3 CARA BELAJAR BAHASA INGGERIS YANG BERKESAN

3 CARA BELAJAR BAHASA INGGERIS YANG BERKESAN

Salam guys,

Sorry hari ni bukan nak jadi cikgu mahupun lecturer tapi just nak share apa yang pernah saya buat dulu. Sekarang memang Bahasa Inggeris tu penting dalam pertuturan kita lagi-lagi kalau kita berniaga.  kalau tak memang orang omputih datang mulalah terkeluar 'lughatul arabiah'.  Saya still ingat dulu masa sekolah form 1 sampai form 5 memang saya paling teruk dalam English kalau dalam MRSM tu ada 3 class saya yang terakhir sekali.

So masa saya form 5 tetiba dapat nur nak belajar English tanpa tusyen Kat Pusat Tusyen Kasturi sebab time tu malas nak buang duit dan akhirnya saya belajar English dengan cara saya sendiri.

1. Dengar Lagu English

Seriously cara ni memang membantu saya.  Disebabkan dulu saya ni budak skinhead maka saya cuba fahamkan lagu-lagu ACAB (yela awal-awal takkan nak layan cocksparrer plak kan).  Mula-mula saya cuma fahamkan tajuk je dulu and then mula tengok lirik sepenuhnya sampai saya faham keseluruhan lagu.  Sampai sekarang saya praktikkan cara ni.  Lebih bagus kalau kita hayati lirik dia memang akan buat kita lebih faham.  Apa-apapun terima kasih pada Megat ACAB sebab lirik dia memang best dan bagi banyak knowledge pada saya masa saya 'kaku English' satu masa dulu.  Tapi make sure jangan salah layan lagu nanti terpengaruh susah plak.

2. Baca Novel

Ok lepas sekolah saya ada kerja kat KFC.  Masa kerja kat KFC tu mestilah ada gaji (kalau takde gaji baik saya jadi RELA je).  Dengan gaji tu saya pi Kedai Buku Popular dan beli satu novel yang bertajuk 'Charmed' (saya beli novel ni sebab ada gambar Shanon Doherthy).  Tapi dari satu novel jadi koleksi pulak sebab cerita dia best.  Dari situ saya cuba fahamkan tanpa tengok kamus melainkan perkataan yang memang tak boleh nak digambarkan.  Malangnya saya tak tau mana pergi collection novel tu yang saya ingat dua dari novel tu saya pinjamkan pada satu awek skingirl tapi dia pun dah ghaib.

3. Layan Movie

Yang ni kena bersyarat.  Korang kena layan tanpa subtitile.  Kalau korang selalu layan tapi still usha subtitle memang korang takkan belajar apa-apa.  Sebab tu kalau tengok wayang saya akan diam sampai habis melainkan kalau cerita tu mengarut.  Sebab dengan layan movie kita guna 3 deria iaitu melihat, mendengar, dan kadang-kadang kita akan cuba sebut perkataan tu.

Ni antara cara yang saya buat untuk belajar Bahasa Inggeris.  Kalau dulu memang English saya 'totally out' kalau saya cakap memang orang tak faham sebab bunyi dia dah macam bahasa Jerman tapi sekarang kalau takat nak bersembang dengan Obama tu selamba mak nyah je. hak3...

p/s :

* Bercakap dalam bahasa Inggeris itu bagus tapi berpakaian seperti orang Inggeris itu jahil namanya...

ila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

- Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi


Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails