Showing posts with label Shoutmix. Show all posts
Showing posts with label Shoutmix. Show all posts

SEMINGGU TANPA SHOUTBOX

SEMINGGU TANPA SHOUTBOX

Salam guys,

Ok macam yang saya janjikan saya nak reveal satu ujikaji dalam blog ni.Ramai yang cakap saya agak kurang siuman bila buang shoutbox.Ada pulak yang cakap saya kedekut traffik.Owh korang masih belum faham apa itu blogging.Dalam blogging kita bukan saja kena publish entri tapi kita juga kena test atau buat experiment dan itu yang membuatkan kita berbeza dari orang lain.Bila kita uji sesuatu maka kita akan dapat knowledge.

Buang shoutbox bukan bermakna kedekut traffik tapi saya membantu korang sebenarnya.Ya saya faham shoutbox merupakan satu cara untuk promote blog secara percuma.Ok jom saya share sikit apa yang saya nampak atau hasil selepas seminggu saya buang shoutbox ...

1. Visitor Bertambah

Ok benda memang nampak macam tak lojik kan patutnya dengan shoutbox ramai visitor akan masuk sebab nak tinggalkan link.Tapi meh sini saya cerita satu benda korang perasan tak kadang-kadang bila kita pasang shoutbox coding shoutbox itu akan menambahkan masa untuk pageload.Kebanyakan blog akan jadi lembab bila ada shoutbox ni tak masuk yang ada rama-rama terbanglah,penguin joget-joget lah dan paling tak boleh blah cursor siap ada ekor.Itu semua coding beb dan coding akan memberatkan blog korang.So bila blog berat korang rasa nak tunggu ke kalau saya terus terang saya akan 'x' je.

2. Kurangnya SPAM

Manusia biasanya senang nak salah guna kemudahan.Jamban pun kadang-kadang boleh jadi papan iklan sex.Tak percaya boleh periksa.So ada jugak internet user yang tak bertanggung jawab akan letak iklan-iklan referral program.Dem kalau takde duit jangan buka bisnes ye.Korang memesongkan dan membantutkan niat blogger lain blogwalking.Itu ok lagi kalau orang fikir shoutbox tu asyik link 'junk' je dah tentu-tentu orang takkan masuk blog tu lagi.Maka kuranglah SPAM kat blog korang.

3. Pertambahan Komen

Bila takde shoutbox maka komen ialah last resort.Komen juga boleh membantu blogger untuk maju.Kadang-kadang bila kita komen blog orang dengan komen kreatif ia akan tarik blogger lain untuk usha siapa kita.Dari tulis kat shoutbox ayat yang sama kan.Kan saya dah pernah cite yang Komen Itu satu SEO Mudah.So dengan komen juga kita akan dapat traffik. Korang kena ingat something komen itu menunjukkan interaksi dan blogwalking yang ikhlas.


Amacam ni baru minggu pertama tanpa shoutbox so saya hanya nampak 3 ni je.Mana tau minggu depan ada kesan lain plak.Kalau ada nanti saya akan share dengan korang.

p/s :

* Apa pendapat korang pasal kewujudan shoutbox dalam blog?Perlu atau tidak?


SORRY BUKAN TAK NAK TOLONG TAPI...

SORRY BUKAN TAK NAK TOLONG TAPI...

Selamat petang,

So sementara nak tunggu ainsepet saya nak up satu entry pendek.Apa yang korang nampak perubahan yang berlaku dalam blog ni?Jawapannya ialah sudah tiada shoutmix...Saya nak mintak maaf kat korang...Actually saya bukan dah tak nak bagi korang letak link korang dan saya bukannya kedekut...

Saya buang shoutmix bersebab dan salah satu sebabnya ialah ramai yang salah guna.Saya letak untuk bagi kemudahan pada yang lain supaya boleh kongsi traffik tapi ada orang dengan selamba letak link benda lain.Macam dulu letak dapat wang tapi lepas yang join dapat wang tak dapat-dapat wang maka warga youthsays pulak bikin panas.So untuk adil dan orang tak menyumpah saya cakap shoutmix saya spam maka saya buang dari pandangan.

Sebab yang lain ialah saya tengah nak usha line pasal kesan-kesan tiada shoutmix.Dah lama tak buat research pasal blog ni.Nanti saya share dengan korang.Samada saya pasang balik or tak itu bergantung pada keputusan research saya nanti.Tapi korang refer entri ni kalau terasa shoutmix tu penting or tak?Tak semestinya shoutmix je yang boleh buat kita berkongsi traffik ye...

p/s :

* Korang rasa patut atau tidak blogger pakai shoutmix?
* Saya tak tiru sesiapa saya just nak buat research untuk diri sendiri je.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails