REVIEW MOVIE | RATU THE MOVIE | AKHIRNYA BEAN MORENO MENDAPAT SENYUMAN LUFYA AF

REVIEW MOVIE | RATU THE MOVIE | AKHIRNYA BEAN MORENO MENDAPAT SENYUMAN LUFYA AF



Salam guys,

Kelmarin saya dan beberapa orang blogger pi screening filem baru kat e@curve atau nama lamanya Cineleisure.  Screening ni agak luar biasa dari screening yang lain.  Bukan sebab ia menggunakan kesan khas ataupun teknik CGI yang hebat tapi dalam screening ni first time saya tonton sambil berbual (harap korang faham maksud saya.kalau tak faham tunggu komen).

Bagi yang tak tau Filem ni pengarah dia ialah Prof Dr Razak Mohaideen.  Terus terang saya cakap yang ni first time saya tengok cerita Prof kat panggung kalau tak mesti tunggu stesen TV tayang.  Kalau ditanya kenapa jawapannya senang je iaitu saya tak minat karya beliau.  Ok jom kita tengok sinopsis cerita ni :

"Ratu menceritakan tentang satu kumpulan wanita yang menyertai satu pertandingan Persona Ratu.  Pertandingan ni adalah untuk mencari seorang yang bakal bergelar 'Ratu'.  So masa pertandingan ni macam-macam perkara terjadi pada Ratu-ratu bermula dengan penyingkiran dua orang ratu pada awal pusingan"


Amacam pendek tak sinopsis?  Dah memang cerita dia macam ni je.  Kalau saya tambah-tambah kang bertambah pulak dosa saya.  Ok apa kata kita tengok apa saya nak komen pasal cerita ni.  Tapi sebelum saya komen saya nak mintak maaf kalau komen di memang ramai yang tak expect say akan tulis.  Ni komen dari seorang pembeli tiket bukan seorang seniman mahupun pengarah.

Komen Bean Moreno :

* Bagi saya cerita ni memang berani mati untuk rugi sebab dengan selamba je menampilkan ramai pelakon baru.  Ye memang lah bagus tampilkan muka baru dalam industri tapi takkan tak buat screen test beb.  Lakonan kaku habis.

* Lepas tengok cerita ni saya tak tau nak salahkan siapa.  Make up artis ke orang yang pilih pelakon.  Ok tak kisahlah lah pelakon tu tak cantik macam Maya Karin tapi kasi lah make up cun sikit.  Ni tak jerawat tak cover. 

* Dalam cerita ni facilitator dia ada 3 orang iaitu Fauziah Gaous,  Eizlan Yussof,  dan siapa ntah mamat cover macho.  Fauziah Gaous tak boleh pegang watak faci yang garang sebab muka dia muka ayu lembut.  Lain kali kalau nak garang panggilah Sabrina Ali ke, Salina Saibi ke takpun panggil je Elly Suriati barulah garang.

* Jalan cerita memang agak bosan sebab kadang-kadang kita dah tau apa akan jadi selepas tu.  So saya menghabiskan masa dalam panggung hanya main teka-teka bersama Cikhelena dan aiensepet.

* Penampilan Eizlan Yusoff dan Yusry KRU dalam cerita ni bagi saya tak bagi sikit pun impak even kalau panggil Erra Fazira pun belum tentu boleh naikkan rating filem ni.

* Totally bagi saya filem ni macam dibuat untuk tengok sendiri je atau senang cerita syok sendiri sebab ...

- Hanya penerbit & pengarah je yang faham apa yang diorang nak sampaikan.
- Pemilihan pelakon hanya ikut selera pengarah je.  saya rasa dalam banyak-banyak ratu Ratu yang nama Rina je yang sedap sikit mata nak tengok.
- Filem ratu the movie sepatutnya tajuk dia macam ni ...

"RATU THE MOVIE - PERKHEMAHAN PANDU PUTRI"

Adegan Tak Logik dalam Ratu The Movie

* Video Cam yang Ratu pakai tu memang hebat sebab boleh tahan 3 hari non stop tanpa cas (yelah dalam hutan macam mana nak cas).  Boleh tak saya nak tau jenis apa camera tu sebab menariklah bateri tahan gila.hak3...

* Kapal besar yang membawa diorang pi jalan-jalan boleh hilang sebab ribut.  Ni agak kurang logik sebab kapal tu terus hilang langsung dengan alasan dihanyutkan ombak kuat.  Dalam babak ni samada ratu-ratu tu tak boleh berfikir secara rasional ataupun pembuat script ni berfikiran cetek.  Even kalau tsunamipun tak mungkin kapal boleh hilang sekelip mata.  Apa diorang upah David Coperfield ke ?haha

* Semua ratu ada flashback masing-masing bila atau satu perkataan disebut.  Contohnya bila perkataan 'ambil kesempatan' maka ada seorang daripada ratu ter'flashback'.  Masa sebut Ombak takde pulak ter'flashback' tengok wayang cerita Ong Bak.

* Teknik menggoda untuk masuk pertandingan agak kelakar.  Takkan lah orang yang arrange gambar peserta tak perasan gambar tu dah diubah walaupun telah berjaya menakluk kewanitaan si penipu.

Trailer :






Rating : 1.5/5 ( memang tak menepati citarasa Bean Moreno)

Screen Shot : Rasanya tak perlu sebab takde yang menarik pun.

Sekali lagi saya nak mintak maaf sebab buat review yang agak negatif.  Ni adalah apa yang saya rasa dan fikir.  Tiada niat nak condemn cuma mahukan perubahan di filem yang akan datang.  But anyway thanks for the food and also goodies bag.  Ni kira ok sebab saya tak bandingkan dengan filem yang lain.

p/s :

* Wow satu review yang panjang hahaha... Saya tertipu sebab cikhelena kata Diana Amir ada datang ces! Tapi oklah at least Lufya AF senyum kat saya banyak kali.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails