Showing posts with label Movies Review. Show all posts
Showing posts with label Movies Review. Show all posts

REVIEW MOVIE | HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA | TAHNIAH KRU ATAS FILEM LUAR DARI KOTAK PEMIKIRAN

REVIEW MOVIE | HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA | TAHNIAH KRU ATAS FILEM LUAR DARI KOTAK PEMIKIRAN




Salam guys,

Ok sebelum saya review cerita ni first sekali saya nak mintak maaf kalau apa yang saya review ni tak sama dengan apa yang blogger lain review sebab kepuasan itu adalah belianan bagi setiap manusia ciptaan tuhan.  Selain tu terima kasih pada Beautifulnara yang bagi jemputan khas untuk saya dan blogger-blogger lain so kami dapat tengok movie ni.  Apa lah gunanya kawan kalau tak dapat bagi tix free kan.hak3...  Antara blogger yang datang ialah Jejai (asyik-asyik dia), Kak Ina KL, Bro Framestone, JMR dan banyak lagi yang saya tak kenal (yelah sayapun bukan terkenal).

Sebelum saya pi cinema saya dah dilemah kan dengan beberapa entri blogger yang mengatakan Hikayat Merong Mahawangsa adalah satu cerita yang tak best.  Tapi disebabkan jemputan Nara dan KRU merupakan satu idola kekayaan saya maka saya dengan berani pi e@Curve untuk layan cerita ni.  

Sinopsis cerita :

Hikayat Merong Mahawangsa merupakan satu cerita tentang seorang anak pengembara (orang laut) yang mengembara untuk hidup.  Kegemarannya mengacau anak gadis di setipa perlabuhan.  Satu hari dia dihukum di Goa dan semasa berlawan dia berjaya membuka mata tentera Kerajaan Rome yang memerlukan pelayar untuk hantar Putera Raja menghadiri majlis Perkahwinan dengan Puteri Negara Cina.  Merong diberikan misi menghantar peutra raja tersebut di sebuah tempat bernama Semenanjung.  Tetapi sebelum majlis perkahwinan Semenanjung Emas telah diserang puak Garuda... Apakah yang akan terjadi?


Ni je sinopsis yang boleh saya bagi korang baca.  Yang dah tengok pasti tahu jalan cerita sampai habis dan mungkin tau ayat keramat Merong Mahawangsa pasal cinta.  Komen Bean Moreno :


* Satu percubaan cerita epik untuk KRU Production.  Saya tau ramai yang tak suka cerita epik Melayu tapi cuba saya tanya pasal cerita Lord Of The Ring yang sememangnya tahyul tu ramai yang cakap best.  So kalau Yusry tak start dulu buat genre macam ni kat Malaysia ramai lagilah rakyat malaysia yang masih duduk dalam kotak.


* Ya memang tak dinafikan yang banyak effek CGI dalam cerita ni kantoi.  Biasalah ni starting takkan boleh perfectkan ia adalah lebih bagus dari pengarah yang buat cerita dia je yang feel.


* Dialog dia memang biasa je tapi ada beberapa scene yang mana dialog dia boleh buat kita berfikir tentang kehidupan.


* kesan bunyi dia memang best dan kene dengan scene..


Screenshot :


Marcus & Lycius dia Goa

Serangan Garuda


Pertembungan Garuda & China


Trailer :






Rating : 4/5

Bagi saya filem ni boleh membuka mata orang luar bahwa Malaysia juga sekreatif mereka.  Dan Filem ni bagi saya ada satu jalan cerita yang menarik ni bukan saya seorang je yang cakap saya dah tanya rata-rata orang yang dah tengok cerita ni.  So kepada yang menulis tanggapan negatif dan berjaya buat mood orang lain down untuk tengok cerita ni sialalh keluar dari kotak pemikiran 'Rakyat Malaysia' yang asyik-asyik tengok cerita komedi cinta takpun cerita hantu.  Anyway Tahniah KRU sebab berjaya keluarkan produk yang mana luar dari kotak penggemar filem Malaysia.

p/s :

Tak perlulah saya nak compare dengan filem Razak Mohaideen kan... Itu sudah pasti jauh ketinggalan.  Ooops....

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :
- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

REVIEW MOVIE | RATU THE MOVIE | AKHIRNYA BEAN MORENO MENDAPAT SENYUMAN LUFYA AF

REVIEW MOVIE | RATU THE MOVIE | AKHIRNYA BEAN MORENO MENDAPAT SENYUMAN LUFYA AF



Salam guys,

Kelmarin saya dan beberapa orang blogger pi screening filem baru kat e@curve atau nama lamanya Cineleisure.  Screening ni agak luar biasa dari screening yang lain.  Bukan sebab ia menggunakan kesan khas ataupun teknik CGI yang hebat tapi dalam screening ni first time saya tonton sambil berbual (harap korang faham maksud saya.kalau tak faham tunggu komen).

Bagi yang tak tau Filem ni pengarah dia ialah Prof Dr Razak Mohaideen.  Terus terang saya cakap yang ni first time saya tengok cerita Prof kat panggung kalau tak mesti tunggu stesen TV tayang.  Kalau ditanya kenapa jawapannya senang je iaitu saya tak minat karya beliau.  Ok jom kita tengok sinopsis cerita ni :

"Ratu menceritakan tentang satu kumpulan wanita yang menyertai satu pertandingan Persona Ratu.  Pertandingan ni adalah untuk mencari seorang yang bakal bergelar 'Ratu'.  So masa pertandingan ni macam-macam perkara terjadi pada Ratu-ratu bermula dengan penyingkiran dua orang ratu pada awal pusingan"


Amacam pendek tak sinopsis?  Dah memang cerita dia macam ni je.  Kalau saya tambah-tambah kang bertambah pulak dosa saya.  Ok apa kata kita tengok apa saya nak komen pasal cerita ni.  Tapi sebelum saya komen saya nak mintak maaf kalau komen di memang ramai yang tak expect say akan tulis.  Ni komen dari seorang pembeli tiket bukan seorang seniman mahupun pengarah.

Komen Bean Moreno :

* Bagi saya cerita ni memang berani mati untuk rugi sebab dengan selamba je menampilkan ramai pelakon baru.  Ye memang lah bagus tampilkan muka baru dalam industri tapi takkan tak buat screen test beb.  Lakonan kaku habis.

* Lepas tengok cerita ni saya tak tau nak salahkan siapa.  Make up artis ke orang yang pilih pelakon.  Ok tak kisahlah lah pelakon tu tak cantik macam Maya Karin tapi kasi lah make up cun sikit.  Ni tak jerawat tak cover. 

* Dalam cerita ni facilitator dia ada 3 orang iaitu Fauziah Gaous,  Eizlan Yussof,  dan siapa ntah mamat cover macho.  Fauziah Gaous tak boleh pegang watak faci yang garang sebab muka dia muka ayu lembut.  Lain kali kalau nak garang panggilah Sabrina Ali ke, Salina Saibi ke takpun panggil je Elly Suriati barulah garang.

* Jalan cerita memang agak bosan sebab kadang-kadang kita dah tau apa akan jadi selepas tu.  So saya menghabiskan masa dalam panggung hanya main teka-teka bersama Cikhelena dan aiensepet.

* Penampilan Eizlan Yusoff dan Yusry KRU dalam cerita ni bagi saya tak bagi sikit pun impak even kalau panggil Erra Fazira pun belum tentu boleh naikkan rating filem ni.

* Totally bagi saya filem ni macam dibuat untuk tengok sendiri je atau senang cerita syok sendiri sebab ...

- Hanya penerbit & pengarah je yang faham apa yang diorang nak sampaikan.
- Pemilihan pelakon hanya ikut selera pengarah je.  saya rasa dalam banyak-banyak ratu Ratu yang nama Rina je yang sedap sikit mata nak tengok.
- Filem ratu the movie sepatutnya tajuk dia macam ni ...

"RATU THE MOVIE - PERKHEMAHAN PANDU PUTRI"

Adegan Tak Logik dalam Ratu The Movie

* Video Cam yang Ratu pakai tu memang hebat sebab boleh tahan 3 hari non stop tanpa cas (yelah dalam hutan macam mana nak cas).  Boleh tak saya nak tau jenis apa camera tu sebab menariklah bateri tahan gila.hak3...

* Kapal besar yang membawa diorang pi jalan-jalan boleh hilang sebab ribut.  Ni agak kurang logik sebab kapal tu terus hilang langsung dengan alasan dihanyutkan ombak kuat.  Dalam babak ni samada ratu-ratu tu tak boleh berfikir secara rasional ataupun pembuat script ni berfikiran cetek.  Even kalau tsunamipun tak mungkin kapal boleh hilang sekelip mata.  Apa diorang upah David Coperfield ke ?haha

* Semua ratu ada flashback masing-masing bila atau satu perkataan disebut.  Contohnya bila perkataan 'ambil kesempatan' maka ada seorang daripada ratu ter'flashback'.  Masa sebut Ombak takde pulak ter'flashback' tengok wayang cerita Ong Bak.

* Teknik menggoda untuk masuk pertandingan agak kelakar.  Takkan lah orang yang arrange gambar peserta tak perasan gambar tu dah diubah walaupun telah berjaya menakluk kewanitaan si penipu.

Trailer :






Rating : 1.5/5 ( memang tak menepati citarasa Bean Moreno)

Screen Shot : Rasanya tak perlu sebab takde yang menarik pun.

Sekali lagi saya nak mintak maaf sebab buat review yang agak negatif.  Ni adalah apa yang saya rasa dan fikir.  Tiada niat nak condemn cuma mahukan perubahan di filem yang akan datang.  But anyway thanks for the food and also goodies bag.  Ni kira ok sebab saya tak bandingkan dengan filem yang lain.

p/s :

* Wow satu review yang panjang hahaha... Saya tertipu sebab cikhelena kata Diana Amir ada datang ces! Tapi oklah at least Lufya AF senyum kat saya banyak kali.

3 IDIOTS | REVIEW MOVIE

ALAMAK SAYA TERJEBAK DENGAN HINDUSTAN...3 IDIOTS MEMANG BEST



Salam & selamat petang,

Sebelum saya start saya nak bagitau saya ni bukan peminat cerita hindustan.Dalam banyak-banyak cerita boleh bilang dengan jari berapa cerita yang saya tengok.Tadi tiba-tiba aiensepet ajak layan cerita 3 Idiots.Korang pernah tengok cerita 3 Idiots?

Sinopsis ...

Kisah student ICE yang teramat genius bernama Wangdu yang menyamar dan menggantikan anak seorang yang kaya untuk mendapatkan sijil.Masa belajar dalam kolej ni dia berjumpa dengan 2 orang kawan yang agak slow dan kurang pandai.Masing-masing ada cerita dan masalah sendiri.Macam-macam berlaku masa diorang tengah belajar kat ICE.Kat dalam college yang sama ada satu budak nerd yang cara pembelajarannya hanya pergantung pada hafalan nota.Wangdu cuba mengubah sistem pembelajaran.Pada 5 Sept diorang dah buat deal dengan budak nerd ni untuk tengok siapa yang akan berjaya 10 tahun berikutnya.So siapa yang menang?

Komen Bean Moreno :

* Satu cerita yang bagus sebab memaparkan situasi pembelejaran di institusi pembelajaran.

* Dalam cerita ni kita boleh rasa yang student akan terasa stress bila belajar tambah-tambah lagi dengan sistem yang terlalu berat.

*Saya tertarik dengan satu phrase yang Wangdu bagi pada kawan-kawan dia iaitu All Is Well yang bermaksud Semuanya akan baik.Dia mengajar kawan-kawan dia supaya Positif dalam apa jua keadaan.

* Saya belajar kalau nak buat something biar sebab minat dan bukan paksaan.Kebanyakan ibubapa sekarang ni memaksa anak untuk menjadi apa yang mereka mahu bukan dari kehendak anak itu sendiri dan ia akan menjadi bebanan pada anak itu.

* Sila jangan KEJAR kejayaan tapi ikuti kejayaan.Sebab bila kita kejar maka benda tu akan jadi halangan bukan pendorong.

Screenshot :

Inilah dia 3 Idiots


Si Pengarah Yang Garang


Awek Wangdu

Rating : 4/5

p/s :

* Sorrylah tak dapat nak tunjuk trailer sebab semua disable.Kalau nak usha jugak silalah usha kat sini...

* Ada orang kata muka saya macam Wangdu...Owh peeeelisssss.......

KURAFAT - PERJANJIAN SYAITAN | MOVIE REVIEW

KURAFAT - PERJANJIAN SYAITAN | MOVIE REVIEW

Salam guys,

Apa khabar semua...Semalam Bean Moreno tak update blog ni sebab ada masalah dengan P1 Wimax.Ok persoalan saya ialah apa itu Kurafat?Amalan kurafat ni memang bahaya bukan takat untuk orang yang didengki tapi pada orang yang percaya benda-benda Kurafat.Macam yang korang tau hari Selasa saya dan aiensepet pergi Pra-Tonton filem Kurafat and thanks to Cikhel sebab ingat kawan dia yang tak popular ni.


Nama Movie : Kurafat - Perjanjian Setan
Pelakon : Syamsul Yusoff, Liana Jasmay,Sabrina Ali
Genre : Seram



Tiket dan poster filem ni memang sempoi je sebab hanya featured dua pelakon utama dia je.Sinosis cerita :


Johan merupakan seorang yang sosial dan akhirnya berkahwin dengan Aishah.Dia terpaksa meninggalkan kekasihnya Anna disebabkan Anna terlalu sosial.Malangnye setelah dia meninggalkan Anna dan berkahwin dengan Aishah mereka asyik diganggu makhluk halus dan hidup mereka tak tenteram.Lain pulak dengan Anna yang membunuh diri sebab tak dapat terima hakikat Johan tinggalkan dia.

Macam biasalah kalau korang nak tau cerita labih pi beli tiket.Tak Mahal RM8 je.Kalau saya cerita sampai habis nanti takut panggung  tak laku pulak sebab orang asyik dok baca sinopsis kat sini je.


Komen Bean Moreno :


* Kalau nak ditanya pasal cerita ni pada pendapat saya cerita ni adalah cerita seram yang paling best untuk tahun 2010.


* Kesan efek bunyi dan penataan cahaya memang marvelous dan kalau korang ada sakit jantung tolonglah jangan tengok sebab lepas tengok memang korang akan masuk ward.Tapi yang pelik camne kawan saya tu boleh rileks je walaupun sakit jantung...hehehe...


* Mamat-mamat ganas sila jangan mengaku anda ganas kalau tengok wayang ni tutup mata.Ni kisah benar ye dan berlaku pada seorang blogger yang korang nampak ganas di blog tetapi hanya mampu menutup mata bila tonton cerita ni.Saya tak cerita pasal Hamzah Ian ye.ahakz...


* Dalam cerita ni korang akan nampak yang Syamsul Yusoff memang layak dapat award masa FFM sebab dia memang kreatif.


* Tahniah kepada Syamsul Yusof sebab cerita ni best!


Rating : 4.5/5



p/s :

* Tengok Jangan Pandang Belakang Congkak saya takde terlompat tinggi tapi cerita ni buat saya terlompat tapi bukan terbangtingitingi sampai tutup mata...hak3...

TRON - LEGACY | MOVIE REVIEW

TRON - LEGACY | MOVIE REVIEW

Salam guys,

Bean Moreno minggu ni agak slow sikit sebab banyak kerja.Tapi dalam busy-busy pun saya sempat jugak pi tengok screening Nuffnang.Itu pun sebenarnya saya terlupa yang saya ada confirm attendance untuk movie ni.Actually saya saja je hantar entry tu sebab dalam hati tak minatpun nak tengok cite Tron ni.Ni poster movie ni :



Apa yang korang bayangkan lepas tengok poster movie ni?Sinopsis cerita :


Cerita ni pasal seorang CEO ENCOM yang telah termasuk ke dalam satu alam yang telah dicipta oleh bapanya Kevin Flynn.Alam tersebut dipanggil Grid dimana ia dikuasai oleh Clu.Kat Grid Sam Flynn berjumpa dengan ayahnya yang dah lama tersesat kat dalam Grid.Semasa Kevin Flynn mencipta Alam Grid dia telah duplicate diri dia kepada dua iaitu Tron (creation baik) dan juga Clu (creation jahat).So bila idea Kevin Flynn tak sama dengan si Clu maka pemberontakan berlaku dan conflict antara user dan programpun bermula.
Komen Bean Moreno :


* Cerita ni memang futuristik habis dan ia diadaptasi dari cerita kartun Tron.Dalam cerita ni kita akan dapat belajar banyak perkataan cyber.


* Sebelum korang tengok cerita ni iman korang kena kuat sebab kalau korang perasan cerita ni ada berkaitan dengan Free Thinking yang mana dalam cerita ni kita dapat tengok manusia bebas mencipta apa sahaja termasuk satu kehidupan baru dan tak perlukan tuhan.


* Jalan cerita agak mengarut tapi lawak.Biasalah mana ada cerita orang putih yang tak mengarut.Betul tak?


Kalau Cite Tron ni ada maksudnya tiada lagi parking-parking haram sebab kenderaan boleh disimpan kat satu tube je.


* Kalau nak cerita pasal teknik CGI cerita ni memang fully CGI.


SvreenShot :


Team rempit Clu

Kalau Mat rempit Malaysia pakai memang confirm Sparkpun terkencing dalam seluar


Sam Flynn bersama awek cyber


Kevin Flynn Mencari ilham


Rating : 3/5




p/s :

* Dah lama tak tulis movie review terpaksa selak entry lepas-lepas...hak3

THE OTHER GUYS | MOVIE REVIEW

THE OTHER GUYS | MOVIE REVIEW

Selamat tengahari dah lama saya tak review moview padahal setiap minggu tengok movie percuma (even terpaksa tolak press conference movie untuk GPLUSMY.Serius beb join Nuffnang community memang dapat jimat duit wayang.Oklah kali ni saya nak review pasal movie 'The Other Guys'.Pernah perasan tak banner ni :

Saya tengok cerita ni last two week dan apa yang penting saya tengok cerita ni bukan takat free tapi tengok kat gold class seat.Anyway thanks to Nuffnang and GSC sebab sponsor ticket ni.


Sinopsis cerita :


Cerita ni pasal dua orang partner dalam polis yang berangan nak jadi inspector polis yang kejar penjahat padahal diorang ni polis bantuan yang hanya siasat pasal kes ringan dan salah seorang tu memang hantu buat paperwork.Diorang ni berangan nak gantikan legend polis yang mati sebab kejar penjahat dan actually legend polis ni pun takdelah hebat sangatpun.Akhirnya muncul satu kes penipuan hartanah oleh seorang billionaire terkenal Britain maka semua polis-polis bantuan dalam department tu berebut nak ambil kes ni.Maka bermulalah perjalan 'The Other Guys' ni sebagai seorang inspector polis terbilang.Macam-macam yang diorang lalui dalam menyelesaikan masalah ni.

Komen Bean Moreno :


 * Cerita ni memang lawak gila sesuai untuk ditonton oleh semua pihak di PAWAGAM.Kenapa saya cakap sesuai kat pawagam sebab ada adegan yang di potong so kalau beli CD or DVD sila jauhkan dari pandangan kanak-kanak.


* Apa yang bestnya tentang cerita ni ialah kita tertipu pada permulaan cerita kalau kita tak faham maksud tajuk cerita ni.Sebab mesti kita ingat Dwayne Johnson & Samuel L Jackson adalah hero cerita ni padahal The Other Guys cerita pasal orang lain.


* Jalan cerita tak membosankan sebab ada aksi dan stunt.Apa yang penting Toyota Prius memang cute.


* Dalam cerita ni kita dapat belajar bahawa jangan pandang seorang yang nerd itu adalah seorang yang baik tanpa menyiasat latar belakang dia.Kadang-kadang orang nerd itu ada sejarah hitam dan ingin berubah jadi baik.


ScreenShot :


Hero Bandar Yang Bodoh


Ni lah hero yang sebenar

Berjaya menangkap Billionaire


Hancur Prius dikerjakan

Trailer bukan lori :







Rating : 4/5


p/s :


* Dapat dua invitation launching iaitu Peugeot 207 dan Blackberry Torch tapi saya terpaksa tolak Blackberry Torch punya invitation sebab timing tak kena...Sorry to Nuffnang

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails