Showing posts with label Dato Sosilawati Lawiya. Show all posts
Showing posts with label Dato Sosilawati Lawiya. Show all posts

PEGUAM TERJERAT | ISU

PEGUAM TERJERAT | ISU



Salam 1Malaysia,macam biasalah Bean Moreno memang jenis tak makan lunch.Hanya bila perlu sahaja saya akan pergi lunch.Dah lama saya tak komen isu dan dah 4 hari straight korang masuk sini just baca kisah iPhone 4 sebab saya masuk contest,So rasa tak fair lah kan.Hari ni saya nak komen satu isu yang sememangnya top.Isu peguam.Sebelum tu kita baca sikit keratan akhbar yang related :

KUALA LUMPUR: Seorang peguam ditahan selepas disyaki terbabit dengan penipuan jual beli tanah berharga RM15 juta, pagi semalam.Peguam berusia 50-an terbabit turut memperdaya kakitangan Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan dengan menggunakan dokumen palsu selain memperdaya beberapa mangsa yang berurusan dengannya.Bagaimanapun, peguam terbabit yang mempunyai modus operandi hampir sama dengan suspek utama yang membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya terjerat selepas sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menyerbu rumahnya di Sunway, Subang Jaya, di sini.Timbalan Pengarah I (Risikan/Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Nooryah Md Anvar, berkata suspek utama terbabit ditahan.Menurutnya, siasatan polis mendapati peguam berpengalaman terbabit mempunyai kemahiran memalsukan dokumen termasuk geran tanah untuk memperdaya mangsa dan pegawai kerajaan yang menguruskan pindah milik tanah berkenaan.
Komen Bean Moreno :

* Selepas peguam yang terlibat dalam kes bunuh Dato Sosilawati Lawiya sekarang mungkin ramai peguam yang sedang berangan nak jadi Jutawan Penipu
* Nampak gayanya perniagaan jual beli tanah semakin meningkat naik sebab tu ramai peguam yang nak bersara awal kat dalam lokap.
* Dalam berita ni mengatakan ada lagi 35 peguam ditahan atas dasar pemalsuan document dan pecah amanah adakah memang semua peguam menipu!
* Lepas ni kita naik court tak payah hire peguam dan berdebat sendiri sebab kalau peguam pun tak betul dan menipu siapa yang tegakkan keadilan.

p/s :
* Kenapa banyak peguam yang terlibat dalam penipuan ni?Apa pendapat anda?
* Nanti anak saya dah besar saya tak nak bagi dia jadi peguam!

PEKERJA KEPERCAYAAN DATO SOSILAWATI SONGLAP JUTAAN RINGGIT


PEKERJA KEPERCAYAAN DATO SOSILAWATI SONGLAP JUTAAN RINGGIT | ISU


Salam dan selamat hari Isnin readers.Apa khabar harap malas tak menggangu kerja sebab saya tau semalam banyak orang buat open house so bila perut penuh semangat kerja hari isnin tinggal 50% je.hak3...Hari ni saya bukan nak jadi reporter free ataupun ahli mesyuarat tingkat tapi just nak share dengan korang pasal isu yang tengah hot iaitu Kes Bunuh Dato Sosilawati Lawiya.Sebelum tu korang baca sikit petikan akhbar ni :

KUALA LUMPUR: Pendedahan terbaru agak mengejutkan apabila jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang mati dibunuh kejam bukan hanya menjadi mangsa penipuan peguam di Banting, malah turut ‘ditikam dari belakang’ oleh bekas pekerja kepercayaannya yang menggelapkan wang syarikat mencecah jutaan ringgit sejak lebih lima tahun lalu.Difahamkan, penipuan licik sekian lama dilakukan bekas pekerja yang selama ini mendapat kepercayaan Sosilawati hanya diketahui jutawan kosmetik itu pada pertengahan Ramadan lalu apabila usahawan berkenaan mula curiga terhadap keuntungan yang seharusnya diperoleh hasil jualan produk kosmetik syarikatnya.Sumber terdekat keluarga Sosilawati memberitahu, sikap mangsa yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pekerjanya dalam menguruskan operasi dan kewangan syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd dipercayai menjadi punca ada antara kakitangannya mengambil kesempatan. Menurutnya, Sosilawati yang jarang berada di pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, di sini, kerana urusan kerja luar menyerahkan bulat-bulat kepada kakitangannya untuk menguruskan penjualan dan penyerahan produk kepada stokis. 
kredit kepada Harian Metro Online 

Oklah tu serba sedikit pasal apa yang terjadi dan apa yang ada dalam akhbar.Berkenaan dengan Arwah Dato Sosilawati Lawiya yang telah ditipu pekerja kesayangannya.

Komen Bean Moreno :

* Bagi saya kalau kes pekerja tipu majikan ni ada dua sebab.Sebab pertama majikan memang perangai haram jadah tak bayar gaji ataupun majikan terlalu percayakan pekerja.
* Macam kes ni saya rasa pekerja dia memang tak ada rasa hormat sebab setau saya Dato Sosilawati ni bukan jenis orang yang makan duit pekerja.
* Pekerja dia tu seharusnya bersyukur sebab Dato Sosilawati bukan jenis yang kuat melenting kalau tak dah lama habis dah.

p/s :
* Zaman sekarang ni susah nak cari orang yang betul-betul jujur sebab even macam mana baikpun orang tu dia tetap terdedah dengan pengaruh dalaman iaitu (Syaitan).
* Apa-apapun kita kena kurangkan sikap prasangka buruk kat orang lain
* Apa yang korang akan buat kalau korang ni anak kepada Arwah Dato' Sosilawati? 

4 FAKTA TAK BEST TENTANG KES PEMBUNUHAN DATO SOSILAWATI LAWIYA


4 FAKTA TAK BEST TENTANG KES PEMBUNUHAN DATO SOSILAWATI LAWIYA

Salam dan selamat pagi (ye ke pagi?).Semalam saya pergi beraya rumah kawan-kawan blogger iaitu Linda dan Zaid.Memang sedap makanan diorang.pergh...Kalau cuti maca biasa tugas utama Bean Moreno ialah surf net then kemas rumah.hak3...Puas surf net pagi ni tetiba terbaca something yang tak best pasal kes Dato' Sosilawati Lawiya.Korang tau tak apa yang tak best?Ok meh saya listkan :

1) Ada orang guna nama Dato Sosilawati Lawiya untuk kutib derma.
- Ada juga orang yang tak berakal macam ni.Sebab ada jugak yang nak kutip derma guna nama jutawan yang sememangnya bersedekah RM1 juta setahun.Benda ni boleh memalukan keluarga Arwah.Lain kali sebelum buat kerja bodoh sila fikirkn dulu kesannya.

2) Peguam yang mastermind tu tiada pangkat dato'.
- Disebabkan pembunuh ni habis majlis kesultanan buruk.Ramai orang kata Sultan buat bisnes pangkat dato padahal mamat ni yang perasan lebih letak dato'.Lepas ni sila panggil saya Dato' Bean Moreno ye sebab sekarang ni senang nak dapat pangkat Dato'.Mangkuk punya peguam (alamak tetiba emo apahal?). 

3) Pembunuh ada kaitan dengan beberapa pembunuhan yang lain.
- Aduh benda ni menampakkan peguam bodoh ni memang desperate nak duit sampai sanggup membunuh.Ada satu ayat untuk dia.Lain kali kalau dah tau diri tu papa kedana jangan nak berangan nak jadi kaya dan kalau dah tau diri tu layak duduk kat estet jangan nak berangan pakai kereta BMW!Duduk je estet toreh getah!

4) Rakan Dato Sosilawati ditemui tergantung.
- Yang ni agak pelik sikit.Banyak persoalan wujud bila benda ni terjadi.Satu adakah kematian arwah memberi impak yang tinggi sehingga boleh menyebabkan orang sedih sehingga membunuh diri.Ataupun rakan arwah memerlukan sedikit pertolongan arwah tetapi tidak kesampaian.Ni andaian je kalau silap sila maafkan saya ye.


p/s :
* Kalau ada apa yang saya tulis menyinggung perasaan sesiapa saya mahu minta maaf sebab saya tak tuju penulisan di atas pada umum just untuk insan kejam yang sememangnya tidak berakal.
* Apa pendapat korang tentang kes ni?Ada tak lagi kes lain yang akan dikaitkan?

KES BUNUH DATO SOSILAWATI LAWIYA | FAKTA DAN PANDANGAN

KES BUNUH DATO SOSILAWATI LAWIYA | FAKTA DAN PANDANGAN


Salam dan selamat malam kepada readers yang masuk blog cap ayam ni.Sebeleum apa-apa kita sedekah al-Fatihah untuk Dato Sosilawati Lawiya dan 3 orang yang lain akibat dibunuh secara kejam oleh manusia yang telah dicabut hati originalnya

.Mesti ramai yang tanya kenapa saya up kan entri ni agak lambat sedangkan kalau awal-awal saya publish entri tajuk ni dah tentu traffik saya 'kow' gila.Jawapannya senang je saya menulis ikut mood dan saya akan tulis entri ikut apa yang saya suka bukan ikut trending blogger (itu dulu lah).Dah letih lah nak kejar traffik sampai kena paru-paru berair tau kejar traffik.

Oklah macam yang kita tau satu pembunuhan kejam atau bolehla saya cakap Pembunuhan Of The Year telah berlaku masa bulan Ramadhan masa kita tengah sibuk-sibuk beli baju raya.hak3...Pembunuhan yang melibatkan jutawan kosmetik iaitu Dato Sosilawati Lawiya.Sebelum apa-apa saya nak mintak maaf sebab masa kehilangan Dato saya ada buat satu spekulasi yang mana saya terburuk sangka.Tapi saya tak sebarkan hanya saya je yang tahu.Sekarang ni kita tengok apa fakta yang berlaku rentetan kes pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya :

* Dato Sosilawati Lawiya ada buat transaction bernilai berjuta-juta ringgit pada akaun Peguam (HINDRAF).
* Wang Berjuta-juta itu adalah untuk beli tanah dan perlaburan untuk membantu golongan ibu-ibu tunggal.
* Dato Sosilawati Lawiya dibunuh bersama Seorang Peguam,Pegawai Bank, dan Pemandu.
* Cara pembunuhan - Dipukul,Diikat dan dibakar.
* Saspek pakai Jam tangan Dato Sosilawati yang mahal tu.
* Serpihan tulang mangsa tertinggal.
* Peguam bersekongkol dengan adiknya dan beberapa orang untuk membunuh.
* Allah selamatkan anak sulung Dato Sosilawati kerana dia tak ikut mak dia.
* Peguam yang menjadi mastermind dan penipu tu sebenarnya ada rekod pembunuhan.

Komen Bean Moreno :

* Sekarang ni kita tak boleh beranggapan yang orang berpangkat ni seorang yang gentle ataupun budiman sebab zaman sekarang lagi kaya lagi kurang ajar.
* Walaupun berpangkat Dato dia tetap manusia dan takkan lari dari sifat tamak dan haloba.
* Peguam tu sebenarnya taklah bijak sangat.Kenapa?Sebab kalau dia nak bunuh dia kena fikir bahawa transaksi duit ikut bank bukan by hand.So kalau dia bunuh dah tentu dia orang pertama yang akan ditahan polis.Bongokkan...
* Kalau nak upah pembunuh biarlah yang ada pengalaman.Ni dah bunuh siap boleh simpan bukti iaitu JAM TANGAN MAHAL!Bodohkan!
* Kalau nak buat transaksi lebih dari RM50 sila bawa bouncer kelab malam yang tough-tough.
* Bila manusia jadi tamak maka perasaan hormat dan sayang tu automatik hilang.

Apa-apapun takziah pada keluarga mangsa bunuh yang paling kejam tahun 2010.Harap-harap ahli keluarga tabah dan biar undang-undang menghukum  pesalah (kalau ikutkan nak je saya lastik 'telor' pembunuh tu).

p/s :
* Ni pendapat saya tak semestinya sama dengan korang so apa pendapat korang pasal kes ni?
* Ada orang bunuh orang sungguh jahat orang itu...

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails