BLOGSPHERE MALAYSIA DALAM BAHAYA

BLOGSPHERE MALAYSIA DALAM BAHAYA



Salam Bro,

Perkataan pertama sebelum Bean Moreno start entri ni ialah 'Tolong! Tolong! Kita dalam bahaya!'.  Sila baca dengan nada yang betul okey.  Nak cerita pasal blogshere Malaysia yang saya tengok dan rasa macam ada sikit kritikal.  Apa yang saya boleh cakap ialah ini adalah akibat bila kita selaku blogger meletakkan Duit & Traffik sebagai matlamat blogging kita.  Bukan nak cakap saya tak nak duit.  Korang akan cakap saya gila kalau saya cakap yang saya tak nak duit.  Memang itu satu ayat di mana takkan masuk akal.

Kenapa tetiba saya bukak topik ni?  Saya rasa korang sendiri ada jawapannya dan mungkin korang satu daripada hamba Allah yang buat benda ni.  Bila kita blogging berniatkan duit & traffik so semua benda kita nak instant dan cepat. Ada tiga situasi yang saya nak share dengan anda blogger-blogger terhormat di luar sana :

1. Auto Blogwalking

Apa jadahnya nak blogwalking secara auto.Korang tau ke tidak konsep blogging dan blogwalking.  Tujuan kita blogwalking adalah untuk tambah kenalan dan jugak tambah knowledge.  Bila kita Auto Blogwalking adakah kita masuk ke dalam blog tersebut? Kita tolak tepi bab baca entri sebab ada jugak blogger yang masuk blog lain tak baca entri.  Tapi itu lebih baik dari tak masuk langsung tapi dok tarik traffik dari shoutbox.  Ini lah sebab kenapa saya pasang widget pelawat Gengblogger.

2. Plagiat Entri

Kes ni agak susah nak dibendung. Even banyak kali keluar entri tetap ada je aktiviti ni. Ni disebabkan blogger tu nak traffik tapi takde idea.  So bila terdesak sangat nak traffik maka copy paste jalan terakhir.  Dengan teknik jutsu ni mereka dapat tarik visitor dengan keyword entri yang diciplak.  Still banyak kes ni terjadi tak percaya pi blogwalk mesti ada yang kecoh.  Susah sangat ke nak tulis entri?  Bagi saya tak susah langsung dan kalau korang tak nak terlibat dengan plagiat cuba berbalik kepada cara lama berblog iaitu blogwalking.  InsyAllah korang akan dapat idea.

3. Teknik I-frame

Yang ni teknik jutsu terbaru yang tengah hangat diperkatakan.  Saya terbaca dari blog Dahlia pagi tadi.  Dan jutsu ni Naruto pun tak tau lagi sebab Jiraya belum ajar dia.  Korang tau tak apa itu I-Frame?  Dari pengamatan saya I-Frame ni satu script pendek yang dihasilkan untuk duplicate traffik dan juga feed (kalau tak silap lah).  Biasanya script ni ada pada banner or blog.  nak tengok macam mana rupa I-Frame boleh usha blog Dahlia sebab saya takde masa nak tunjuk secara detail.  Cukup setakat penerangan pendek yang boleh bagi korang jelas. Yang saya tau dalam blog saya cuma ada satu je coding iframe iaitu widget Gengblogger.  hak3..  Tapi kalau korang nak penawar atau cara untuk elak I-Frame ni korang boleh pi kat blog Bro Anarm.  Maka berhati-hatilah dengan coding banner ataupun gambar sebab mungkin anda akan jadi mangsa.

Adakah anda tergolong dalam tiga situasi ini.  Pada saya kalau korang nak teruskan benda-benda ni ikut lah kata hati korang sebab 3 benda kat atas ni lah yang akan menyebabkan blog korang jatuh dan korang takkan dapat ilmu dari perbuatan korang.


p/s :


* Untuk jadis seorang blogger hebat kita kena lalui beberapa stage dan belajar dan ingat tiada jalan mudah untuk kita belajar pasal blogging.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails