SAYA ITU HORMAT DAN AKU ITU IKHLAS.JADI TIADA PERTIKAIAN!

SAYA ITU HORMAT DAN AKU ITU IKHLAS.JADI TIADA PERTIKAIAN!



Selamat malam ye.Korang dah vote ke blom?Kalau blom sila vote ye sebab saja nak buat pembaharuan dan tengok feedback readers.Malam ni nak buka topik yang berlegar dalam pemikiran segelintir blogger yang suka mempertikaikan blogger-blogger hingusan seperti saya (sebab tengah selsema ni).Buat apa semua tak betul umpamanya blog dia je yang terhebat di alam semesta (ni mesti kuat makan honey stars).

Pernah tak korang terfikir sesuai ke kata ganti diri yang korang guna.Apa?Tak tau kata ganti diri tu apa?BM PMR dapat berapa dik?Kata ganti tu macam saya, aku, ada jugak yang manja bahasakan diri 'ai' dan ada jugak blogger romantis bahasakan diri dia sebagai nama dia.Bagi korang kata nama apa yan sesuai.Tapi ada persoalan yang timbul bila ada statement keluar macam ni :

"Mat ko tak payah hipokrit bole?Kat blog ko tulis bahasakan diri saya...Tapi realiti ko takdelah sebaik tu...kau aku jugak akhirnya..."

Sekarang ni benda nipun boleh jadi hal.Actually ini semua common sense je dan tak perlu IQ setinggi 180 untuk mentafsir benda remeh ni.Kalau bagi sesetengah orang jalan senang nak menjawab ialah "blog aku,aku punya sukalah".Oklah nak cerita sikit kenapa saya guna kata nama saya dalam blogging.Sebab pertama ialah memang saya dah terbiasa bahasakan diri sebagai 'saya' pada orang yang saya tak kenal.Yang kedua ialah sebagai tanda hormat saya pada readers saya sebab tak semua readers saya umur sebaya saya iaitu forever 21.

Adakah menjadi kesalahan kalau korang guna kan kata ganti 'aku'?Saya takde pulak cakap salah.Takde pulak nuffnang bagi syarat nak dapat buffered tak boleh letak 'aku'.Bagi saya 'aku' adalah perkataan yang lebih santai dan syok tapi kene padan dengan ayat beb.'Aku' juga menampakkan keikhlasan kita bercerita.Kadang-kadang 'aku' boleh menyebabkan ayat tu jadi kurang ajar.So kalau korang guna 'aku' maka pastikanlah ayat korang tersusun rapi so takdelah buat readers korang terasa yang korang ni kaki pow bus stand Melaka.hak3...Dengan penerangan ni adakah saya ni seorang hipokrit dalam kehidupan?tu persepsi orang lah kan saya tak boleh nak ubah tapi apa yang penting saya dah bagi tau alasan kukuh kenapa saya buat macam tu dan kat dunia luar 'aku' menjadi kata ganti.So faham-faham dah la ye....

Kesimpulannya TIADA PERTIKAIAN OK!! (Saya tak marah ye)
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails