BILA SUDAH DI ATAS MANUSIA AKAN LUPA ASAL USUL.ITU LUMRAH DUNIA

BILA SUDAH DI ATAS MANUSIA AKAN LUPA ASAL USUL.ITU LUMRAH DUNIA

Salam guys,

Hari ni tiada tips blogging dan saya takde mood nak share apa-apa tips sebab mood agak ke laut dan mungkin terlupa beli 'whisper' hak3...Saya ada satu persoalan iaitu apa yang korang rasa bila korang ada kelebihan sedikit dari orang lain?Dem mesti rasa best dan rasa diri agak besar.Jalanpun akan mendada dan hidung akan setinggi KLCC.Itu adalah sifat manusia yang mana kita tak boleh elak.

Kita dijadikan sebagai manusia dan dikurniakan satu sifat yang mana semua orang ada iaitu ego yaang ber'level'.Faham?Kalau tak faham sila usha gambar bawah ...



Gambarajah atas ni nampak macam lawak tapi ada kebenaran dia.Serius.Ok kalau still tak faham meh saya terangkan.Level of ego ni sebagai contoh macam ni.Kita ambil contoh dalam pekerjaan.Kita masuk sebagai kerani itu adalah pangkat paling cikai dalam office tu.Bila ada apa-apa kerja yang disuruh kita mesti kena buat.Selagi air 100 plus boleh bagi tenaga kita tetap akan buat sebab kita level paling rendah ma...Lepas ker ja sebulan naik satu pangkat senior kerani.Kita tetap akan buat dan terima pandangan orang atasan.Pesoalannya kat sini adakah kita nak dengar arahan ,ooop soory bukan arahan pandangan kerani yang ada bawah kita?Sila jawab sendiri.Even pandangan itu betul kita tetap susah nak dengar.Ini baru cite pasal pandangan belum cerita pasal pertolongan.Sekarang nampak tak?


Kalau korang follow facebook saya korang akan nampak status yang agak tak best dari saya.Sebab apa?Sebab saya dah muak dengan karenah orang yang egonya berlevel ni.Dah banyak saya jumpa dan kebanyakkannya semua akan berubah bila dapat sesuatu.Saya ingat dulu lah kan saya pernah lepak dengan satu member saya dialog dia macam ni ...


Member Bean : Weh bro bro ni memang cool,gua rasa macam nak ikut dia lah.Gua akan respect dia gila-gila punya.


Bean Moreno : Bro tu memang gangster bro...Tapi gua kurang berminat ah...


Itu ayat masa awal-awal mamat tu belum ikut bro yang jadi idola dia tu.Tapi bila mamat tu dah ada crowd then nama pun dah sedap nak dengar dialog dia jadi macam ni ...


Member Bean : Macam haram lah bro tu.Gua rasa macam nak langgar je dia..Lu rasa macam mana bro?


Bean Moreno : Itu kan idol ko.Ko dah ikut dia bertahun apasal tetiba hari ni ko nak langgar pulak.


Nampak tak apa yang saya nak sampaikan.Manusia akan terlupa asal-usul kejadian dia.Manusia akan sombong bila ada sikit kelebihan.Tapi apa yang kita boleh buat?Kita hanya mampu diam dan lihat sahaja.Bila kita ada lebih sikit kita hanya akan patuh pada orang yang di atas dan sepak orang yang di bawah (dah macam sistem piramid plak).


p/s :


* Sifat Ego Berlevel ni semua orang ada cuma kita kena tau cara nak control dia je.


* Saya bukan jenis manusia yang senang lupa kawan-kawan.


"Allah ciptakan manusia itu memerlukan antara satu dengan yang lain.Mungkin hari ni dia perlukan kita tapi kita tak tau bila pula kita perlukan dia...So jangan riak sangat dengan kehidupan."
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails