Showing posts with label Share. Show all posts
Showing posts with label Share. Show all posts

KENAPA APA YANG DILAKUKAN LELAKI SELALU DIPERTIKAIKAN?

KENAPA APA YANG DILAKUKAN LELAKI SELALU DIPERTIKAIKAN?




Salam guys,first of all korang jangan fikir topik entri ni dalam bulatan negatif.Actually saya terfikir walaupun lelaki adalah pemimpin tapi segala tindakan lelaki mesti mendapat tentangan yang hebat ataupun paling cikaipun kene perli.Korang perasan tak situasi ni?Kalau dulu perempuan buat apa yang lelaki buat itu dikira hebat ataupun bagus.Tapi cuba korang fikir apa yang akan terjadi bila lelaki buat apa yang perepuan buat.Ni tak termasuk mengandung dan period ye itu dah lain.

Situasi pertama ialah bila mendengar lagu.Ok apa yang korang fikir bila perempuan dengar lagu Limp Bizkit?Rata-rata ramai lelaki akan cakap awek tu cool gile.Tapi cuba korang bayangkan kalau seorang lelaki yang berbadan sasa layan lagu Taylor Swift.Apa pulak yang korang fikir?Mesti ramai yang pertikai macam ni :

"Hek eleh badan tough tapi layan Taylor Swift.Macam Bapok ar.."

Hm so mamat yang berbadan tough itu akan diketawakan dan dilabel sebagai jambu.Betul ke tidak?

Situasi kedua ialah apa yang korang fikir bila seorang perempuan tu boleh bawak jet pejuang tak pun bawak air asia x?Rata-rata daripada kita kata perepuan tu best ataupun terbaek!Mesti awek yang jadi pilot tu dibangga dan disanjung.Masuk paper seminggu 7 hari.Berita Bernama siap ulang kisah dia 24 jam.Tapi apa pulak yang korang fikir bila seorang lelaki kacak jadi pereka fesyen?Mesti dia akan dikatakan lembut ataupun paling teruk dia akab dilabel sebagai 'gay'.Ye tak dinafikan memang kebanyakan fesyen designer memang lembut tapi ada juga yang straight macam Den Wahab.

Situasi ketiga ialah apa yang korang fikir bila seorang awek ambil kursus engineering kat universiti?Ramai yang berpedapat awek ni memang kental dan sanggup ambil cabaran.Ok apa pulak yang korang fikir bila seorang lelaki stylo ambil kursus secretary?Hak3 ramai yang beranggapan mungkin dia ni ada masalah dengan dengan personaliti.Betul tak?Takpun mesti ramai yang berfikiran yang dia tu gigolo atau player.hoho...


Situasi keempat ialah apa yang korang fikir bila blogger perempuan letak gambar kat header?Pergh memang orang suka masuk punya.Lagi-lagi kalau yang cun macam artis korea betul tak?Memang traffik laju je masukkan.Ok apa pulak korang fikir bila blogger lelaki pulak tempek gambar sana sini kat blog?Mesti ada yang cakap blogger tu gile glamour.Pastuh komen masuk berduyun-duyun kutuk dah macam kecam gila-gila.Bab-bab macam ni annon akan bertidak dengan pantas sekali.hak3...

Actually ni lah situasi yang berlaku sekarang.Kebanyakan perbuatan lelaki akan dipertikaikan.Memang benda ni nampak remeh je tapi kalau kita tak berfikir secara rasional ia boleh melibatkan soal hak.


3 GOLONGAN MANUSIA YANG MATINYA TIDAK BERIMAN | KULIAH JUMAAT

3 GOLONGAN MANUSIA YANG MATINYA TIDAK BERIMAN | KULIAH JUMAAT

Selamat hari Jumaat.Hari satu benda yang sedih jadi iaitu saya terlepas solat Jumaat.Bukan tak nak pergi niat tu ada tapi saya sampai-sampai je orang dah habis solat Jumaat.Saya sampai masjid tadi pukul 1.30pm biasanya time-time ni tengah khutbah lagi.Tapi takpe yang penting niat tu ada.hak3...Dah lama saya tak share something yang manfaat untuk diri.So kali ni harap-harap kita dapat muhasabah diri lepas baca entri ni.

Kita hidup dalam dunia ni memang syok sampai kita lalai yang kita sebenarnya pinjam zat dari Allah.Memanglah kita ni manusia yang dijadikan tuhan dengan nafsu dan tak mungkin kita dapat lari dari buat dosa.Tapi kalau asyik-asyik buat dosa je dan dosa lebih banyak dari pahala memang susah la nak cakap.Ye dosa pahala itu tuhan yang tentukan tapi kita juga kena beringat.Ok hari ni saya nak share pasal '3 Golongan Manusia yang Matinya Tidak Beriman'.

1) ISTERI YANG TAK DENGAR CAKAP SUAMI


ISTERI DERHAKA

Zaman sekarang ni bab kahwin main-main je.Masa bercinta bukan main 'menggelabah mak nyah' nak kahwin tapi bila dah kahwin lain pulak jadi.Kalau dulu kita asyik dengar isteri kena dera dengan suami (zaman sekarang pun ada lagi cuma dera bab lain) tapi sekarang kita asyik dengar yang isteri pulak mengganas.Selamba maki-maki suami depan orang ramai.Padahal kalau ikut tinggi kan suara kat suami tu adalah dosa besar.Kadang-kadang suami suruh pakai tudungpun tak nak dengar atas alasan mak bapak sayapun tak marah.hak3

3) ORANG KAYA YANG TAK BERTIMBANG RASA


ORANG KAYA KEDEKUT

Yang ni memang bersepah.Ramai antara kita lupa bahawa apa yang kita ada itu bukan semua kita punya.Dah la income tax lari,zakat fitrah tak bayar sedekah RM1 kat orang butapun tak nak.Alasannya orang yang mintak sedekah tu adalah sendikit tapi duit habis kat kelab malam no hal.Apalah salahnya kalau kita sedekah sikit duit kita untuk orang lain.Kasi cucilah sikit harta kita.bukan banyak 2.5% je...

3) ORANG YANG TAK BAYAR ZAKAT



LARI ZAKAT

Yang ni lebih kurang macam yang atas...Bila kita dah kaya tak ingat apa-apa dah.Income tax buat-buat lupa.Lepas tu zakat memang saja tak nak bayar.Dah la zakat perniagaan buat bodoh.Time raya zakat fitrahpun tak amik port.Bagi kita apa yang kita dapat itu kita punya tak boleh kongsi-kongsi.Ingatlah even kita senang orang lain tetap ada hak dalam harta kita.Ingat pada anak yatim yang memerlukan dan bukan ana si yatim yang cantik...hak3...

Oklah cukup ni je yang saya nak share sebab yang sikit tu kalau dimanfaatkan dan korang semua sedar pun dah cukup.Kalau bagi banyak tapi orang buat dekpun sama je...

p/s :

* Kadang-kadang nak nasihat orang memang senang tapi kita yang nak melakukan tu pergh susah...

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails