Showing posts with label Alexa. Show all posts
Showing posts with label Alexa. Show all posts

MAHARAJA LAWAK | MINGGU KETIGA - NI APA KES PLAK?

MAHARAJA LAWAK | MINGGU KETIGA - NI APA KES PLAK?




Salam guys,

Siapa tengok Maharaja Lawak haru Jumaat lepas?  Bagi saya taktik Astro untuk mengumumkan peserta yang terkeluar untuk minggu lepas itu pada minggu ni amat bagus so ramai yang langgan pakej Mustika.  Walau macam mana pun saya tetap tidak berpuas hati dengan 2 keputusan atau 'arrangement' yang dibuat minggu ni :

1) Peserta terkeluar Minggu lepas diumumkan pada awal rancangan.  Ni apa kes?  Adakah mereka tak mempunyai perasaan.  Peserta dah siap-siap pakai costum nak perform last-last kene singkir pada awal rancangan.  Memanglah depa semua pelawak kasi orang gelak tapi depa ada perasaan weyh!

2) Yang ni saya betul-betul tak faham tapi nak buat macam mana SMS itu kuasa besar dalam event macam ni.  Saya rasa ramai jugak yang tak puas hati bila Amir sekali lagi terselamat.  Ya mungkin itu rezeki dia tapi yang mengundi pun boleh tahan jugak tak berfikir sebab sanggup nak tengok dia memperbodohkan diri perform untuk minggu lepas.  Dia bukan melawak tapi mengarut kat atas pentas dan kalau nak dibandingkan R2 lebih layak untuk stay.

Cukup 2 jelah sebab saya takde share dalam Astro dan bagi saya mungkin itu satu taktik Astro. Oklah macam yang kita tau tema minggu ni adalah 'musical comedy'.  Sebelum persembahan saya dah bajet ni adalah makanan pada Alex, Kumpulan Sepah, Man dan Jozan.  Siapa yang follow Raja Lawak so mesti tau diorang ni kalau 'musical comedy' memang best.  Tapi bila dah tengok apa yang saya boleh cakap Nabil punya performance memang terbaek! Jom kita layan 3 persembahan terbaik yang bagi saya memang best :


1. Nabil - Lawak Kuli






Siapa yang kata persembahan ni cikai dah tentu korang ni buta seni beb.  Even saya tak berapa nak suka attitude Nabil tapi bab persembahan dia memang terbaik.  Dalam performance ni apa yang menarik ialah punchline dan body language yang Nabil buat.  Bagi saya Nabil adalah satu entertainer bukan sahaja pelawak.

2. Alex - Lawak Penoreh Getah






Kalau nak cerita Alex ni memang kreatif.  Bagi saya dialah antara comedian yang ada intelligent idea.  Macam yang saya cakap musical comedy ni adalah 'makanan' dia.  Dia pandai atur ayat dalam lagu even ada terabur sikit.  Suara dia pun not bad.

3. Kumpulan Sepah - Lawak Cinta Ditipu






Seperti biasa diorang ni ada je punchline yang best lepas tu diorang pandai main memek muka.  Kekuatan diorang ialah ketiga-tiga boleh balas lawak.  Bagi satu topik je pun boleh masuk topik lain.  Diorang tak bergantung pada seorang je yang keluarkan punchline.  Saya paling nak tengok si jep nyanyi sebab macam yang lepas-lepas dia bawak lagu Ramli Sarip.

Oklah ni adalah pendapat saya mungkin ada yang tak sama.  Ada lagi peserta yang best tapi bagi saya ini lah 3 terbaik minggu ni.  Macam Jozan bukan tak best tapi bagi saya still macam biasa je.  Apa yang menariknya minggu ketiga ni selain persembahan yang best ialah 2 performance dari Usop Wilcha dan juri...Jom Layan :

1. Usop WIlcha - Kome,Kome,Kome,Kome,Kome.......!!!






2. Persembahan Juri - Kami terror, terrrorist










Apa yang boleh saya kata Abang Mamat Khalid memang terbaek lah.  Skill beb main piano. 

p/s :

* Kalau juri tak hebat depa tak jadi juri tau!
* Harap-harap next week dapatlah tengok live ye...

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

APA ITU ALEXA TRAFFIC RANK?MACAM MANA NAK CHECK ALEXA RANKING BLOG

APA ITU ALEXA TRAFFIC RANK?MACAM MANA NAK CHECK ALEXA RANKING BLOG




Salam guys,

Hari nak share sikit pasal Alexa Rank.Apa yang korang faham pasal alexa?Penerangan yang simple mengikut kepala otak saya ialah statistik web/blog dalam dunia maya di mana korang kena compete dengan berjuta-juta web/blog dalam internet.Rangking bermula dari nombor besar ke nombor kecil.Sila jangan sakit jantungkalau first time korang check Alexa Ranking tetiba keluar angka juta-juta dan jangan berangan itu angka duit dalam Maybank2u sebab itu just ranking maya.Ini bermakna lagi kecil nomber lagi bagus blog korang.

Dulu saya bermula dengan angka 3,256,412 .Amacam banyak tak?Memang disappointed beb tengok ranking tapi lepas saya start aktif maka nombor tu makin kurang dan sekarang lihatlah hasilnya ...


Dengan usaha keras saya selama 2 tahun maka dapatlah rank serendah ini.Actually belum cukup bagus tapi apa kan daya saya tak punya banyak masa untuk berblog macam dulu.Kalau nak ikutkan dulu saya pernah dapat dalam 300K tapi yang ni pun oklah.Tunggu masa saya nak buat semula blog ni.

Macam mana nak rendahkan ranking Alexa :

1. Tulis Secara Consistent
2. Maintainkan Traffik
3. Exchange Link
4. Belajar SEO 

Kalau korang nak check ranking boleh pi http://www.alexa.com/

TIPS : GUNAKAN BLOGLIST KORANG UNTUK MENCURI

TIPS : GUNAKAN BLOGLIST KORANG UNTUK MENCURI

Oklah hari ni saya nak ajar korang cara mencuri traffik dari blogger lain.Cara ni dah lama sebenarnya cuma ada di antara kita tak perasan.Sebenarnya ada banyak cara kita boleh curi traffik dari blogger lain tanpa memudaratkan kesihatan diorang.Salah satunya saya dah bagi tau dalam entri [ini].Ini cara yang kedua dah bro Ariffshah pun ada terangkan dulu.Saya just nak sebarkan je ajaran Robin Hood ini.Kenapa Robin Hood sebab dia mencuri untuk kebaikan & tolong orang lain.Jadi dosa dia dapat pahala pun dia dapat...hak3...

Sebelum tu apa yang korang tau pasal bloglist?Ramai di antara kita yang buat bloglist pada blog yang kita follow.Kegunaannya untuk blogwalking dan baca entri terbaru dari blog yang kita suka.Betul tak?Sapa cakap salah itu masalah korang.Selain tu bloglist juga boleh digunakan untuk kasi backlink pada blogger lain so PR (bukan Pria Romantik ye) & Alexa diorang pun boleh naik.Ni kira amal jariah dalam blogging lah.Ok selain dari itu bloglist jugak korang boleh gunakan sebagai cara mendapatkan traffik dari blogger lain.Macam mana?Simple je :

1) NAMA BLOG OR BLOGGER

Dalam carian Google bila orang taip nama blogger or nama blog maka kadang2 bila kita letak link blogger or blog tu maka tak mustahil akan tersangkut kat blog kita sebab ada link dia.Yang ni korang boleh rujuk entri saya yang [ni].So tolong jangan kedekut sangat link kat blogger lain sebab itu akan datangkan keuntungan kat korang jugak.Tolong jangan Diva sangat sampai nak pandang rendah pada blogger2 lain.Sebab setiap orang ada kekuatan tersendiri.

2) TAJUK ENTRI

Ni pun sama.Kadang2 kita takdepun tulis pasal bende tuh tapi tiba2 traffik masuk jugak.Korang perasan tak?Saya mula perasan benda ni masa kes Hani Tarmizi.Saya pun tak kenal minah ni siapa dan tak pernah pulak saya baca pasal dia kat majalah Mangga.Ntah cun ke tak sayapun tak tau.Tapi hari tu tiba2 je traffik nama dia masuk kat blog ni.Banyak pulak tuh.Jadi kaji punya kaji rupanya Nara ada tulis pasal dia.So secara tak sengaja Traffik nara masuk sikit kat saya.

3) KEYWORD

Kita tak perasan apakah keyword best untuk hari tu or masa tuh.Kadang2 apa yang ditulis oleh orang lain tu ada keyword yang panas or best2.Jadi secara tak sengaja maka apa keyword yang blogger lain tulis kita akan dapat tempias.Tak taulah kalau korang dah memang hebat macam owner problogger.Traffik juta2 satu hari kan.

Oklah cukup tak 3 point tu.Yang penting kat bloglistkorang tuh jangan just letak nama blog sahaja letak sekali dengan tajuk entri blogger tu.macam ni setting dia :

bagi saya tanda 3 tu dah cukup dah.yang lain tu agak merimaskan

Benda ni kita boleh panggil SEO cara budak2 kecik je.Blogger cap ayam macam saya je yang guna.Yang dah otai2 mungkin ada cara lagi best kot.Nanti saya kecek2 sikit dari diorang & share ngan korang.

p/s : 

* Sekarang ni Orang tamak selalu untuk orang kedekut selalu rugi

TIPS : MAHU BLOG JADI POPULAR?


Selamat pagi semua,pagi ni memang dah ditakdirkan saya datang ke office dengan harapan dapat menyiapkan semua task sebab esok dah cuti.Malas nak datang kalau dah cuti sebab malas nak tunjuk rajin (ada alasan lain).Kan best kalau esok Nuffnang ada buat event.So ada lah terluang sikit masa bersosial.hak3...

Cerita pasal semalam saya ada keluar satu tips untuk dikongsi iaitu pasal backlink.Siapa yang nak baca still boleh lagi sebab saya baru ada up satu entri untuk hari ni.Korang akan nampak hasil dia kalau korang buat.Kalau tak buat sampai kiamatpun takkan nampak.Korang pun tau semalam saya kena terjah dengan Eyriqazz (tapi dia kata itu bukan terjah).Saya dapat rasa kesan daripada backlink yang dia bagi kat saya.Nak tengok :

klik untuk tumbesaran sempurna

Jadi kesimpulannya jangan kedekut link.Oklah nak kongsi pulak pasal rank Alexa.Saya try check semalam apakah status saya kat dalam Alexa.Popular ke tak?Kat mana blog ni popular.Sebab dah lama dah tak check.Harapkan pasang widget je tapi tak tengok (kadang2 widget tu update lambat).So saya pergi check dan ni keputusannya :

klik untuk tumbesaran

uiks,adakah Salman Khan baca blog ni?Satu persoalan yang sukar dijawab

Hm,tak lah sehebat orang lain tapi peningkatan ketaralah jugak.Sebelum saya check hari ni  last sekali rank blog ni adalah 975,215.So naik sikit kot.Maka saya perlu buat something yang lain daripada yang lain untuk up kan lagi ranking ni sebab rasa macam kene kurangkan lagi.Mana tau satu hari nanti boleh lagi bagus dari TV3 or Media Prima kan (perasan lebih plak).

Mesti korang tertanya2 macam mana tetiba boleh up gila2 kan ranking ni.Jawapannya senang je tak susahpun nak naikkan rank Alexa.Apa yang korang kena buat ialah :

1) TULIS ENTRI SECARA KONSISTEN
2) BILA DAH ADA ENTRI MESTI ADA TRAFFIK KAN SO MAINTAN TRAFFIK

Ada lagi satu taktik kotor yang korang boleh pakai untuk naikkan benda ni cepat je (saya tak pakai eyh,saya cuma tau je),tapi saya tak nak ajar sebab ia akan menjadi ajaran sesat.So korang kena cari sendiri ye.Oklah nak buat quotation sikit & nak hantar surat resign.Chiow...

p/s :
- Keyword untuk entri ni adalah usaha tangga kejayaan.Kalau korang naik escalator lagi cepat tapi ada kesan negatifnya.

PENUTUPAN MINGGU YANG SENANG LENANG



Hye selamat hari ahad guys,hari rehat2 & hari santai2 orang kata.Mood agak kelaut sebab sindrom ni dah menular pada saya plak.Ntah apa halpun saya tak tau.Semalam saya ada mengadu pada tok guru saya dan telah dibancuh seperti milo panas.

Actually saya taknak publish entripun hari ni.Ntah tak tau apa mimpi lepas bangun tido tadi saya dikejutkan dengan entri aus yang mengatakan PR dah update.Saya dengan pantasnya check status PR saya.Yela kalau aus dah update mesti orang lain punya pun dah updatekan.Jadi saya check kat PRChecker then ini hasilnya :

Owh sangat teruja sebab dah dekat 4 bulan saya check asyik 0 je akibat bertukar domian.Dulu 4 ataupun 3..ces..So saya dah boleh apply job untuk BAS:Blogadvertisingstore.Dah lama tak menuai hasil dari diorang sebab tak cukup PR.So sekarang saya akan bekerja keras untuk dapatkan extra income dari blog saya.Sapa2 yang berminat bolehlah register ye.

Suterablogger juga menerima berita baik apabila dianugerahkan pingat kebesaran untuk Alexa (chewah sembang nak best je).Takdela Rank Alexapun dah agak best sikit sebab dah <1,000,000.Terkejutkan blog yang sempoi camni boleh kurangkan nilai dalam Alexa.So ni result dia :

klik untuk tumbesaran sempurna
Mak aiyh dalam Malaysia rank ke 7000 lebih.Memang teruja sebab first time saya buat blog ni rank dia 12,000 so semakin popular la kan maknanya.Ni yang membuatkan saya rasa cam tak best kalau saya main2.Dengan rank2 ni membuatkan saya rasa yang saya patut kerja lebih kera untuk "up"kan lagi tahap Suterablogger.

Saya tau yang rank2 ni semua tak la sebagus orang lain tapi at least saya buat yang terbaik untuk blog saya.Saya cuba belajar dari orang lain cara untuk jadi bagus walaupun tak sebagus diorang at least saya mencuba.So kepada korang kalau saya boleh buat korang pun mesti boleh.Sebab dalam dunia takde benda yang mustahil as long as kita mencuba.

Last sekali saya nak tunjuk bukti kat korang yang Nuffnang bukanlah SCAM sebab saya dah received check pada last Friday.Setelah sebulan saya tunggu sampai jugak duit gaji saya.Thanks to Nuffnang sebab kasi gaji.Lain kali hantar la ribu2 pulak.Tak cukuplah ratus2.huk2...Ni tgh tunggu lagi satu check cash out last week...


p/s :
- tak sabar lah nak jumpa blogger2 lain 7th April ni.Lama siot tak jumpa Nara..
- Siapa kata blogging itu sia2...bak datang biar abang tarbiah sat...

PEKERJA KEDAI SUTERA DITANYA TENTANG ALEXA & MYLOOK

Selamat tengahari ye semua,agak kusut bila boss boleh buat2 tak tau pasal gaji.Kalau dah tau sistem bagi check buat la awal2.Ni kasi pekerja macam saya ni tungu2.Bank dah call tanya duit kete.Teruklah management macam ni.Kadang2 bengangpun ada,macam mana la staff nak kerja betul2 kalau management tak jaga kabajikan ye tak???hak3...Baik saya kerja kedai sutera je macam ni.At least kalau tak bayar gaji saya rembat sutera jual...hak3...


Oklah entri ni wujud atas dasar member pengatahuan.Tadi saya check kat comment ada sorang reader tanya saya pasal Alexa & Mylook.Soalan dia macam ni :


Klik untuk tumbesaran sempurna

Mak aiyh saya dipanggil abang sutera.Bapak jambu nama tuh.Terbahak2 saya dengar panggilan tuh.Anyway thanx eyh kaseh sebab sudi tanya soalan ni kat saya.

Ok meh saya terangkan apa yang saya tau pasal dua benda ni :

Alexa - Satu website yang digunakan user untuk check data sesuatu website.Dengan alexa kita boleh check ke"popular"an website or blog kita dan juga perubahan ranking website kita di Negara asal ataupun negara luar.Contoh :

 Klik untuk tumbesaran

Kalau kita klik "Get Details" maka akan keluarlah info pasal blog kita.So kalau nak tau blog kita famous kat negara mana dan ranking boleh try la eyh.Lebih kecil bilangan nombor lebih bagus.

Mylook - Ok yang ni plak satu search engine baru yang mana function dia sama je macam google & yahoo.Bezanya pada umur sahaja...hak3...Kenapa nama dia Mylook kenapa tanya founder dia la ye.Apa yang bestnya setiap search kita akan diberi "share".Contohnya macam ni :


Klik untuk tumbesaran sempurna


macam mana nak earn dengan MyLook :


klik untuk tumbesaran sempurna

Alamak kantoi plak earning.Tapi tu semalam punya.Harini ada naik sikit la..Persamaan antara dua2 website ni adalah ia PERCUMA!!!So try dulu baru ceritala kan.Hopefully entri ni dapat membantu Kaseh eyh.

p/s :
- Huh!Terpaksa mengeluh sebab dah pukul berapa ni dia tak panggil lagi saya masuk bilik dia.Apa punya kompeni la tak sistematik langsung.Terus hilang mood nak buat keje...ikhlas terus hilang arini.ces!!!

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails