TAHNIAH HARIMAU MUDA BAWA PULANG PIALA AFF SUZUKI...BEAN MORENO AKAN BERSARA

TAHNIAH HARIMAU MUDA BAWA PULANG PIALA AFF SUZUKI...BEAN MORENO AKAN BERSARA



Selamat pagi guys,

Wah masing-masing semangat hari pi kerja kan.Yelah semalam Malaysia menang Piala AFF Suzuki Final dengan aggregate 4-2.Walaupun Kalah di Bung Karno tapi bekalan yang kita bawa dari rumah sendiri dah cukup sebenarnya untuk 'tapau' kan Si Garuda.So ucapan tahniah kepada player Malaysia (Harimau muda).Kalau korang layan twitter maka korang akan #HarimauMalaya, #HarimauMuda, dan #MalaysiaBoleh akan keluar setiap 10 saat.


Komen Bean Moreno Tentang Match Final AFF Suzuki :


* Semalam memang cool je tengok player Malaysia mungkin terlalu selesa dengan bekalan kot tapi perlawanan memang best walaupun banyak player yang jatuh-jatuh (tak tau betul-betul ke saje-saje).


* Lepas Malaysia dah score satu gol saya dah yakin bahawa Piala Asia tu milik Malaysia sebab mustahil diorang boleh cari 5 gol dalam masa 30 minit.Man U pun lawan wolvehamton tak boleh dapat 5 gol wo...


* Nampak gayanya hantu sundel bolong masih belum dapat mengalahkan Hantu Kak Limah sebab pawang garuda belum cukup hebat nak halau Hantu Kak Limah Balik Rumah.


* Mungkin ada dua player Malaysia yang akan dapat beraksi di BPL iaitu Safee Sali & Khairul Fahmi Che Mat.Safee Salee mungkin akan bermain di Manchester United sebab Pak Ji Sung dah takde & Khairul Fahmi Che Mat akan menjadi Gol Keeper kedua untuk Arsenal.hak3...


* Ramailah artis wanita yang akan cair dengan palyer Harimau Malaya lepas ni sebab dia korang sendiri pun tau lah.So artis lelaki anda kena cari mak-mak ikan ok...


* Esok cuti beb..Tapi persoalannya adakah Syarikat tempat saya bekerja cuti?Kita saksikan episod akan datang.




Actually semua palyer Harimau Malaya adalah hero.Yelah cuba bayangkan kalau Safee Sali je yang main macam mana nak menang tapi saya nak highligt dua pemain ni sebab mereka yang paling menonjol :




Khairul Fahmi

Penjaga Gol Malaysia yang telah menyelamatkan penalti semalam.Memang smart beb.Kalau saya jadi Hogson saya akan beli mamt ni letak untuk reserve team.Rambut dah ada gaya macam Yakuza Jepun dah...haha


Safee Sali

Merupakan penjaring terbanyak perlawanan Piala AFF Suzuki 2010.Rembatan yang kencang serta pandai cari tempat kosong itu kelebihan mamat ni.Apa lagi Manchester United cepatlah beli sebelum transfer window tutup.Ferguson kan suka latih budak-budak yang macam Berbatov.


Akhir nya ini milik Malaysia setelah menanti 14 tahun :






Saya ramalkan Malaysia akan menang aggreagte 4-1 tapi tersilap pulak jadi 4-2.Garuda ni dah tau nak kalah boleh pulak sumbat sebijik lagi.Maka dengan kesilapan meramal saya isytiharkan Bean Moreno akan bersara dari meramal perlawanan bola sepak.Mungkin saya belum lagi sehabat Paul The Octopus.Sekian...


p/s :


* Korang rasa apa ganjaran yang akan player Harimau Malaya dapat?
* Adakah coach Malaysia akan dapat menukar namanya kepada Dato' Rajagopal...Mesti boleh punya kalau Shah Rukh Khan boleh takkan Rajagopal tak boleh...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails