KUIH RAYA YANG POPULAR DI AIDILFITRI


MAKANAN : KUIH RAYA YANG POPULAR DI AIDILFITRI

Selamat tengahari guys,hari ni memang best sebab bangun je tulis entri rileks kejap tulis entri.Macam nilah saya kalau memang tak sibuk.Memang saya akan tulis entri sebanyak mungkin.Tapi kalau time kerja memanglah tak sempat.Kalau boleh hantar entripun just masa lunch je.

Kita tak perasanpun yang masa cepat je berjalan memang dia tak tunggu kitapun.Sedar tak sedar tinggal lagi sepuluh hari lagi nak raya.Memang ramai yang tak sabar nak beraya.Kalau bukak radio memang 60% radio punya lagu ialah lagu raya.Memang nak kasi mood raya up gegila punya.Sebenarnya saya tak nak cerita pasal lagu raya sebab saya dah pernah tulis pasal tu.

Sebelum saya start entri ni saya nak mintak maaf sekiranya entri ni bakal membuat korang terliur masa berpuasa.Sila jangan claim pahala saya sebab saya sendiripun tak boleh tahan sebenarnya.hak3...Raya takkan complete kalau takde kuih raya.Betul ke tak?Walau sibuk macam mana pun tuan rumah tu rumah dia tetap akan ada paling kurang 5 balang kuih raya.Bagi saya ada beberapa kuih raya yang memang popular masa raya.Setiap rumah mesti ada punya.

1) KUIH TART NENAS



Amacam tergoda tak?Ini kuih kesukaan saya.Bila pergi raya je kuih pertama yang saya akan cari kat rumah tu ialah Tat Nenas.Kalau kuih ni ada dan sedap bermakna kuih lain pasti best!


2) KUIH MAKMUR




Bab kuih ni memang agak pelik.Saya kurang sikit bab2 makan kurma tapi bila makan kuih makmur saya boleh lupa inti dia kurma.Yang penting kuih ni memang show!


3) KUIH ALMOND LONDON




Huh!Kuih ni nama dia Almond London.Yang membuatkan dia sedap ialah coklat dan kacang yang ciput tu.Kalau makan sambil tengok TV memang leka beb.Sedar2 dah habis.


4) KUIH MINI POPIA




Hm,yang ni dalam dia inti udang.Korang jangan ingat dia macam popia basah bazaar ramadhan eyh.Kuih ni kecil je so bila makan memang segenggam sekali ambil.


5) KUIH BATANG BURUK




Kuih Batang Buruk ni memang top beb.Setiap ruah memang ada kalau takde memang rumah tu ada something wrong.Samada dia tak tau itu Kuih Batang Buruk ataupun diorang tak makan kuih ni.


So ni lah kuih2 yang boleh dikategorikan sebagai kuih2 popular ataupun kuih mesti ada kat setiap rumah masa raya.Kepada yang tersesat masuk blog ni untuk cari resipi kuih muih atau resipi kuih raya saya minta maaf sebab saya bukan chef ataupun tukang masak yang tau buat kuih.Saya just blogger ataupun tukang karut je.hak3...Sila lah maafkan saya kalau bukan hari ni masa rayapun boleh.Kalau nak resipi kuih bolehlah masuk blok Cikmin ataupun blog KakinaKL.

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails