APA AKAN JADI BILA BLOGGER VS BLOGGER

APA AKAN JADI BILA BLOGGER VS BLOGGER



Salam guys,

Still tak biasa tengok template baru ni.  Tak tau apa slacknya so kalau korang ada ternampak apa-apa yang patut diubah jangan malu-malu tegur.  Jangan takut saya tak kisah kalau korang komen beserta bukti.  Jangan main tembak tanpa kemukakan bukti sebab kalau macam tu kat mahkamahpun korang belum tentu boleh menang.

Ok kita sambung topik entri ni.  Hari ni nak berkongsi apa yang kita mesti jumpa punya kes macam ni iaitu blogger vs blogger.  Kalau nak ikutkan jadi blogger ni kita boleh kelasifikasikan sama macam jadi penyanyi rap. Setiap dari kita mesti akan face di mana ada je blogger yang tak puas hati dengan apa yang kita tulis.  So bile bertelagah pendapat maka akan berlakunya 'VS'.  Benda ni dah banyak kali jadi pada saya sendiri.  Ada yang memang blogger lain carihal dan ada jugak sebab saya terlalu emo.hak3... Biasalah manusia diciptakan dengan amarah.

Korang perasan tak bila blogger vs blogger apa akan terjadi.  Disebabkan saya pernah alami benda ni maka saya nak share something yang saya tak tau korang perasan atau tidak.

1. Berbalas Entri

Wow bila terjadinya blogger vs blogger maka kita akan dapat lihat blogger berbalas entri macam berbalas pantun.  Satu kes akan berjaya melahirkan beberapa entri yang sangat kreatif.  Blogger akan cuba membuktikan diri dia betul di dalam entri.  Kalau boleh setiap entri akan beserta penjelasan yang hebat.hak3...

2. Traffik Yang Tinggi

Bila tercetusnya blogger vs blogger maka traffik akan mencanak naik.  Ini akan jadi lebih efektif bila blogger yang terlibat letak link.  Dan ikut research yang saya buat ramai blogger yang akan masuk blog kalau ada kes 'VS' ni.  Kadang-kadang blogger yang tak pernah masuk blog tu pun ada menyinggah just nak jadi kepochi.  So kalau korang nak traffik tinggi korang boleh buat satu situation blogger vs blogger.hak3...

3. Komen

Komen pun satu benda yang akan meningkat bila situasi ni berlaku.  Kalau situasi tu melibatkan blogger yang femes dan blogger cap ayam (macam saya) maka blogger cap ayam tu akan jadi femes sekelip mata even blog dia sebelum tu UV cuma 20 je sehari.  Lepas tu komen yang korang dapat memang akan melambung umpama saham kat wallstreet.  Kalau korang blogger femes pulak maka ada ramailah yang akan keluar komen memuji korang padahal nak attention je hak3... Selain tu korang akan nampak ramai blogger yang sibuk dok komen padahal dia tak tau apa kes sebenarnya dan orang yang dia kutuk itu kawan dia.hahaha...

4. Blogger Batu Api

Ini sure akan terjadi beb.  Bila dua blogger bergaduh maka akan ada orang ketiga di dalam scenario pergolakan tersebut.  Masuk blog A kutuk blog B dan masuk blog B kutuk blog A.  Saya pun tak tau apa tujuan diorang buat macam ni.  Apa lah salahnya tolong damaikan ni tak lagi kasi orang terbakar je.  Kalau takat drop komen boleh consider lagi ni siap buat entri.

5. Munculnya Annon
Bila wujudnya situasi macam ni maka yang paling best ialah blogger-blogger yang bernaung dalam persatuan annon-annon hebat semalaya.  Diorang agak pantang denganbenda-benda ni dan diorang lah yang paling alert.  Samada diorang guna nama blogger yang gaduh takpun 'anon' untuk mengomen.  Diorang akan bantai kow-kow bagi sampaikan mungkin blogger tu tutup blog kalau takde psyco yang kuat.

Oklah bagi saya dalam blogging ni kita kena faham kenapa kita blogging.  Tak salah kita nak tegur pasal entri orang lain tapi ada cara dia bukan main tembak menonong je beb.  Memang masing-masing ada pendapat tapi kita kena jugak ambil kira perasaan orang lain.

p/s :

* Untuk pengetahuan korang entri ni ialah draft dan saya baru publish dan baru saya tau yang ada situasi Blogger vs Blogger masa saya edit entri ni.  Adakah suratan atau kebetulan?
 
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails