Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts

BAHASA ARAB BERKEMBANG KAT AMERIKA

BAHASA ARAB BERKEMBANG KAT AMERIKA



Salam dan selamat tengahari guys,

Siapa yang tau bertutur dalam bahasa Arab?Saya tau sikit-sikit sebab last time sekolah agama ada belajar.Dan bagi yang tak tau Bahasa Arab itu Bahasa yang sangat unik sebab kalau kita tersalah satu tanda maka maksud dia akan totally lari.Sebab tu kita kena hati-hati masa baca al-Fatiha sebab kalau salah baca maka ia akan betukar menjadi nama-nama Syaitan.

Tahu tak yang bahasa arab merupakan satu bahasa yang sangat berkembang kat Amerika?Saya tertarik dengan artikel dalam Utusan Online iaitu Bahasa Arab Popular Di Amerika.Korang dah baca? Nah saya bagi baca sikit :

WASHINGTON 8 Dis. - Bahasa Arab menjadi bahasa asing paling berkembang dan diminati di kalangan pelajar universiti di Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah pelajar mendaftar mengikuti kursus bahasa itu meningkat lebih 46 peratus pada tahun lalu berbanding 2006, menurut satu kajian yang dikeluarkan hari ini.Selepas bahasa Inggeris, bahasa Arab berada di tangga kelapan mengatasi bahasa Latin dan Rusia paling diminati di kalangan pelajar AS, bahasa yang telah 22 kali disusun oleh Persatuan Bahasa Moden (MLA) sejak 1958.Bahasa lain yang mencatat peningkatan berganda ialah bahasa Korea yang meningkat lebih 19 peratus, China (18.2 peratus), bahasa isyarat Amerika (16.4 peratus) dan bahasa Portugis (11 peratus).

 Komen Bean Moreno :

* Mungkin ramai pelajar USA tertarik nak belajar Bahasa Arab sebab nak menyelami keindahan Islam sebab kebanyakan golongan elit kat sana dah masuk Islam termasuk Micheal Jackson dan Snoop Dog (betul ke?sayapun tak pasti).

* Mungkin juga diorang nak belajar Bahasa Arab untuk kaji corak kehidupan Islam dan ingin mencari kelemahan Islam.Sorry beb korang takkan jumpa sebab Islam itu indah.

* Ramai ilmuan terkenal berasal dari arab so diorang nak cungkil satu-satu kebijaksanaan golongan cendiakiawan Islam dengan memahami Bahasa Arab.

* Cuba korang fikir kenapa orang barat tak mau belajar Bahasa Malaysia.Mungkinkah sebab kita tiada kesitimewaan lain melainkan kehidupan Majmuk?

Antara bahasa lain yang mengalami peningkatan berganda ialah Bahasa Korea ,Bahasa China dan Bahasa Perancis.Jom kita fikir kenapa diorang tak mau belajar Bahasa Malaysia.Korang rasa kenapa Bahasa Malaysia tak popular kat luar?

p/s :

* Serius dah lupa nak speaking in Arabic.hoho...

SILA KIKIS SIFAT KHAYAL DAN LUPA DIRI

SILA KIKIS SIFAT KHAYAL DAN LUPA DIRI

Salam guys,

Amacam sihat?hope korang sihat walaupun hari Isnin.Jangan malas-malas sebab esok kita cuti ye.Actually saya tertarik dengan article yang disiarkan dalam Utusan Online iaitu Kikis Sifat Khayal,Lupa Diri.Sekarang ni kecohkan pasal PKR nak hapuskan ketuanan Melayu.Sebelum tu sorry saya bukan nak berpolitik tapi just bagi pendapat pasal benda ni.

Apa yang korang tau pasal Ketuanan Melayu?Bagi saya perkataan tu agak kasar dan sepatutnya ia disebut sebagai Keistimewaan Melayu.Oklah benda simple je dan actually isu ni tak sepatutnya dibawa dalam sesebuah parti politik.Dan bagi saya isu ni dibangkitkan hanya untuk meraih sokongan dari bangsa lain.Kan saya dah kata politik ni kotor.Korang dah basa article ni ke blom?Kalau belom saya bagi baca sikit dulu :

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota-anggota Barisan Nasional (BN) mengikis sifat khayal, lupa diri, jumud dan angkuh yang sering dikaitkan sebagai penyakit mana- mana parti yang sudah lama berkuasa, untuk menambat hati rakyat.Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN menegaskan, empat penyakit itu perlu dielak, dikikis dan dibuang jauh sebelum rasa sayang rakyat terhadap BN berubah menjadi benci, harapan menjadi kemarahan dan sokongan bertukar menjadi penentangan.Beliau juga mengingatkan ahli-ahli BN supaya jangan terpesona dengan kejayaan lalu hingga menyebabkan mereka terleka dan angkuh yang akan menyebabkan rakyat benci dan menyampah, sebaliknya ia perlu dijadikan inspirasi bagi menjana kemenangan lebih besar pada masa akan datang.
Nak lebih sila baca sini

Korang rasa apa yang menyebabkan Melayu kelihatan agak mundur ataupun senang cakap ketinggalan?Ni persoalan yang agak sensitif dan saya takde niat nak memperkecilkan bangsa sendiri.Saya bercakap mengikut apa yang saya lihat.Sebenarnya apa yang PM cakap tu memang betul (tiada niat nak bodek ye).

Komen Bean Moreno :

* Apa yang menyebabkan kemunduran bangsa ialah kita terlalu banyak berkhayal.Asyik berfikir kita terlalu bagus dan terlalu fikir yang kita terlalu selamat.

* Kita terlalu berpegang pada keistimewaan yang kita ada then kita tak berusaha untuk berubah dan senang berpuas hati dengan apa yang kita dapat.Sebagai contoh gaji pokok Rm1500 tetiba dapat kenaikan RM100 pun dah ok padahal kalau kita tunjuk effort lebih sikit gaji boleh naik RM500.

* Bila kita dah senang SIKIT je kita lupa mana asal kita.Then kita tak nampak yang orang lain kejar dan bakal mendahului kita yang sedang berada di hadapan.

* Dua sikap kat atas nilah yang membunuh bangsa dan menyebabkan kita ketinggalan dan kehilangan segala-galanya.Sila tengok sejarah Singapura...




p/s :

* Melayu Mudah Lupa!

SURAT KHABAR SEPATUTNYA MEMBUKA BUKAN MENUTUP MINDA

SURAT KHABAR SEPATUTNYA MEMBUKA BUKAN MENUTUP MINDA

Salam guys,

Isnin muncul lagi dengan macam-macam kerja.Tapi cool je dah namapun bekerja dengan orang so buat jelah kelauan macam kuli.Korang faham tak apa sebenarnya yang nak saya sampaikan.First of all sebelum saya start saya nak mintak maaf pada semua surat khabar yang ada dalam Malaysia ni sebab apa yang saya nak utarakan ni mungkin akan buat owner syarikat surat khabar agak berangin dan mungkin editor-editor akan tak setuju.Tapi macam yang korang taulahkan blog adalah satu medium perkongsian idea dan pendapat,so accept jelah eyh.

Kenapa saya cakap surat khabar menutup minda kita.Saya tak cakap tuju pada akhbar tertentu just umum je.Sepatutnya peranan akhbar ialah membuka mata dan minda pembaca supaya tidak terkongkong.Tapi kalau kita perasan kebanyakan akhbar akan publish berita yang negatif di muka depan.Ni kita tolak satu tanggapan yang mana akhbar-akhbar utama cuma pro kerajaan dan tak telus.


Saya bagi contoh mudah la kan.Kebanyakan akhbar akan publish cerita pasal kemalangan kat muka depan.Lagi ngeri kemalangan lagi besar gambar muka depan.Langsung tak fikir perasaan keluarga mangsa.Balik-balik cerita 14 Orang Mati dalam satu Kemalangan takpun tajuk utama dia Kemalangan Kereta Paling Ngeri Pemandu Patah Gigi Susu.Orang beli surat khabar pagi-pagi dah jadi takut lepas baca berita macam tu.Ye tak dinafikan memang kadang-kadang ia boleh menginsafkan tapi kita kena fikir bila pagi-pagi otak kita dideahkan dengan perkara negatif maka minda kita akan jadi negatif.Apa salahnya muka depan letak pasal benda or berita yang gembira contohnya Kejayaan Mak Limah Mencipta Mesin Goreng Pisang Terbaru ke.Kan sejuk sikit hati dan boleh bakar semangat orang nak berjaya.


Lagi satu kalau kita perasan pasal atlit.Bab-bab menang susah sikit nak tayang kat muka depan.Mesti kat muka tengah ataupun belakang bahagian sukan.Tapi kalau kalah mesti keluar muka depan.Contohnya Squad Sepak Takraw Malaysia Kalah Di Sukan Sea China.Berita terpampang besar kat muka depan.Tak pun berita yang mempertikaikan kebolehan contohnya Mampukah Squad Kebangsaan Kalahkan Manchestor United?Apa salahnya letak tajuk Terima Kasih Squad Takraw Malaysia.Walaupun diorang kalah tapi diorang dah usaha so tak salah kita ucap terima kasih.Atau Squad Malaysia Pasti Boleh Tumpaskan Man United.Barulah bersemangat diorang main ni tak awal-awal dah pertikai memanglah kalah walaupun Man U tu ayam je sebenarnya.hak3...


Kalau bab hiburan tu apa lagi kalau pasal artis bercerai memang besar je highligh.Tapi pasal kejayaan artis susah gila nak masuk muka depan.Tak caya?Korang tengok bila seorang-seorang peserta sehati berdansa bercerai.Pergh dia punya liputan menag besar.Tapi bila benda yang menggembirakan macam KRU buka KRU Studio dia punya story ciput je.


Banyak lagi contoh sebenarnya tapi kalau saya nak tulis semua memang muntah-muntah korang nak baca.Actually ni salah satu faktor yang mana kita tak sedar.Media sebenarnya banyak menegatifkan pemikiran.Itu baru kes muka depan belum kes baca semua seurat khabar.Tak semua akhbar kat Malaysia macam ni cuma kebanyakkan je yang hanya fikir untung tak fikir kesan.Kalau hari-hari kita didedahkan pasal semua yang negatif di awal pagi macam mana kita nak maju.Betul tak?


p/s :


* Kadang-kadang terfikir akhbar ni sebenarnya bukan nak menyampaikan ilmu tapi cuma untung dan sensasikan cerita je.

KERAJAAN TIDAK PERLU AKUR TUNTUTAN BENDERA


NEWS : KERAJAAN TIDAK PERLU AKUR TUNTUTAN BENDERA

Selamat pagi dan salam 1Malaysia ye,Selamat hari Jumaat dan sepatutnya saya buat slot tazkirah.Wah dah jadi Imam Muda la pulak kan.Takdelah kadang2 tazkirah boleh buat kita sedar diri kita.Tapi tiba-tiba terasa macam nak jadi reporter pulak pagi-pagi ni.Ye lah keadaan macam makin gawat je.

Tadi terbaca kat Utusan Malaysia Online yang BENDERA ada buat tuntutan pada kerajaan Malaysia.Bagi yang tak tau BENDERA itu apa meh saya terangkan maksudnya.BENDERA bermaksud Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia satu gerakan di Indonesia buat demonstrasi cari makan membenci Malaysia di Indonesia sekarang.Antara tuntutan yang diorang nak ialah diorang nak bawa balik berjuta-juta rakyat Indonesia yang cari nafkah kat Malaysia lepas tu putuskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia.Wah senang-senang je nak putuskan hubungan eyh.Ko ingat senang.?

Saya bagi sikit petikan akhbar Utusan berkenaan dengan isu ni.Apa yang Timbalan Perdana Menteri kita balas.



PUTRAJAYA 2 Sept. - Kerajaan hari ini menegaskan, tuntutan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) supaya negara ini memohon maaf berikutan beberapa insiden membabitkan rakyat republik itu langsung tidak mempunyai asas.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, Kuala Lumpur tidak perlu memberi reaksi terhadap tuntutan kumpulan tersebut termasuk permintaan Jakarta memanggil pulang kesemua dua juta warga republik itu yang bekerja di negara ini."Tuntutan mohon maaf itu tidak mempunyai asas kerana kita telah mengemukakan dalam saluran diplomasi termasuk bantahan kepada beberapa insiden yang berlaku sebelum ini."Kita sudah setuju berbincang mengenai hal-hal dibangkitkan. Kedua-dua Menteri Luar juga akan mengadakan pertemuan di Kota Kinabalu, Sabah pada 6 September ini dan kita harap ada keputusan baik dicapai," katanya.



Nak baca selanjutnya boleh pergi ke Utusan Malaysia Online

Kalau nak tanya pandangan saya,saya akan komen yang pemimpin BENDERA tu ada something wrong dengan kepala otak dia ataupun mungkin dia tengah jiwa kacau baru lepas gaduh dengan bini or awek dia.Kenapa?Sebab mintak benda yang tak masuk akal.Nak minatkpun biarlah logik sikit jangan mintak yang mengarut.Jadilah matang.

Kalau nak ikutkan apa yang berlaku bukan kita yang nak rakyat Indonesia datang bekerja kat sini kebanyakan yang datang secara haram itupun kerajaan Malaysia tak bising & kalau nak ikutkan disiplin rakyat Indonesia yang datang bertandang kat sini kebanyakkannya teruk.Sebagai contoh amah yang bekerja di sini banyak yang buat hal.Dera anak dan ada yang sampai meninggal dan ada yang mencuri.Adakah itu satu sikap yang baik ketik berada di negara orang?Kalau boleh saya nak Ketua BENDERA yang kononnya bagus sangat tu jawab.


Kalau bab putuskan hubungan pulak,alamak kata pemimpin.Kalau ikut sejarah la Malaysia-Indonesia dah jalin hubungan (bukan hubungan cinta) dan beratus tahun dah.Tiba-tiba wujud BENDERA nak putuskan hubungan senang-senang je.Korang sedarlah apa yang dah jadi.Artis korang jadi popularpun sebab kami Rakyat Malaysia yang support.Cerita Sinetron Indonesia siapa yang beli?Berapa banyak Malaysia dah labur kat ekonomi Indonesia?Logik sikit lah ye permintaan tu  Mustar Bona Ventura Manurung.Jadi sila sedar diri sikit.

Ni pendapat peribadi saya tentang BENDERA yang minta benda tak masuk akal.Kalau ada pendapat yang berbeza sila kemukakan terutama sekali pada blogger-blogger Indonesia.Saya bukan nak gaduh tapi just nak pendapat je.

p/s :

* Mungkinkah BENDERA nak tengok apa yang terjadi di negara arab berlaku di Asia Tenggara?
* Kalau nak berjuang untuk bangsapun janganlah macam ni?Nanti kami hantar Namewee baru tau.

DEMONSTRASI CARI MAKAN


NEWS : DEMONSTRASI CARI MAKAN

Salam reader & bloggers,apa cerita hari ni?Mesti ada sikit perasaan malas nak bikin kerjakan.Yelah dapat cuti straight 5 hari.Bean Moreno un akan terasa macam tu sebab dah lebih seminggu tak kerja beb.Otakpun dah jadi kosong.Maybe next week baru saya akan start balik kerja.Tak sanggup nak cuti lama2 walaupun sebenarnya masih belum full recover.

Gambar diambil dari Berita Harian

Korang mesti tau sekarang kat Indonesia tengah sibuk demonstrasi anti Malaysia.Semua yang berkenaan dengan Malaysia dibenci penduduk Indonesia.Apalah masalah mental yang ada pada minda diorang ni.Dan untuk pengetahuan kita 'Gerakan Ganyang Malaysia' dah sampai ke Kalimantang.Yang paling penting ialah rahsia demonstrasi ini telah terbongkar.

Apa rahsia dia?Rupa2nya demonstrsi ni ada dalang dia yang mencetuskan isu yang remeh.Baru saya tau yang orang2 berdemonstrasi dibayar oleh pihak2 tertentu.Ada juga orang yang berfikiran jahat macam ni.Ingatkan Israel je yang kejam rupanya ada juga orang kat negara jiran yang kejam.Takpun ni salah satu permainan 'Destroy & Save' pihak tertentu.Saya tak reka cerita sebab saya terbaca artikel kat Utusan Malaysia yang bertajuk 'Demonstrasi Cari Makan'.Ni sedikit petikan dari Utusan Malaysia :






Perkhidmatan penyediaan peserta demonstrasi yang ditawarkan di kota raya besar ini telah muncul sebagai perniagaan luar biasa serta memberi peluang kepada penganggur meraih pendapatan dan pada masa sama menimba ilmu bagaimana berdemonstrasi secara tertib.
Pihak yang memerlukan peserta demonstrasi boleh membuat pesanan untuk pakej lengkap iaitu penunjuk perasaan terlatih, pengangkutan, pemidato, peralatan sistem bunyi, sepanduk dan kenyataan demonstrasi.
Pakej yang ditawarkan sebuah organisasi bagi membekalkan peserta demonstrasi terlatih di sini dikira berdasarkan bayaran untuk sebuah bas kecil yang boleh memuatkan 30 hingga 35 peserta, iaitu antara Rupiah 1.5 juta (RM522) hingga Rupiah 2 juta (RM696).
Untuk setiap aksi, seorang peserta boleh mendapat bayaran antara Rupiah 30,000 (RM10.45) hingga Rupiah 40,000 (RM13.90) dan sebungkus nasi campur.
Seorang pengelola perkhidmatan ini yang dikenali sebagai Aji Kusuma berkata, pakej yang ditawarkannya terdiri daripada peserta terlatih, namun ada pihak lain turut menawarkan peserta demonstrasi berbayar yang tidak terlatih, selain golongan mahasiswa.
"Anggota demo ini pemuda perkotaan, biasanya mereka yang menganggur tiada pekerjaan, kita ajak, cuba buat latihan supaya bila demo, mereka tidak kosong sangat tentang pemahaman isi demo itu.
"Biasanya kalau kita mahu melakukan aksi A, beberapa hari sebelum hari A, kita sudah melakukan diskusi. Bahawa kita ke A untuk ini dan ini, kita untuk itu dan itu, jadi, kalau di lapangan ditanya orang, mereka faham semua," katanya.





Diorang ni patut bersyukur,rakyat Indonesia bera ramai cari makan kat Malaysia so kene berterima kasih kat Kerajaan Malaysia la.Ni tak berperangai acam budak2 15 tahun main bakar2 bendera.Kalau nak sangat bakar tunggu lh raya korang bakarlah mercun puas2.Isu nelayanpun nak kasi besar2.Saya sampai jadi tak faham apa sebenarnya tujuan diorang ni.Mungkin kurang rasa bersyukur dengan hidup taupun kehidupan terlalu sempit sampai sanggup nak bikin hal untuk dapatkan duit.

Korang rasa pulak macam mana?Apa sebenarnya agenda diorang?Bagi sayalahkan kalau benda2 kecil macam ni settle sudah tak payah sampai nak buat rusuhan.Baik bersatu untuk hentam Israel durjana lagi bagus.Hanya kerana RM10.45 dan sebungkus nasi sanggup sempitkan minda.

p/s :

  • Zaman sekarang sebab duit orang sanggup gadai apa yang tak patut digadai.
  • Adakah Negara Islam Asia akan jadi macam Negara Arab yang berperang sesama Islam?
  • Merdekakah minda kita kalau macam ni keadaannya?
  • Apa pedapat korang?





CULTURE : MUSIM DURIAN PERGI SEKARANG MUSIM BUANG BAYI


Adus agak bosan jugak pagi ni walaupun kerja bertimbun tapi nak hilangkan bosan dan ambil mood saya kena tulis satu entri (sebenarnya alasan untuk mengular).Tadi pagi saya dah berjaya tarik mood tapi tiba2 dia lari meninggalkan saya sekeluarga (tengok dah mula nak mengarut).Jadi lepas ni saya akan buat kerja habis baik sehabis baik.Hari ni dapat satu invite pergi tengok wayang cerita Decent 2.Sayapun tak tau best ke tak (yelah belom tengok lagi).Sebenarnya saya terlupa saya ada hantar comment kat blog Nuffnang.Bila Kak Tash tanya saya cakap tak dapat sebab terlupa.Nanti saya nak suggest kat Nuffnang supaya buat screening cerita Melayu pulak.hak3...

Saya agak kekok atau Mat Salleh cakap awkward menaip entry hari ni.Tetiba butang preview tukar jadi kat bawah, lepas tu bila preview tak keluar box cute lagi keluar terus bapak blog.Adus tak selesa lah.Saya lebih suka kalau box cute tu sebab laju dan lebih selesa.Nak check typo pun senang (padahal belambak typo.hak3).Saya tau korang nak tips kan.Sorry tu say malas nak tulis pasal tips sebab saya tengah belajar something.Kalau ok saya akan hebahkan serata alam.



Ok kalau kita tengok sekarang dah tak musim buah lagi dah.Semalam tengok orang jual durian pun sedih (pergh tetibe terbau durian ni).Tiba2 teringin nak makan durian la pulak (ko mengandung ke Bean?).Macam yang kita tau buah ni ada musim2 dia so bila tak musim nak mencari memang susah.Tapi bila takde musim buah sekarang dah ada musim untuk benda baru.Bukan musim Liga Perdana Inggeris mahupun musim La Liga sebab semua liga bola dah habis dan  team2 atas (kecuali Man U) dapat kemenangan berganda.Kalau kita perasan sekarang ni Musim Buang Baby.Pelik tetapi benar.Manusia dah berlagak seperti tuhan yang menentukan hidup dan mati.Boleh suka2 bagi nyawa then suka2 tarik nyawa.

Hari ni saya ada baca kat Utusan Malaysia (sejak bila ko baca paper Bean?) satu lagi kes buang bayi berlaku kat Melaka.Yang mengejutkan lagi ialah bila dapat tau umur mak bapak baby tu.Bapak dia baru berumur 19 tahun dan mak dia baru berumur 15 tahun.Mak aiyh bapak muda.Rasa macam tak patutpun lagi diorang ni kahwin sebab terlalu muda dan mungkin spender pun mak yang still belikan.Dengan selamba je buat "project" di usia muda.Pastuh bila dah tiba time takut bak hadap.Berani buat berani tanggunglah.Korang nak puaskan diri sendiri je.

Kalu korang dah tak tahan sangat silalah kahwin.Takpun kalau takde duit nak kahwin & buat kenduri besar2 nikah je dulu.Kira Nikah gantunglah kan so kalau terberanak rileks je takde masalah.Ataupun kalau dah sedar diri tu tak boleh nak kahwin sebab umur muda dan takut orang kutuk kalau nak jugak buat "project" silalah gunakan "snowcap" (tengok dah terajar pulak buat benda jahat).Tak mahalpun RM 9 je (uiks,ko pernah beli ke Bean?).Siap ada perisa lagi tau.Dari korang dah tanam benih tetiba korang pergi tebas hasil.Dosa berganda korang dapat.Korang tak tau banyak orang yang kahwin secara halal (termasuk yang kahwin kat Thailand) nak anak beb.Korang senang2 je buang.

Kesimpulannya kat sini sebelum nak buat apa2 silalah fikirkan apa yang akan jadi.Sayapun takde lah baik sangat walaupun tercalon dalam Program Realiti TV Imam Muda.Tapi dulu sejahat2 saya takdelah nak buat something yang boleh dapat bala sampai macam tuh.Kira takdelah melibatkan orang yang tak sepatutnya kena tanggung dosa saya.Saya kena tangkap polispun takde susahkan orang lain.Untuk korang yang nak buat dosa berganda silalah dengar lagu ni.Manalah tau lepas dengar lagu ni korang terus tak jadi buat project mega...




Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails