KEGEMBIRAAN ITU KUNCI


Selamat pagi ye kepada reader yang bertungkus-lumus membaca entri dalam blog ni walaupun blog ni takde la sepopular blog2 lain.Hari ketiga saya publish entri seawal pagi.Semalam tido lambat layan cerita SRJ(cerita cina),haram tak best langsung.Saya lebih rela layan cerita Serizawa banyak kali dari tengok SRJ sampai habis.

Entri kali ni kita tutup pasal tips blogging.Asyik2 buat tips je orangpun menyampah.hak2(ye ke?bukan korang memang suka tips ke?).Kali ni saya nak share sikit ilmu yang saya pelajari semasa awal pembabitan(mak aih skema plak) saya dalam blogging ni.Dulu sebelum saya buat blog saya ada belajar satu ilmu kehidupan yang dipanngil Metafizikal(Aus sila jangan perasan sebab benda ni takde kene-mengena dengan ilmu fizik ko.hak2).Metafizik ni merujuk kepada sesuatu yang berkaitan dengan "Law Of Nature".Mesti korang confius dan tertanya2 kan apa kebenda semua ni.Dan sebenarnya dari metafizikal la saya dapat nama suterablogger.Apa itu sutera?hah!itu nanti ye saya tak nak cerita yang tu sekarang.


"Apa" yang membuatkan seseorang itu bersemangat melakukan sesuatu?Dengan "apa" itulah segala benda yang kita nak buat akan jadi real?"Apa" itu adalah KEGEMBIRAAN atau dalam bahasa omputihnya ialah HAPPINESS.Yeay!!!Ini logik sebab kalau korang tak percaya cuba korang ingat balik masa korang kecik2 dulu.Korang tengah syok main dengan kawan2 tetiba mak korang panggil then suruh pegi kedai beli gula.Korang rasa apa akan jadi.Samada korang sampai kedai tapi terlupa nak beli apa takpun plastik gula tu bocor(wah ini kisah benar tau yang dialami oleh penulis).Kenapa jadi macam tuh?Sebab takde kegembiraan masa buat kerja ataupun bahasa kasarnya tak ikhlas la.

Bila kita buat something dengan perasaan happy dan bukan sebab terpaksa kita akan rasa ringan dan takde sempadan.Kerja kitapun lancar dan takde gangguan(terutama sekali syaitan).Yela sebab syaitan takut dengan orang yang ikhlas tak percaya tanya ustaz.hak2.Kita jangan push diri untuk buat something yang kita tak suka sebab kemungkinan besar benda tu takkan menjadi,percayalah.Atau paling teruk ia akan menyebabkan aura negatif masuk ke pemikiran kita dan kita akan jadi negatif dan berprasangka buruk.


Sebagai contohnya la kan kita sebagai blogger.Memangla kita ni kene tulis entri.Tapi kalau dah takde idea kenapa kita nak paksa.Biarla orang lain dapat update sehari beratus entri tapi kita just satu je.Itu kira ok apa.dan kalau langsung tak update dalam hari tu pun kira ok apa dari orang yang takde blog?hah!!!Jadi buat kerja biar dalam frequensi kegembiraan.Saya tulis entri banyak sehari bukan sebab nak kejar duit sangatpun tapi sebab saya happy menulis dan saya tak boleh nak simpan idea tu lama2(sebab saya ni byk makan semut).Kalaula saya blogging 100% sebab duit baik saya letak byk2 iklan.Semua saya letak nuffnang,innity,advertlets, takpun google adsence.Barula kaya.

Kesimpulannya silalah gembira dengan apa yang korang ada dan tolongla gembira dengan apa yang korang nak buat.Sebab Kegembiraan itu adalah kunci untuk segalanya.Bila gembira barulah hasil datang.Kalau nak lagi tips metafizik gi tgk kat blog Wiseman

p/s :
- Tak tau kenapa saya gembira sangat tengok cerita Crow Zero?Mungkin saya dah jumpa karektor saya yang sebenar.
- Dah 3 hari update pagi2.Adakah saya mengganggu korang pagi2 ni???NASEB AR!!!
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails