3 IDIOTS | REVIEW MOVIE

ALAMAK SAYA TERJEBAK DENGAN HINDUSTAN...3 IDIOTS MEMANG BEST



Salam & selamat petang,

Sebelum saya start saya nak bagitau saya ni bukan peminat cerita hindustan.Dalam banyak-banyak cerita boleh bilang dengan jari berapa cerita yang saya tengok.Tadi tiba-tiba aiensepet ajak layan cerita 3 Idiots.Korang pernah tengok cerita 3 Idiots?

Sinopsis ...

Kisah student ICE yang teramat genius bernama Wangdu yang menyamar dan menggantikan anak seorang yang kaya untuk mendapatkan sijil.Masa belajar dalam kolej ni dia berjumpa dengan 2 orang kawan yang agak slow dan kurang pandai.Masing-masing ada cerita dan masalah sendiri.Macam-macam berlaku masa diorang tengah belajar kat ICE.Kat dalam college yang sama ada satu budak nerd yang cara pembelajarannya hanya pergantung pada hafalan nota.Wangdu cuba mengubah sistem pembelajaran.Pada 5 Sept diorang dah buat deal dengan budak nerd ni untuk tengok siapa yang akan berjaya 10 tahun berikutnya.So siapa yang menang?

Komen Bean Moreno :

* Satu cerita yang bagus sebab memaparkan situasi pembelejaran di institusi pembelajaran.

* Dalam cerita ni kita boleh rasa yang student akan terasa stress bila belajar tambah-tambah lagi dengan sistem yang terlalu berat.

*Saya tertarik dengan satu phrase yang Wangdu bagi pada kawan-kawan dia iaitu All Is Well yang bermaksud Semuanya akan baik.Dia mengajar kawan-kawan dia supaya Positif dalam apa jua keadaan.

* Saya belajar kalau nak buat something biar sebab minat dan bukan paksaan.Kebanyakan ibubapa sekarang ni memaksa anak untuk menjadi apa yang mereka mahu bukan dari kehendak anak itu sendiri dan ia akan menjadi bebanan pada anak itu.

* Sila jangan KEJAR kejayaan tapi ikuti kejayaan.Sebab bila kita kejar maka benda tu akan jadi halangan bukan pendorong.

Screenshot :

Inilah dia 3 Idiots


Si Pengarah Yang Garang


Awek Wangdu

Rating : 4/5

p/s :

* Sorrylah tak dapat nak tunjuk trailer sebab semua disable.Kalau nak usha jugak silalah usha kat sini...

* Ada orang kata muka saya macam Wangdu...Owh peeeelisssss.......

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails