PANJANG KE PENDEK LAGI BEST


Fuh lega baru lepas kemas barang masuk dalam kereta.Full kereta Gen2 GT4-N saya tu.hak2.Dah lama tak rasa lontong goreng dan memang ngidam nak makan (adakah wife saya mengandung).Sebelum saya start bercerita apa yang saya nak tulis dalam entri ni hope jangan terpengaruh dengan tajuk di atas.Ia takde kene mengena dengan contest Nuffnang "Why I Like It Longer" sebab contest tu dah due semalam pada hari tanpa pentis.Tajuk entri  di atas juga memang takde kene mngena dengan unsur2 rumah tangga ataupun sexual content yang sering di"search" oleh makhluk berotak kuning di dalam blog AUS (ooops terlebih sudah).

Sekarang saya nak cita antara entri panjang and pendek mana lagi baik.Korang rasa mana yang boleh blah???Mana yang lebih menarik untuk kita bagi reader baca.Kalau nak tanya saya la kan,dua2 ada kelebihan.Tapi kat suterablogger ni kalau korang perasan entri saya memang agak panjang.Saya tak tau la korang baca sampai abis ke tak...Tapi walaupun saya tulis panjang saya akan selitkan dengan gambar2 yang agak mengarut.hak2...

Nak tulis panjang berjelapun sebenarnya tak berapa bagus sebab nanti reader akan berbuih mulut membaca.Takpun mungkin reader yang jenis macam Kakashi Sensei akan jadi macam ni...


Macam mana plak ngan entri pendek.Tak bagus ke kalau tulis entri pendek.Ada ke saya kata tak bagus.Please jangan prejudis pada saya yang sememangnya cool dan kacak ini.hak2.Ada juga blogger yang tulis pendek tapi reader dia suka sebab memang interesting.Ada satu blog yang sememangnya saya follow tapi entri dia pendek dan best.tak percaya gi terjah blog BIBI.Kebanyakan entri dia memang pendek dan lawak gilak(ni ayat bibi).

Ok korang nak tau apa kesimpulan yang boleh saya bagi kat sini.Yang penting dalam blogging ni cara penulisan blogger tu sendiri.Kalau kita tulis entri yang panjang tapi mendatar macam papan plywood ia ibarat macam kat AF menyanyi Flat dan takde tone.So jawapan dia "Boring"...
p/s :
- Mungkin ada antara korang yang akan kata gaya penulisan saya macam Melromeo.Pergh jauh seyh...Dia terlalu bagus untuk dibandingkan dengan saya sebab sayapun belajar dari dia.
- Perut saya terlalu kenyang sebab tadi kerana menyumbat segala makanan yang mama saya masakkan(biasala anak manja).
- So korang rasa Panjang ke pendek lagi bagus???
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails