TAZKIRAH | HARI NI HARI JUMAAT KITA SUNAT MEMOTONG KUKU...JOM KITA BELAJAR RAHSIA MEMOTONG KUKU

TAZKIRAH | HARI NI HARI JUMAAT KITA SUNAT MEMOTONG KUKU...JOM KITA BELAJAR RAHSIA MEMOTONG KUKU



Salam Jumaat guys,

Macam mana cuti?Saya still menunggu kedatangan FL (bukan Fatin Liyana tapi Father in Law).Kalau Fatin Liyana nak datang umah saya pun boleh...hak3...Ok hari ni nak share satu benda yang mungkin ramai dah tau tapi mungkin ada yang tak tau atau buat-buat tak tau.Tahukah korang hari apa sepatutnya kita perlu memotong kuku?Jom belajar pasal Rahsia Memotong Kuku mengikut Sunah Rasulullah SAW.

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Kredit kepada Forum Sepaku.net

So daripada ayat di atas kita boleh rumuskan yang hari afdal memotong kuku ialah pada Isnin Khamis & Jumaat.

Ok sekarang kita tengok pulak aturan dari kuku mana kita patut potong dulu.

Gambar kredit kepada pakarhowto

Ni untuk kuku tangan.Kita sepatutnya kena potong start dari kuku jari telunjuk kanan dan diakhiri dengan ibu jari kiri.Kalau untuk kuku kaki pulak ...


Gambar kredit kepada pakarhowto


Untuk kaki pulak kena mula dari jari kecil (halamak lupa dah nama dia) belah kanan sampai jari yang sama kaki belah kanan.


p/s :


* Baru saya tau cara nak potong kuku ikut sunnah.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails