PARAMORE LIVE IN KUALA LUMPUR | GAMBAR KONSERT

PARAMORE LIVE IN KUALA LUMPUR 

Salam dan selamat malam saya tau ramai yang nak tau pasal benda ni.Actually dah lama saya nak update pasal Konsert Paramore Live In Kuala Lumpur ni tapi memang tak cukup masa.So tertangguhlah project ni.Tapi kali ni saya akan pastikan korang semua dapat baca review ni.Saya tau dah ramai dak-dak Gplusmy yang update.But it's not a big deal!(mentang-mentang tengok Paramore terus speaking London beb).


Sebelum saya terus cerita pasal konsert saya nak bagitau yang saya memang minat gila kat band Paramore ni (terutama Hayley William la takkan saya minat kat gitaris dia kot).Pernah dulu masa Orianti buat show kat Malaysia saya terfikir bilalah saya dapat tengok Paramore buat show.Then balik-balik je terus dapat mail dari Nuffnang suruh buat Advertorial untuk Paramore & Tune Talk ni.Pergh memang seronok beb yelah mulut masin lah orang tua-tua cakap.Anyway thanks to Nuffnang sebab bagi peluang dan tunaikan permintaan saya.Lepas tu nak ucap thank you kepada Tunetalk sebab bawak masuk band kegemaran saya ni.



Saya dan aiensepet sampai terlalu awak disebabkan jalan tidak jam (sememangnya sampai hari ni saya pelik).Then disebabkan saya tak sempat nak ambil ticket sendiri kat office Nuffnang maka saya kena mintak tolong blogger yang bernama Rabi untuk tolong saya maka saya dan aiensepet dapatlah ticket Paramore Live In Kuala Lumpur.Anyway thanks to Rabi.


Time gambar kat atas ni awal lagi saya tengh tunggu bila Paramore nak jatuhkan tirai dan kalau korang perasan stadium masih kosong.Pelik tak apasal stadium still kosong?Saya tunjuk apa yang berlaku kat luar :




Stadium nampak kosong bukan sebab takde orang masuk.Gila ke takde orang datang konsert ni.Kalau tak silap tiket dia habis jual tau.Masalah ni memang akan berlaku setiap kali konsert berlangsung.Oraganizer takkan dapat handle penonton yang ramai.Jadi utnuk mengelakkan ada yang mati kena lanyak maka organizer bagi masuk sorang demi seorang.Yang tak best nya orang lain kamera kena rampas tapi dengan kitorang diorang rampas 'jajan'.Ces!Opening show dibuat oleh local band iaitu Y2J.Korang pernah dengar?Saya first time dengar nama band ni even diorang kata diorang dah lama dalam scene.Y2J merupakan satu band punk rock Malaysia dan diorang perform pun memang best.Memang layak diorang dapat buat live on stage dengan Paramore.




Lepas Y2j perform maka tibalah masanya Paramore bukak tirai show diorang dengan lagu Faveret saya iaitu Ignorance.Pergh memang mantap la music diorang.Apa yang bestnya dapat tengok Hayley WIlliams depan-depan (walau jauh sikit lah kan).Ayat Hayley yang paling best ialah 'If we know that you guys accept us like this we should have been here for the past 6 years'.So Hayley lepas ni kalau nak datang SMS i dulu nanti i bawak shopping kat Petaling Street.hak3...Masa diorang perform ada sesuatu yang tak best terjadi iaitu masalah bunyi.Tapi itupun diorang relax je tanpa nak demand.Oklah korang layan dulu gambar-gambar diorang time konsert :


We Spot The Paramore

Hayley Williams  Banging


Paramore


Cukuplahkan gambar-gambar ni.Kalau tunjuk banyak-banyak nanti ada pulak kata saya nak menunjukkan.Kalau korang nak usha pasal Paramore secara lebih-lebih saya akan update kat Bean Moreno punya blog.haha...Untuk tidak membiarkan korang terliur dengan gambar saya bagi korang rasa sikit kehangatan konsert Paramore Live in Kuala Lumpur ni dengan dengar lagu Decode :






p/s :

* Tak puas tengok diorang perform.harap-harap diorang datang perform lagi kat Malaysia
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails