APA YANG BEAN MORENO NAK BELI START BULAN DEPAN

APA YANG BEAN MORENO NAK BELI START BULAN DEPAN

salam guys,

Fuh terasa agak tertekan even masa saya kat The Store ni cuma tinggal sepuluh hari.  Bagi yang tak tau dah dapat kerja baru yang berdekatan dengan rumah.  saya berhenti di The Store bukan sebab kerja tapi sebab malas nak hadap jam.  hari ni je saya sangkut dekat dua jam.  Aduh bilalah nak berakhir situasi membuang masa macam ni.  Mana-mana pergi mesti jammed.

Ok sebenarnya masa saya duduk sorang-sorang saya terfikir dah lama saya kerja satu barang pun saya tak beli melainkan selipar Croc putih hijau je.  So start kerja tempat baru ni gaji dah naik sikit so saya ada list nak beli barang-barang.

1. Gitar Kapok

Kalau sekali tengok saya ni nampak je macam mat dangdut ataupun remaja yang terlibat dengan ghazal. Tapi pada hakikatnya saya meminati irama yang ganas.'Muka je lagend tapi hati kiut'.  Dulu saya suka main gitar then buat lirik.  Dah lama tak buat sebab Kapok saya terlibat dalam kebakaran rumah sewa di Flora Damansara masa saya bujang dulu. Jadi bulan ni saya nak beli gitar semula dapat yang murah pun jadilah.  sebab sekarang ni asyik ngadap PC je sakit mata.

2. Helikopter Mini (RC)

Benda ni dah lama dah saya nak beli.  Asyik-asyik tak cukup je budget mungkin sebab saya tak letak dalam wishlist.  Saya teringin nak lepas tension main RC kat padang.  At least kalau saya tengah resah or 'otak biol' mungkin saya boleh tenang layan helikopter.  Saya dah usha satu kedai kat Uptown Kajang memang murah dibagi kat saya.  So sebelum dia tukar fikiran makanya harus dibeli.

3. Baju Baru

Dulu masa awal-awal kahwin saya suka beli baju. Tu yang collection baju Nicole saya berlambak (saya memang suka baju Nicole).  Tapi sejak dua menjak tiga menjak ni tak dapat sebab kena dulukan benda yang lebih penting.  Kalau saya belipun beli Baju Paul Smith (wah macam orang kayakan tapi sebenarnya beli kat Uptown je.hak3). Lepas ni sebulan dapat satupun jadilah...

4. Nak Make Up kereta

Kalau siapa yang pernah tengok kereta Proton Gen2 saya mesti menangis seminggu tak berhenti.  Memang kesian beb.  Hasil kekreatifan aiensepet maka kereta tu jadi kereta yang sangat abstract. hahaha. So mungkin start bulan depan kalau ada rezeki saya nak buat siki-sikit.

5. Payung Family Makan Steamboat

Ok hajat ni dah lama saya pendam dari ia hajat kecil sekarang dah jadi besar. So first gaji kat tempat baru ni nak payung makan steamboat (aku makan steambot ke?).  hari tu dah tanya kat Tupai-tupai satu kepala RM25 so kalau 7 orang maka kena ada RM175.  No hallah sikit punya hal...Itu investment akhirat namanya.

Ni 5 dulu kalau capai 5 ni maka saya ada lagi benda besar yang akan saya beli.  SIla jangan bagitau orang,  saya nak beli DSLR ni.hak3...

p/s:

Check Nuffnang yang ke 10 is on the way!  Ada la sikit duit...

* Benda-benda ni saya akan beli selepas saya tolak duit saving owh detail tak?haha

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails