Showing posts with label Iklan. Show all posts
Showing posts with label Iklan. Show all posts

BIG SPENDER AKAN TV MENANG LCD FULL HD

BIG SPENDER AKAN TV MENANG LCD FULL HD

Salam guys,

First of all saya nak tanya korang.Apa impression korang terhadap tajuk di atas?Saya tau mesti ada di antara korang yang yang fikir saya ni jenis pervert.Actually bukan nak melucah beb ni saya sendiri pun boleh terpesong bila terbaca ayat tu kat Giant.Korang usha gambar di bawah ...



Masa mula-mula saya nampak banner tu saya terus blur dan terfikir ada jugak contest mengarut macam ni.Memang tak terfikir yang 'Big Spender' ialah pembeli amount terbanyak.Ces iklan macam ni boleh mendatangkan keraguan bagi orang suci macam saya.haha...Kalau tak silap banyak lagi iklan-iklan yang boleh menimbulkan syak wasangka bila kita baca.Serius bila saya ternampak je iklan ni saya tergelak secara tiba-tiba.Siot tol...

p/s :

* Korang pulak ada tak ternampak iklan-iklan yang boleh mendatangkan double meaning pada first impression?


CUBA TEKA APA SAMBUNGAN IKLAN NI | IKLAN


CUBA TEKA APA SAMBUNGAN IKLAN NI | IKLAN

Selamat malam guys,sekejap je dah hari sabtu dan dah seminggu kita beraya.Tak terasa masa berlalu.Tadi Malaysia dikejutkan dengan khabar angin palsu yang M.Rajoli meninggal dunia.Jangan cepat percaya sebab M Rajoli masih hidup cuma tenat.Siapa yang patut dipersalahkan?Korang fikirlah sendiri ye.Jangan kena saman dengan family dia dah la.Kesimpulannya jangan buat-buat cerita untuk naikkan rating station.hak3...

Oklah entri malan yang simple je.Korang pernah tengok iklan Astro Citra tak?Saya baru terperasan tadi tak taulah iklan ni baru ke lama.Bagi yang belum pernah tengok jom layan :



Astro Citra - Drama

Korang rasa iklan ni ada tak sambungan dia?Kalau tanya saya saya rasa macam ada.Oklah andaikan lah ada sambungan,cuba gunakan akal korang yang berIQ >180 untuk fikir apa sambungan dia.

p/s :
* Kadang-kadang kita tersalah dengar tapi kadang-kadang kita akan buat sesuatu yang menguntungkan diri kita tanpa fikir persekitaran.
* Kadang-kadang iklan pendek ni akan buatkan kita terfikir adakah ia bersambung.
* Korang rasa apa akan terjadi pada pasangan last tu?

IKLAN RAYA PALING KREATIF 2010


VIDEO : IKLAN RAYA PALING KREATIF 2010

Selamat petang guys,puasa tak?Harap2 takde yang tuang puasa lah ye.Mesti pelik apasal Bean Moreno rajin terlebih pulak hari ni kan.Apasal tetiba update laju je kan.Ok simple je jawapannya ialah sebab saya bosan dan sebelum saya design template lain saya nak up satu entri.Alah entri simple-simple je.Korang tak perlu berfikir sampai gugur rambut untuk baca entri ni.Sebelum ni saya ada up entri pasal Iklan Raya Yang Kontroversi untuk 2010 kan dan untuk pengetahuan korang iklan tu dah ditarik balik.Kali ni saya nak share satu iklan yang kalau tanya saya,saya akan cakap iklan kreatif.Iklan apa?Jawapannya iklan dari Petronas.Jom layan :


Iklan bertajuk Maznah - AIDIFITRI PETRONAS 2010

Simple je kan iklan ni.Tak berat sangatpun dan memang menghiburkan.Macam yang kita tau Petronas kalau bikin iklan memang kreatif dan lawak.So ni lah iklan terbaru Petronas.

Komen Bean Moreno :

* Iklan ni memang kena dengan konsep perayaan Hari Raya Aidilfitri so tak usik isu-isu sensitif.
* Kalau korang ada masalah dengan pasangan masa nak balik kampung inilah jalan  penyelesaian yang sememangnya bagus.hak3...
* Memang tak dinafikan semua iklan-iklan Petronas memang best,So advertiser lain kalau nak bikin iklan sila jangan ada rasa nak untung je.Yang penting nilai-nilai murni dalm iklan.

p/s :

* Nasib baik kampung saya ngan aiensepet dekat je.So tiada masalah.
* Tuhan berikan akal sila guna jangan fikir nak bodek untuk dapat untung je.

APA IKLAN RAYA YANG KONTROVERSI


VIDEO : APA IKLAN RAYA YANG KONTROVERSI

Salam dan selamat tengahari readers Suterablogger.Sorry lambat sikit update sebab saya terbangun lambat akibat layan Geng Surau Marathon lepas subuh tadi.Pernah layan tak?Ingatkan nak update pasal mini gath semalam tapi rasanya bro Syahirul belum bangun lagi rasanya.So kena tunggu mamat tu bangun baru dapat ambil gambar. 

Let's straight to the point,sebenarnya ada satu iklan raya yang sekarang tengah hot dan kontroversi sekarang.Tau tak iklan raya apa yang kontroversi sangat tu?Ok jom layan :




Iklan raya TV3

Komen Bean Moreno :

* Kalau dah kata iklan raya buat jelah iklan raya tak payahlah nak masukkan unsur-unsur perayaan lain sebab ni bukan musim kongsi raya.
* Benda ni jadi bila kita masih tak faham apa itu konsep 1 Malaysia.Semua benda nak dicampur aduk.Agak-agaklah.
*Benda akan jadi teruk bila 2 benda terjadi iaitu otak terlalu kreatif ataupun kekeringan idea.

p/s :

* Apa yang korang rasa bila tengok cerita ni?Adakah orang yang buat iklan ni kreatif sangat ataupun kekeringngan idea?

COMEL ATAUPUN ANNOYING


IKLAN : COMEL ATAU ANNOYING

Salam guys,hari ni hari Sabtu dan hidup akan terasa tak best kalau duduk rumah tengok TV je.Entri kali ni entri rileks je dan mungkin pendek.Kali pertama Bean Moreno publish entri pendek.hak3...Petang ni seperti yang korang tau ada mini gath.So sesapa yang nak datang mailah.pukul 5 pm kat Restoran Sate Kajang Haji Samuri.

Oklah malas nak buang masa dan space entri.Jom layan iklan Cadbury - Share TheJoy ni :





Actually dah lama saya nak tanya pendapat korang.Masa first time saya tengok iklan ni budak-budak tu nampak cute je.Tapi bila tengok banyak kali hati rase panas je tengok gaya diorang ni.hak3..

p/s :
* Apa pendapat korang tentang video ni.Cute ataupun annoying?
* Siapa punya idealah buat iklan maca ni?

BARU DI SUTERABLOGGER

PERSONAL : BARU DI SUTERABLOGGER

Selamat pagi sebelum pergi kerja saya nak publish something yang sikit simple.Benda yang ada benefit untuk saya dan untuk korang.Yelah zaman sekarang mana ada orang buat kerja ikhlas 100%.hoho.Kalau korang perasan Suterablogger dah mengalami beberapai revolusi tak kira dari segi penulisan ataupun template.Yelah dulu budak berhingus so tulis pun mengarut2. Sekarangpun mengarut2 jugak cuma bezanya berilmu.

Perubahan 1 - Tab BSB





BSB ni bukan Backstreet Boy ye.Mintak maaf mintak ampun saya bukan fan boy band yang menari lembik2 ni.Saya seorang yang ganas dan melayan music Oi!.hak3...BSB ni bermaksud Bean Suka Baca.Ini diinspirasikan oleh Eyriqazz.Terpulanglah korang nak cakap saya tiru ke apa janji saya dah mintak izin Eyriqazz dan dia ok je.So kalau ada perkara berbangkit lepas ni saya stapler mulut orang yang bikin panas tu.


Perubahan 2 - Sponsor Saya



Yang ni ada kat sidebar.Tujuan dia wujud adalah untuk promote business yang korang ada.So siapa2 berminat nak tempek barang untuk dipromotekan silalah contac saya ye.Bayaran dia tak mahal sangat memandangkan PR dengan Alexa saya biasa2 je.Tunggulah dah ok esok..haha...takdelah main2 je...So satu banner kecil tu saya just charge RM15 je untuk sebulan.


Perubahan 3 - Blog Best




Ok Blog best ni untuk korang yang nak promote blog.Promote diri tak dibenarkan ye.Just prepare banner 125x125 then bagi kat saya.Saya akan tempek kat situ.Yang ni saya charge murah sikit RM7 satu banner untuk sebulan.Murahkan beli GCB burger Mc Donald pun mahal tau.


Oklah ni je nak bagitau dalam entri ni.So sape2 yang berminat silalah hantar rombongan meminang ke email saya suterablogger@gmail.com.tempat terhad sebab saya just sediakan 4 je sebulan.Letak banyak2 pageload jadi berat.


p/s :
* saje je nak test market mana tau berjaya sebab kalau tak cuba kita tak tau kan.
* Hopefully dapat support dari korang lah ye

PENGARUH IKLAN ITU MEMANG KUAT

PERSONAL : PENGARUH IKLAN ITU MEMANG KUAT

Selamat tengahrai semua,Bean Moreno baru balik kerja so buat satu entri sebelum pergi bersiar2 ke Low Yatt.Semalam heboh satu dunia yang Paul The Octopus dah ada pesaing dah.Sekarang dah ada Mani The Nuri (betul ke?) yang boleh meramal perlawanan bola sepak.Tapi yang tak best nya dua2 binatang ni meramalkan dua team yang berbeza.Memang lawak la tuan2 kepada binatang ni.Lepas habis Worldcup ni ntah apa jadi kat binatang2 ni.Ntah diorang kenal ke tak player2 bola.Kalau nak tau sapa hebat cuba tanya siapa yang score pulak.

Zaman sekarang ni ada macam2 iklan.Bila ada satu event besar mesti banyak company2 besar yang bikin iklan untuk event tersebut.Contohnya macam Worldcup kali ni.Tak pasal2 Messi,Lampard dengan Torres kena turun Malaysia jadi duta Astro (ye ke?).Korang rasa berapa peratus tahap pengaruh iklan2 ni kepada pengguna macam kita.Korang pernah tengok iklan Axed tak?Ala iklan deodorant terbaru tu.Kalau tak pernah saya tunjukkan :





Iklan ni bagi saya memang kreatif la kan.Hari Rabu hari tu saya dengan aiensepet pergi beli barang keperluan rumah kat Giant.





Alamak terkantoi pulak beli 'jajan'.So bila kitorang berjalan2 nak pergi kaunter bayar barang2 ni maka saya ternampak sesuatu yang sebenarnya tak payah belipun takpe.Tapi selepas aiensepet cakap dia nak belikan so saya terima jelah dengan hati yang girang.Barang free pulak.Dengan harapan yang tinggi menggunung saya teringin nak beli barang ni.Nak tau apa?





Mintak maaf gambar agak kelakar sebab nak cepat.Akhirnya saya terjebak dengan pengaruh iklan.Harap2 menjadi iklan tu.Mana tau tengah jalan2 tetiba ada awek mintak no pulak.Tapi jangan mintak nombor ekor ye saya bukan pawang atupun dukun.

p/s :
* Tak dapat nak join gath GB sebab ada hal penting yang perlun saya buat hari  ni
* Pak Sak sorry tak dapat nak attend wedding ko.

WORLDCUP 2010 : DEMAM SEMAKIN HAMPIR


Selamat tengahari ye semua,baru balik dari Masjid India dan korang jangan salah faham ye.Saya pergi Masjid India bukan dengan niat belajar menari bngra mahupun beli daun kari.Seperti biasa menjadi driver kepada Datin Seri aiensepet.Baru habis kecilkan gambr2 even Digi hari tu dan mengarang seditkit demi sedikit entri Digi Break Free (wah teramat skema ayat.Tak boleh blah).Kepada CikHel & Eny saya dah send gambar2 tersebut ke e-mail kamoo berdua ye.Tadi saya dah ada idea nak update entri tersebut tetiba di kala saya nak buka Photoshop CS4 tetiba screen yang mempunyai warna-wrani bertukar menjadi hijau lalu membuatkan mood edit gambar hilang serta merta.ces!

Semalam saya ada tunjuk iklan Pepsi Worldcup 2010.Ni ada lagi satu iklan Worlcup 2010 yang bagi saya menarik jugak.Iklan Nike - Write The Futute.Kenapa saya cakap iklan ni menarik?Ok simple je dalam iklan ni ada jalan cerita yang menceritakan tentang apa yang akan terjadi sekiranya mereka berjaya menang dalam perlawanan.Bintang2 yang ada kat dalam video ni ialah Drogba, Canavaro, Rooney, Ribery, Ronaldinho, dan juga Ronaldo (si pelakon hebat!).Bab yang lawak bila time Rooney tengah bawa bola then pass tapi Ribery degan selamba rampas bola tu.So korang bolehla tengok video ni :






Apa pendapat korang pasal iklan ni?Kreatif tak?

p/s :

* Ada sapa yang minat kumpul kasut Adidas tak?Korang pernah tengok kasut Adidas Samba Classic.Saya memang minat nak beli kasut ni.Kalau korangpun minat nak beli korang boleh guna service vsHub sebab murah dari harga biasa yang dijual kat Butik.Apa yang korang kena buat ialah register dengan vsHub dan diorang akan uruskan.Korang just bagi duit je.




* Nampak cam pelik kan post ni?Citer iklan Nike tapi promote kasut Adidas.Sebenarnya saya tak suka barangan Nike saya suka iklan je.hak3

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails