HATI-HATI DENGAN PERCAKAPAN SEBAB IA AKAN MENAMPAKKAN KELEMAHAN KITA SENDIRI

HATI-HATI DENGAN PERCAKAPAN SEBAB IA AKAN MENAMPAKKAN KELEMAHAN KITA SENDIRI



Salam guys,

Hari ni seperti yang dijangka buka sahaja blog maka akan terkeluarlah list yang update pasal Anugerah Bintang Popular 2010.  Ya itu memang pasti bila ada event besar maka kita akan berebut untuk tulis satu info yang sama. Hehe...  Hari ni nak share something yang mungkin ada antara kita yang akan anggap remeh tapi sebenarnya boleh buat atau bagi satu impak yang mendalam.

Kata-kata itu adalah satu kurniaan sebenarnya.  Sedar tak kita dengan bercakap kita boleh menjatuhkan empayar atau kuasa dalam sesebuah negara.  Kita ambil contoh Emepayar Hosni Mubarak yang telah jatuh hanya disebabkan vlog yang menyeru kebangkitan rakyat.  Dengan mudah je pemerintah kuku besi tu dijatuhkan.  Itu bab kekuatan tapi kata-kata juga boleh menyebabkan kita ter'kantoi' ataupun boleh menampakkan kelemahan kita sendiri.

Ya mungkin kita dengan mudah nak menegur seseorang atas kesilapan dan kejahilan dia tapi dalam masa yang sama dengan teguran itu kita akan menampakkan kelemahan kita sendiri.  Sebagai contoh saya bagi satu situasi yang mana saya sendiri alami dulu.

Mat A       : Weh bro jom pi lepak KLCC. Ada Show...

Bean Moreno : Sorry bro tak dapat lah.  Agak kering bulan ni.

Mat A       : Ko ni asyik-asyik takde duit je.  Kerja gaji riban pun tak cukup.

Bean Moreno : Serius bro memang agak kering ni sebab banyak benda nak settle.

Mat A       : Ko ni suka membazir kot itu pasallah duit tak cukup je.  Akupun ada jugak benda yang nak settle tapi boleh je saving.  Bawak-bawak lah saving skit bro...

Bean Moreno : Ikutlah bro ko nak kata apa.  tapi sebelum tu ko kena fikir apa yang membezakan aku dengan ko.

Mat A       : Sama je bro...Ko je yang tak pandai nak saving.

Bean Moreno : Ok bro ko tengok diri ko,  keretapun bukan ko bayar, bapak ko bayar.  Rumah pun ko duduk umah mak bapak ko so sewa tak payah keluar.  Makan hari-hari balik dah siap tniggal makan je so tak perlu keluar duit. Another one more thing yang ko kene fikir semua benda yang aku cakap tadi semua aku buat sendiri.

Si mamat tu terus senyap dan tak tegur saya sampai hari ni.  Oklah mungkin betul cakap dia saya tak dapat nak save duit banyak tapi sila jangan 'compare'kan kehidupan kita dengan orang lain sebab laluan kita berbeza takkan sama.  So sebelum lafazkan sesuatu kita kena fikir juga situasi sebab bila kita tersalah langkah mungkin ada kaca yang akan berderai.

p/s :

Kalau pena itu lebih tajam dari mata pedang, kata-kata itu lebih pedih dari terpijak semalu. 

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails