Showing posts with label Hikayat Merong Mahawangsa. Show all posts
Showing posts with label Hikayat Merong Mahawangsa. Show all posts

ANUAR ZAIN - SEDETIK LEBIH [OST HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA]

ANUAR ZAIN - SEDETIK LEBIH [OST HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA]

Salam guys,

Wah dah lama tak dengar suara abang Nuar.  Saya ni bukanlah fan dia tapi sukalah dengar suara dia dan lagu-lagu dia.  Kalau tak silap lagu dia yang saya layan kali terakhir ialah lelaki ini.  So lepas tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa baru saya tau yang Anuar Zain ada keluar satu single OST cerita ni.  Jom layan jap :



ANUAR ZAIN - SEDETIK LEBIH [DOWNLOAD HERE]

Komen Bean Moreno :

* Lagu Anuar Zain kalau kita nak feel kena hafal tak boleh just dengar muzik dia je sebab lirik-lirik yang dia nyanyikan memang ada maksud mendalam.

* Kita takkan dapat cari penyanyi lelaki yang ada suara macam Anuar Zain sebab suara dia ni tak macam suara-suara penyanyi yang ada sekarang.

* Lagu ni memang sesuai dijadikan OST Hikayat Merong  Mahawangsa sebab cerita ni pun agak kepada menghargai cinta.

Harap Anuar Zain akan keluar single jiwang-jiwang yang best lepas ni.  Mana tau boleh melembutkan hati Bean Moreno yang keras...
"Sampai Masa Tibanya Waktu, Redup Hati Kau Berdua...
Bila Dua Jasad Bersatu,  Hidup Mati Jadi Bersama..."

p/s :
* Tengah cuba menjiwangkan diri...
* Kalau nak Pi tengok Movie ni boleh baca review dulu pasal Hikayat Merong Mahawangsa

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :
- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab banyak barang-barang best untuk buat hadiah.
- Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...

REVIEW MOVIE | HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA | TAHNIAH KRU ATAS FILEM LUAR DARI KOTAK PEMIKIRAN

REVIEW MOVIE | HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA | TAHNIAH KRU ATAS FILEM LUAR DARI KOTAK PEMIKIRAN




Salam guys,

Ok sebelum saya review cerita ni first sekali saya nak mintak maaf kalau apa yang saya review ni tak sama dengan apa yang blogger lain review sebab kepuasan itu adalah belianan bagi setiap manusia ciptaan tuhan.  Selain tu terima kasih pada Beautifulnara yang bagi jemputan khas untuk saya dan blogger-blogger lain so kami dapat tengok movie ni.  Apa lah gunanya kawan kalau tak dapat bagi tix free kan.hak3...  Antara blogger yang datang ialah Jejai (asyik-asyik dia), Kak Ina KL, Bro Framestone, JMR dan banyak lagi yang saya tak kenal (yelah sayapun bukan terkenal).

Sebelum saya pi cinema saya dah dilemah kan dengan beberapa entri blogger yang mengatakan Hikayat Merong Mahawangsa adalah satu cerita yang tak best.  Tapi disebabkan jemputan Nara dan KRU merupakan satu idola kekayaan saya maka saya dengan berani pi e@Curve untuk layan cerita ni.  

Sinopsis cerita :

Hikayat Merong Mahawangsa merupakan satu cerita tentang seorang anak pengembara (orang laut) yang mengembara untuk hidup.  Kegemarannya mengacau anak gadis di setipa perlabuhan.  Satu hari dia dihukum di Goa dan semasa berlawan dia berjaya membuka mata tentera Kerajaan Rome yang memerlukan pelayar untuk hantar Putera Raja menghadiri majlis Perkahwinan dengan Puteri Negara Cina.  Merong diberikan misi menghantar peutra raja tersebut di sebuah tempat bernama Semenanjung.  Tetapi sebelum majlis perkahwinan Semenanjung Emas telah diserang puak Garuda... Apakah yang akan terjadi?


Ni je sinopsis yang boleh saya bagi korang baca.  Yang dah tengok pasti tahu jalan cerita sampai habis dan mungkin tau ayat keramat Merong Mahawangsa pasal cinta.  Komen Bean Moreno :


* Satu percubaan cerita epik untuk KRU Production.  Saya tau ramai yang tak suka cerita epik Melayu tapi cuba saya tanya pasal cerita Lord Of The Ring yang sememangnya tahyul tu ramai yang cakap best.  So kalau Yusry tak start dulu buat genre macam ni kat Malaysia ramai lagilah rakyat malaysia yang masih duduk dalam kotak.


* Ya memang tak dinafikan yang banyak effek CGI dalam cerita ni kantoi.  Biasalah ni starting takkan boleh perfectkan ia adalah lebih bagus dari pengarah yang buat cerita dia je yang feel.


* Dialog dia memang biasa je tapi ada beberapa scene yang mana dialog dia boleh buat kita berfikir tentang kehidupan.


* kesan bunyi dia memang best dan kene dengan scene..


Screenshot :


Marcus & Lycius dia Goa

Serangan Garuda


Pertembungan Garuda & China


Trailer :






Rating : 4/5

Bagi saya filem ni boleh membuka mata orang luar bahwa Malaysia juga sekreatif mereka.  Dan Filem ni bagi saya ada satu jalan cerita yang menarik ni bukan saya seorang je yang cakap saya dah tanya rata-rata orang yang dah tengok cerita ni.  So kepada yang menulis tanggapan negatif dan berjaya buat mood orang lain down untuk tengok cerita ni sialalh keluar dari kotak pemikiran 'Rakyat Malaysia' yang asyik-asyik tengok cerita komedi cinta takpun cerita hantu.  Anyway Tahniah KRU sebab berjaya keluarkan produk yang mana luar dari kotak penggemar filem Malaysia.

p/s :

Tak perlulah saya nak compare dengan filem Razak Mohaideen kan... Itu sudah pasti jauh ketinggalan.  Ooops....

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :
- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails