Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri. Show all posts

5 SEBAB KENAPA ORANG BUAT RUMAH TERBUKA | CULTURE

5 SEBAB KENAPA ORANG BUAT RUMAH TERBUKA | CULTURE



Salam hari raya dan selamat makan lunch.Sekarang ni memang tengah kecoh kat dunia blog pasal satu isu.Isu ni memang dah ramai tau dan kena.Dulu kalau tak silap Gengblogger yang kena dan sekarang semua blog yang pakai Innity telah kena penyakit yang sama iaitu serangan Malware.So apa-apapun saya mintak maaf pada tuan blog yang guna Innity kalau saya terpaksa remove korang dari bloglist saya.Sebab penyakit ni dah efek kat blog saya dan menyebabkan visitor saya lari.Tulah orang suruh guna Nuffnang nak gak guna Innity.hak3...

Oklah walaupun mood raya dah semakin kurang tapi kita masih lagi dalam bulan raya.Orang kata puasa sebulan rayapun kena sebulan (walaupun baju raya tertinggal kat umah).Bila bab raya open house memang tak boleh lupa punya.Every week end mesti ada jemputan open house.Last week saya dijemput makan makanan yang best-best kat umah Linda & Zaid.Ok jom kita bincang kenapa orang buat open house :


1) RAPATKAN SILATURAHIM


Yang ni sebab paling penting.Orang buat openhouse untuk merapatkan sillaturahim antara keluarga & kawan-kawan.Bila open house kadang-kadang orang yang kita dah lama tak jumpapun akan datang.So bolehlah borak panjang sebab kat office kadang-kadang tak sempat nak bertegur.Bak kata orang I am a busy Businessman.


2) TEST POWER MEMASAK


Kadang-kadang kat umah nak masakpun malas.Asyik ngadap PC takpun layan Astro.Tapi bila raya tetiba je buat open house.Masa open house nilah kita nampak lauk sedap-sedap padahal kalau hari biasa masak telur matapun hancur.Tapi bila tang open house pergh masakan dia Chef Wan pun kalah beb.So time open house nilah orang nak test power memasak sedap-sedap.


3) TUNJUK RUMAH BARU


Yang ini agak lawak.Kalau korang perasan orang akan buat open house samada diorang baru pindah umah (terutama yang beli.rumah sewa agak jarang) ataupun rumah baru renovate.Paling cikaipun lepas beli TV LED 3D Samsung.Tak taulah memang niat nak buat open house ataupun saja nak tunjuk rumah.hak3...


4) CARI JODOH


Yang ni memang selalu terjadi.Kalau tuan rumah buat open house biasanya dia nak menemukan anak dia dengan seseorang.Mungkin anak jiran yang kacak macam Bean Moreno ataupun mungkin anak pekerja dia yang cun macam Rozita Che Wan.Takpun anak dia nak bawak calon menantu jumpa dengan mak bapak.Paling rileks yang dapatng ikut kawan-kawan sebab nak ngorat adik beradik or sanak saudara tuan rumah.Ces ni selalu terjadi depan mata!So rumah terbuka dah jadi macam medan mencari jodoh.


5) BERKUMPUL DAN MENGUMPAT


Yang ni agak bahaya.Daripada niat suci nak bagi orang makan silap-silap boleh dapat dosa yang sama macam membunuh orang Islam.Tu yang susah bila berkumpul ramai-ramai (terutama girl) memang tak lari dari bercerita.Macam-macam cerita keluar silap-silap cerita pasal spender orang pun boleh keluar.So hati-hati ye...


Oklah cukup lima kang banyak-banyak tak pasal-pasal masuk surat khabar readers mati muntah darah.Apa-apapun open house memang best sebab boleh melantak tanpa perlu bayar macam kat mapley.


p/s :
* Korang rasa kenapa biasanya orang buat open house?
* Bila pulak saya nak buat open house... 

IKLAN RAYA 2010 PALING TOUCHING | IKLAN


IKLAN RAYA PALING TOUCHING | IKLAN

Assalamualaikum guys?Dah makan?Saya baru lepas dinner dengan aiensepet.Lapar beb sampai dua pinggan makan.Sekejap je dah malam kan so malam-malam ni kalau nak kongsi tips pun macam tak sesuaikan.So saya kasi korang entri santai je.Asyik-asyik nak cerita pasal Kes Bunuh SOsilawati korang pin bosan.Last-last saya syok sendiri je menulis blog.

Last time saya ada share ngan korang pasal iklan raya paling kontroversi dan iklan raya paling kreatif.Kali ni saya nak share dengan korang readers-readers pasal iklan yang saya rasa paling touching raya ni.Pernah layan iklan ni :




IKLAN RAYA 2010 - PKNS

Komen Bean Moreno :
* Iklan ni memang boleh bagi kita terfikir tetntang kekeluargaan
* Even tak melambangkan 1Malaysiapun tapi bila kita tengok ada juga related dengan raya dan kasih sayang.Maknanya iklan ni ada mesej.
* Kadang-kadang terfikir lepas tengok iklan ni,kita sibuk kejar dunia tapi asyik lupa pada orang yang bagi kita tengok dunia.

p/s :
* Apa perasaan korang lepas tengok iklan ni?Apa pendapat korang?

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI SUTERABLOGGER


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI SUTERABLOGGER



Selamat malam,kenyang berbuka puasa tadi.Saya & aiensepet gi makan McD kat Center Point Damansara.Tiba-tiba teringin nak makan ayam goreng McD yang spicy habis tu kan.Actually planning nak delivery je tapi lepas call diorang cakap McD Kota Damansara set ayam goreng dah habis.Ces!


Straight to the point,kita pun dah tau yang Hari Raya Aidilfitri bukan hari Khamis tapi hari Jumaat.Jadi saya dengan rasa rendah diri nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua followers,readers dan juga blogger yang support blog ni.Yang selalu dok masuk blog ni even saya tak updatepun thanks a lot sebab anda kekuatan saya untuk terus berblog.Kalau ada saya tersalah tulis ke,terkutuk ke atau tersindir harap maafkanlah Bean Moreno ni ye sebab sayapun manusia macam anda.Kepada visitor traffik sesat maafkan saya kalau apa yang anda tanya google tiada di dalam blog ni.hak3...


Apa kata sebelum setan dibebaskan hari Jumaat kita layan lagu raya ni supaya mood raya kita meningkat :


Nazam Lebaran - Siti Nurhaliza

Lagu ni memang saya minat setiap kali hari raya.Letaklah lagu-lagu raya baru-baru memang saya tak layan.Oklah nak rileks untuk kumpul tenaga balik kampung esok.Jauh perjalanan ni nak balik Batu Pahat.Apap-apapun jangan lupa baca blog ni sebab rayapun saya akan update.

p/s :

* Sila jangan pertikaikan gambar kad raya tu sebab saya tak sempat nak design lain.
*  Apa perasaan korang dah nak dekat raya ni?Sedih ke,gembira ke,buat-buat sedih or takde mood nak raya?

LAGU RAYA YANG TAK MACAM LAGU RAYA


VIDEO : LAGU RAYA YANG TAK MACAM LAGU RAYA

Salam dan selamat pagi guys.Apa khabar sekejap je masa belalu kita dah nak tinggalkan Ramadhan (ke Ramadhan yang tinggalkan kita)?Sebelum tu korang jangan teragak-agak dan tekan button x kat atas tu sebab korang tak salah blog.Ni memang Suterablogger just saya design template baru untuk hari raya je.So teruskan membaca ye.

Just short & simple entri dari Bean Moreno.Korang layan dulu video ni :


Bunga Api Di Hati - Shila,Stacy,Leya, & Fara fauzana

Ok sebelum tu bagi sesiapa yang tak tau ni video raya dari artis Media Prima,Astro dan Monkey Bone.Pernah dengar?

Komen Bean Moreno :

* Bagi saya walau sehebat mana artis sekarang bila buat lagu raya tetap out.Contohnya macam lagu ni bukan kasi mood raya semakin membara.Bila dengar terasa dah tak nak beraya.
* Lagu-lagu raya sekarang memang tak boleh lawan lagu raya dulu-dulu.Tak payah letak lagu P.Ramlee lah lagu raya Sanisah huri pun belum tentu boleh dikalahkan dengan lagu-lagu raya baru.
* Kebanyakan lagu-lagu raya sekarang lebih kepada mencari untung dan populariti bukan untuk menghiburkan pendengar.Sebab tu lagu ala-ala David Guettapun boleh jadi lagu raya.

p/s :

* Sekarang apa pendapat korang tentang lagu ni?Sesuai tak nak masuk dalam playlist lagu-lagu raya?
* Lagu raya tu akan jadi best bukan sebab populariti artis tapi keikhlasan menulis lagu.

 

IKLAN RAYA PALING KREATIF 2010


VIDEO : IKLAN RAYA PALING KREATIF 2010

Selamat petang guys,puasa tak?Harap2 takde yang tuang puasa lah ye.Mesti pelik apasal Bean Moreno rajin terlebih pulak hari ni kan.Apasal tetiba update laju je kan.Ok simple je jawapannya ialah sebab saya bosan dan sebelum saya design template lain saya nak up satu entri.Alah entri simple-simple je.Korang tak perlu berfikir sampai gugur rambut untuk baca entri ni.Sebelum ni saya ada up entri pasal Iklan Raya Yang Kontroversi untuk 2010 kan dan untuk pengetahuan korang iklan tu dah ditarik balik.Kali ni saya nak share satu iklan yang kalau tanya saya,saya akan cakap iklan kreatif.Iklan apa?Jawapannya iklan dari Petronas.Jom layan :


Iklan bertajuk Maznah - AIDIFITRI PETRONAS 2010

Simple je kan iklan ni.Tak berat sangatpun dan memang menghiburkan.Macam yang kita tau Petronas kalau bikin iklan memang kreatif dan lawak.So ni lah iklan terbaru Petronas.

Komen Bean Moreno :

* Iklan ni memang kena dengan konsep perayaan Hari Raya Aidilfitri so tak usik isu-isu sensitif.
* Kalau korang ada masalah dengan pasangan masa nak balik kampung inilah jalan  penyelesaian yang sememangnya bagus.hak3...
* Memang tak dinafikan semua iklan-iklan Petronas memang best,So advertiser lain kalau nak bikin iklan sila jangan ada rasa nak untung je.Yang penting nilai-nilai murni dalm iklan.

p/s :

* Nasib baik kampung saya ngan aiensepet dekat je.So tiada masalah.
* Tuhan berikan akal sila guna jangan fikir nak bodek untuk dapat untung je.

HARI RAYA AIDILFITRI JATUH PADA HARI KHAMIS


ISU : HARI RAYA AIDILFITRI JATUH PADA HARI KHAMIS

Selamat pagi guys dan selamat berpuasa di hari Sabtu ye.Jangan tak puasa tau sebab tinggal lagi berapa hari je Ramadhan akan tinggalkan kita.Memang rugi bagi siapa yang tak completekan puasa sebab belum tentu lagi kita akan dapat bertemu Ramadhan untuk tahun depan.Tadi blogwalking terbaca di blog Zaid yang orang Indonesia siap buat Fanpage Fuck Malaysia.Saya ingatkan just ada Fanpage anti artis macam Fasha Sanda je tapi sekarang dah ada Fanpage anti negara pulak.Ntahlah apa nak jadi.Inilah akibat bila Indonesia mempunyai rakyat yang mentalnya rendah dan hanya tau cetus pergaduhan je.Patutlah negara mundur dan ramai rakyat yang menderita.Sedar tak?Ubahlah mentaliti wahai rakyat Indonesia.



Dahla malas nak layan dan kalau ada blogger Indonesia yang tak puas hati dengan statement Bean Moreno ni sila tampil dan beri ide bernas sebab saya memang suka berdebat.Terasa kalau jumpa pemimpin BENDERA nak je saya terajang muka dia.Ok kita tutup cerita mentaliti rakyat Indonesia yang mentalitinya rendah kita buka pasal isu yang agak lawak kat Malaysia.Korang jangan terpengaruh dengan tajuk sebab bukan saya yang tengok anak bulan dan sememangnya saya bukan insan yang layak untuk kerja itu.Sekarang tengah kecoh nak raya hari Khamis.Memang lawak dah macam budak-budak pulak tak sabar nak beraya.Oklah macam biasa saya bagi sikit keratan akhbar pasal isu ni :

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri akan disambut ada hari Khamis, sebaliknya menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata ia sekadar khabar angin itu dan tidak semestinya betul.ngar khabar angin itu sejak minggu lalu. Orang ramai tidak perlu keliru sebaliknya menunggu pengumuman pada malam 8 September ini, katanya ketika dihubungi tetapi enggan memberi komen lanjut sebaliknya meminta merujuk ke laman web JAKIM.Laman web JAKIM menyatakan tarikh Aidilfitri pada tahun ini ialah 10 September 2010 iaitu pada hari Jumaat. Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, menganggap khabar angin itu diada-adakan oleh pihak yang enggan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat kerana perlu melakukan dua solat dan mendengar dua khutbah.Katanya, pemerintah mempunyai kuasa membuat pengumuman mengenai tarikh sambutan Aidilfitri dan orang ramai tidak perlu keliru dengan khabar angin itu. Bagi saya, khabar angin ini disebarkan oleh orang yang keberatan melakukan dua solat iaitu solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat. Jarak waktu kedua-dua solat ini membuatkan mereka berasa seolah-olah tidak ada masa untuk berhari raya, katanya ketika dihubungi.
 berita penuh Berita Harian Online.

Hm,apa ceritalah korang ni?Apalah masalahnya kalau raya Jumaatpun.Sila jangan jadi budak-budak.Buat cerita untuk senangkan diri sendiri.Kalau dah ditakdirkan Hari Raya Aidilfitri hari Jumaat korang janganlah pulak nak alih tarikh.Tunggu jelah orang usha anak bulan dulu baru cakap.Ada masalah ke kalau dengar dua khutbah dalam satu hari?

Komen Bean Moreno :

1- Orang tak nak raya hari Jumaat sebab nanti ada dua khutbah.Ada masalah ke kalau sehari dengar dua khutbah?Kenapa bosan?Kalau dengar lagu Shahir beratus kali bosan tak?

2- Orang tak nak raya hari Jumaat sebab nak masa lebih untuk beraya.Ko nak beraya 24 jam ke?Lepas solat raya bukan buat apapun selain tidur.Ke korang nak layan rancangan TV?

3- Nilah akibat bila stesen TV asyik nak kejar untung & rating.Letak rancangan yang best-best sampai buat orang lupa agama.

Oklah malas nak membebel panjang.Korang jangan pulak percaya or terpengaruh dengan tajuk entri ni sebab kang tak pasal-pasal belum lagi raya ada yang tak puasa then salahkan Bean Moreno sebab cakap saya bagitau raya hari Khamis.hak3...

p/s :

* Biarlah rakyat Indonesia dengan mentalitinya yang agak rendah.Kita jangan jadi macam tu.
* Pasal Raya pun ada orang buat main.Benda memang nampak remeh beb tapi kalau fikir betul2 boleh merosakkan akidah dan iman.





Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails