TIPS : SEORANG BLOGGER PERLU ADA - PART 1



Wah...Selamat pagi semua!!!Mood hari agak hepi sebab ado la...Sedikit lambat untuk upadate sebab perlu menjadi khadam di kolej.Perut plak boleh bikin hal pepagi ni.Tapi thanx to reader yang masuk blog ni even saya tak update pun lagi.Datangla untuk support k.Seperti mana yang kita tau ari ni ada event.Mereka dah kol saya tadi tanya datang ke tak..Tapi seperti biasa ini Bean Moreno la...Kalau cakap datang saya pasti datang cuma bezanya lambat atau cepat je.hak2.Harap2 tidak terlepas untuk berjumpa blogger2 lain di tempat paintball.Tunggu ye untuk melihat rambut saya yang di"set" khas untuk event ni.hak2

Oklah tak nak memalut dengan lebih serius.Saya teringat masa saya masih di gelanggang silat dulu(ni cite dulu la),Guru saya ada berpesan satu benda yang memang saya apply sampai sekarang dan memberi kesan yang best dalam kehidupan saya.Nak tau apa pesan mahaguru saya dulu.

"Pis walaupun ko terkeluar dari gelanggang ni tolong igt satu benda...Apa2 yang ko buat tolong taat,sabar,sungguh,& Yakin"



Benda ni dah lama saya apply dalam hidup.Memang berkesan beb.Dalam bloggingpun sama cuba korang applykan 4 perkara tu.Bila korang dah dapat buat 4 yang pertama maka akan dapat satu lagi extra iaitu IKHLAS.IKHLAS memang susah nak dapat & kalau korang dapat IKHLAS setan pun akan takut ngan korang.Macam mana korang nak apply 4 perkara ni dalam blogging.Meh sini abang ajar eyh :

1) TAAT 
Korang buat blog,ada rules dia.So korang just follow the rules.Dan salah satu dari rules untuk maju ialah update entri.So taat la dengan update entri selalu.Bila korang tulis entri yang berguna kompem reader akan datang.Tak kisah la tulis riwayat hidup ke tutor ke apa2 jelah janji update.Jangan la korang asyik2 tulis entri yang kondem orang lain.kutuk blogger2 lain,maki hamun...memangla orang pun menyampah nak baca.

2) SABAR
Dalam blogging kita kene sabar.Kita jangan fikir dengan satu bulan berblogging kita dah boleh femes or eran nuffnang banyak.Owh kalau macam tu dah ramai kakitangan kerajaan berhenti kerja jadi blogger.hak2..Terus terang saya cakap saya boleh cash out setelah 6 bulan jalankan suterablogger.Tapi sekarang dah stable skit.Ingat berblogging bukan macam Hai-o.Even Hai-O pun kene kerja keras cari rezeki.Ingat yang kita blogging ni untuk share thought dan pendapat.Sekarang dah banyak dah yang nak amik jalan singkat.Contohya macam budaya "I Follow You,You Follow Me Back".Bukan tak boleh,tapi tak elok sebab kita nak orang follow kita bukannya semudah yang disangkakan.Kalau kita tulis merapu then nak orang follow untuk apa?Tak guna orang follow tapi tak baca entri kita.Korang nak benda macam ni terjadi?So fikirkan lah ye

3) SUNGGUH
Ok dalam apa2 pun kita kene bersungguh2.Dalam blogging kalau kita tak sungguh2 tak oayah mimpila kita boleh dapat earn macam KakRed or Kenny Sia.Memang la korang takkan jadi macam Kenny Sia tapi SIA-SIA je.Contohnya korang kene update konsisten.Jangan minggu ni update ari2 next week satu apapun tak buat.Tak boleh la macam tuh.Jangan terlalu ikut otai yang berkata tak payah update pun boleh dapat visitor BANYAK.Karut itu semua.Cuba bayangkan korang adalah penulis akhbar.Kalau korang publish surat khabar berita tak update sama je.Asyik2 berita muka depan UMNO menag pilhan raya selama sebulan.Korang rasa laku tak surat khabar korang.hak2 bungkus la.Macam tu jugak dengan blogger.

4) YAKIN 
Bila korang dah buat semua di atas korang just perlu yakin dengan apa yang korang buat.Kalau korang enjoy baca entri korang tak mustahil orang lainpun akan suka.Just ignore apa kata orang yang penting korang dah buat apa yang patut.Diorang nak kata korang newbie macam sampah ke,korang budak baru tapi entri cikai ke itu PERSETANKAN.Sebab belum tentu diorang hebat.Confident & be Yourself ok!!!

p/s :
- Sayapun blogger newbie je & masih lagi cari2 apa yang patut itu pasal saya blogwalk k.
- Kalau korang rasa apa yang saya cakap ni salah sila kemukakan hujah anda ok...
- Sapa2 yang terasa dengan teguran saya ni.Saya mintak maaf banyak2 sebab saya just berkongsi je eyh.Takde niat nak menyinggung sape2.
- Selepas saya post entri ni mungkin saya akan pergi bersuka ria bersama blogger2 lain.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails