MAHARAJA LAWAK | MINGGU KETIGA - NI APA KES PLAK?

MAHARAJA LAWAK | MINGGU KETIGA - NI APA KES PLAK?




Salam guys,

Siapa tengok Maharaja Lawak haru Jumaat lepas?  Bagi saya taktik Astro untuk mengumumkan peserta yang terkeluar untuk minggu lepas itu pada minggu ni amat bagus so ramai yang langgan pakej Mustika.  Walau macam mana pun saya tetap tidak berpuas hati dengan 2 keputusan atau 'arrangement' yang dibuat minggu ni :

1) Peserta terkeluar Minggu lepas diumumkan pada awal rancangan.  Ni apa kes?  Adakah mereka tak mempunyai perasaan.  Peserta dah siap-siap pakai costum nak perform last-last kene singkir pada awal rancangan.  Memanglah depa semua pelawak kasi orang gelak tapi depa ada perasaan weyh!

2) Yang ni saya betul-betul tak faham tapi nak buat macam mana SMS itu kuasa besar dalam event macam ni.  Saya rasa ramai jugak yang tak puas hati bila Amir sekali lagi terselamat.  Ya mungkin itu rezeki dia tapi yang mengundi pun boleh tahan jugak tak berfikir sebab sanggup nak tengok dia memperbodohkan diri perform untuk minggu lepas.  Dia bukan melawak tapi mengarut kat atas pentas dan kalau nak dibandingkan R2 lebih layak untuk stay.

Cukup 2 jelah sebab saya takde share dalam Astro dan bagi saya mungkin itu satu taktik Astro. Oklah macam yang kita tau tema minggu ni adalah 'musical comedy'.  Sebelum persembahan saya dah bajet ni adalah makanan pada Alex, Kumpulan Sepah, Man dan Jozan.  Siapa yang follow Raja Lawak so mesti tau diorang ni kalau 'musical comedy' memang best.  Tapi bila dah tengok apa yang saya boleh cakap Nabil punya performance memang terbaek! Jom kita layan 3 persembahan terbaik yang bagi saya memang best :


1. Nabil - Lawak Kuli






Siapa yang kata persembahan ni cikai dah tentu korang ni buta seni beb.  Even saya tak berapa nak suka attitude Nabil tapi bab persembahan dia memang terbaik.  Dalam performance ni apa yang menarik ialah punchline dan body language yang Nabil buat.  Bagi saya Nabil adalah satu entertainer bukan sahaja pelawak.

2. Alex - Lawak Penoreh Getah






Kalau nak cerita Alex ni memang kreatif.  Bagi saya dialah antara comedian yang ada intelligent idea.  Macam yang saya cakap musical comedy ni adalah 'makanan' dia.  Dia pandai atur ayat dalam lagu even ada terabur sikit.  Suara dia pun not bad.

3. Kumpulan Sepah - Lawak Cinta Ditipu






Seperti biasa diorang ni ada je punchline yang best lepas tu diorang pandai main memek muka.  Kekuatan diorang ialah ketiga-tiga boleh balas lawak.  Bagi satu topik je pun boleh masuk topik lain.  Diorang tak bergantung pada seorang je yang keluarkan punchline.  Saya paling nak tengok si jep nyanyi sebab macam yang lepas-lepas dia bawak lagu Ramli Sarip.

Oklah ni adalah pendapat saya mungkin ada yang tak sama.  Ada lagi peserta yang best tapi bagi saya ini lah 3 terbaik minggu ni.  Macam Jozan bukan tak best tapi bagi saya still macam biasa je.  Apa yang menariknya minggu ketiga ni selain persembahan yang best ialah 2 performance dari Usop Wilcha dan juri...Jom Layan :

1. Usop WIlcha - Kome,Kome,Kome,Kome,Kome.......!!!






2. Persembahan Juri - Kami terror, terrrorist










Apa yang boleh saya kata Abang Mamat Khalid memang terbaek lah.  Skill beb main piano. 

p/s :

* Kalau juri tak hebat depa tak jadi juri tau!
* Harap-harap next week dapatlah tengok live ye...

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails