PEKERJA KEPERCAYAAN DATO SOSILAWATI SONGLAP JUTAAN RINGGIT


PEKERJA KEPERCAYAAN DATO SOSILAWATI SONGLAP JUTAAN RINGGIT | ISU


Salam dan selamat hari Isnin readers.Apa khabar harap malas tak menggangu kerja sebab saya tau semalam banyak orang buat open house so bila perut penuh semangat kerja hari isnin tinggal 50% je.hak3...Hari ni saya bukan nak jadi reporter free ataupun ahli mesyuarat tingkat tapi just nak share dengan korang pasal isu yang tengah hot iaitu Kes Bunuh Dato Sosilawati Lawiya.Sebelum tu korang baca sikit petikan akhbar ni :

KUALA LUMPUR: Pendedahan terbaru agak mengejutkan apabila jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang mati dibunuh kejam bukan hanya menjadi mangsa penipuan peguam di Banting, malah turut ‘ditikam dari belakang’ oleh bekas pekerja kepercayaannya yang menggelapkan wang syarikat mencecah jutaan ringgit sejak lebih lima tahun lalu.Difahamkan, penipuan licik sekian lama dilakukan bekas pekerja yang selama ini mendapat kepercayaan Sosilawati hanya diketahui jutawan kosmetik itu pada pertengahan Ramadan lalu apabila usahawan berkenaan mula curiga terhadap keuntungan yang seharusnya diperoleh hasil jualan produk kosmetik syarikatnya.Sumber terdekat keluarga Sosilawati memberitahu, sikap mangsa yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pekerjanya dalam menguruskan operasi dan kewangan syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd dipercayai menjadi punca ada antara kakitangannya mengambil kesempatan. Menurutnya, Sosilawati yang jarang berada di pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, di sini, kerana urusan kerja luar menyerahkan bulat-bulat kepada kakitangannya untuk menguruskan penjualan dan penyerahan produk kepada stokis. 
kredit kepada Harian Metro Online 

Oklah tu serba sedikit pasal apa yang terjadi dan apa yang ada dalam akhbar.Berkenaan dengan Arwah Dato Sosilawati Lawiya yang telah ditipu pekerja kesayangannya.

Komen Bean Moreno :

* Bagi saya kalau kes pekerja tipu majikan ni ada dua sebab.Sebab pertama majikan memang perangai haram jadah tak bayar gaji ataupun majikan terlalu percayakan pekerja.
* Macam kes ni saya rasa pekerja dia memang tak ada rasa hormat sebab setau saya Dato Sosilawati ni bukan jenis orang yang makan duit pekerja.
* Pekerja dia tu seharusnya bersyukur sebab Dato Sosilawati bukan jenis yang kuat melenting kalau tak dah lama habis dah.

p/s :
* Zaman sekarang ni susah nak cari orang yang betul-betul jujur sebab even macam mana baikpun orang tu dia tetap terdedah dengan pengaruh dalaman iaitu (Syaitan).
* Apa-apapun kita kena kurangkan sikap prasangka buruk kat orang lain
* Apa yang korang akan buat kalau korang ni anak kepada Arwah Dato' Sosilawati? 
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails