dia semua boleh kas gegendang telinga meletup (memang kalau orang2 tengah gaduh dengan awek or boyfriend akan dengar lagu dia).Harap2 korang enjoy lah lagu ni ye :





p/s :

* Vshub ada buat promotion baju.Kalau korang terasa nak bergaya dengan pakaian ala2 pergi zoo boleh lah usha2 line kat vshub sebab murah.Just register je (tupun free) then order.





Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails