Showing posts with label Bro Framestone. Show all posts
Showing posts with label Bro Framestone. Show all posts

TAHUKAH KAMU BUILD RELATIONSHIP DALAM BLOGGING ITU PENTING?

TAHUKAH KAMU BUILD RELATIONSHIP DALAM BLOGGING ITU PENTING?




Salam guys,

Macam yang kita tau blogsphere Malaysia dah semakin hebat sebat berjaya lahirkan ramai blogger-blogger hebat yang penuh dengan idea dan tips.  Seriously zaman-zaman saya baru nak belajar menulis dulu bila nak cari tips dalam Bahasa Melayu hanya 3 tempat je yang saya tuju iaitu blog kujie2, Ariff Shah takpun Melromeo.  Kalau tanya saya dari situ saya belajar macam mana nak blogging dengan betul.

Tapi sekarang fuh berlambak dah blog bagi tutorial dan jugak tips blogging yang gempak-gempak dan nama-nama tu tak pernah saya dengar sebelum ni.  Satu soalan saya nak bagi pada korang yang bagi tips ni.  Adakah tips yang korang buat kat blog korang itu korang kaji ataupun just baca kat blog lain then 'paste idea' kat dalam entri korang.

Hari ni saya nak share sikit apa itu relationship dalam blogging.  Saya tak tau samada korang-korang blogger kat luar sana tau tak apa itu relatinonship.  Sebab dari pemerhatian saya ramai blogger yang still tak faham atau buat-buat tak faham perlunya satu relationship dengan blogger lain.  First of all jom kita tengok cara-cara untuk built realtionship dalam blogging.

1. Blogwalking

Ni satu cara conventional atau oldschool yang sepatutnya korang buat untuk built satu relationship dengan blogger lain.  Mungkin ada antara korang yang tau tapi disebabkan sesuatu yang korang kejar so korang nak jalan singkat je.  Come on lah korang hanya akan dapat feel yang korang blogger kalau korang buat blogwalking dengan betul.  Please jangan skip benda ni just sebab korang nak cepat popular.

2. Komen

Komen itu umpama dapat angpow atau duit raya.  Cuba korang bayangkan apa yang korang rasa bila terima duit raya.  Excited kan. So bila korang komen kat blog lain korang akan buat blogger lain senang hati dan gembira.So benda akan patah balik pada korang. Bukan nak paksa bila korang dah tekan button komen maka satu relationship akan terbina dan benda tu akan berterusan dan kalau lepas ni dia tak masuk blog korang dan komen dia akan masuk blog korang sebagai readers.  Untung ke tak?  Tapi nak komen agak-agaklah.  Tak salah nak luahkan pendapat tapi kena ingat Masyarakat Malaysia ni agak sensitif. Langgar kucing pun kadang-kadang boleh menangis. So faham-faham je dah la...Komen itu adalah teknik SEO sebenarnya.

3. Join Event

Ni dah banyak kali saya tulis. Kenapa event penting bagi blogger?  Sebab relationship.  Bila pi event kita dapat jumpa banyak blogger-blogger dan tak semua blogger punya kepakaran yang sama.  Masing-masing ada kebolehan sendiri.  Bila dah gather so kita akan share apa yang kita tahu so dari situ datangnya ilmu dan persahabatan. Dan itulah yang terjadi pada saya, Cik Hel, Melromeo, Carl, dan Eyriqazz. Kami dari tak kenal dan kini rapat disebabkan gathering.  Bila dah ada relationship maka bukan takat blogging tapi benda lainpun kitorang akan share (melainkan bini lah ye) dan kami tak berkira.

4. Join Group Facebook & Forum

Yang ni memang saya nampak ramai blogger buat.  Yang tengah hot sekarang ialah Sahabat Blogger.  Pergh dia punya timeline memang laju. Memang boleh built in relationship.  Boleh buat kawan-kawan.  Tapi eyh apa yang saya nampak topik-topik kebanyakannya mengarut. Ye memang group tu dicipta untuk bermesra-mesra tapi korang bikin group tu lari dari tujuan.  Share lah something yang bermanfaat.  Itulah salah satu sebab kenapa saya malas nak lepak Sahabat Blogger. Bukan takat saya je malas join ramai lagi yang takde dalam tu.  Ni bukan nak condemn atau apa lah kan  ni pendapat peribadi saya je. Buat apa nak condemn yang buat Sahabat Blogger tu kawan saya yang saya dah kenal lama iaitu Broframestone. Sorry bro kalau aku tulis ni akan buat ko kecewa dengan aku.huh! Bro nak kecewa dengan aku hahaha...

Oklah saya takat nak share je dan kalau ada di antara korang-korang yang nak terasa dan tembak balik saya silakan sebab saya just lontarkan pendapat. Saya agak kecewa dengan segelintir blogger yang still anggap diri meraka hebat,gempak dan macam bagus.  Orang nak share ilmupun kena kutuk macam blogspot tu diorang yang reka.  Cuba lah ubah mentaliti, yang kita tak hebat dalam semua perkara.

p/s :

* Ingat kita hebat ramai lagi kat blogsphere yang hebat so janganlah nak poyo!

SALAM MAULIDUL RASUL UNTUK SEMUA MUSLIM

SALAM MAULIDUL RASUL UNTUK SEMUA MUSLIM



Salam semua,

Macam yang kita tahu hari ni adalah hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.  Lahirnya Rasulullah adalah untuk tunjuk path yang betul serta memberi cahaya kepada semua umat Islam.  Tapi semakin kita membesar semakin kita lupa ajaran.  Semakin kita maju semakin mundur corak pemikiran Islamic kita.  Saya bukan nak bersyarah agama kang tak pasal-pasal ada je yang tegur.  Maklumlah saya ni budak baru dalam blogging dan kat luar sana ramai ramai otai-otai blog terutama sekali dalam Sahabat Blogger.Ooops, bukan saya sorang yang cakap ramai yang dah bersuara.

Satu daripada ajaran Nabi Muhammad ialah Kasih Sayang dan juga Hormat Menghormati.  Tapi apa yang kita nampak sekarang ramai yang tak ikutpun.  Semua hanya fikir kepentingan diri sendiri je.  Kita tak payah pergi atau tengok dalam dunia blogging ni dah cukup.  Actually bila kita dah berada di atas maka kita akan lupa orang di bawah sedangkan sebelum kita naik kita gunakan ilmu yang dia provide untuk sharing.  Adakah itu cara korang hormat orang?  Fuh bagi saya kalau korang ada sifat macam tu satu je saya boleh saya cakap.  Korang lah makhluk paling annoying dalam dunia.  Apa yang korang nak bangga dengan follower ribu-ribu.  Apa yang korang dapat dengan popularity dalam group.  Hebat kah?

Sebab tu saya cakap kita semakin melupakan satu ajaran yang cukup mudah bila kita kecap sesuatu.  Bila kita dah rasa diri kita terlalu hebat maka kita takkan ingat dari mana asal usul kita.  Saya ada satu soalan yang perlu korang jawab iaitu Ke manakah hilangnya sifat Kasih Sayang dan Hormat yang telah Rasulullah terapkan dalam kehidupan kita?


p/s :


* Harap-harap otai kat Sahabat Blogger tak serang saya dengan hadirnya entri ini. Ini adalah personal view dari blogger cap kentang putar, Bean Moreno.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails