PUBLIC & PERSONAL BLOG


Morning eyh semua.Hari ni macam agak bosan sebab saya sakit perut di pagi hari.hak2.Disebabkan Kesakitan perut yang saya alami lebih kurang macam PMS (oops isu senstitif yek) jadi kadar menge"post" entri pada hari ini akan menjadi sedikit slow.Bukan sebab tiada idea tapi memang sakit.Baru saya tau perasaan atau dapat merasai kesakitannya bila PMS.hak2...

Hm Hari ni saya nak bincang dan tanya pendapat korang berkenaan personal & public blog.Mungkin Mel dah pernah tulis kat blog dia.So saya ambil idea and bangkitkan isu ni tapi dengan cara saya.Ye la Mel mungkin suka lagu hiphop itu pasal dia miahaha tapi saya suka lagu dangdut so lain yek..hak2.Sebelum tuh meh saya tulis perbezaan antara dua jenis blog ni :


PERSONAL BLOG :

Selalunya owner blog ni akan share apa yang diorang suka buat.Apa diorang makan & mungkin diorang gaduh ngan BF or BFF diorangpun akan di ceritakan dalam blog jenis ni.Kebanyakan blogger memang suka tulis entri yang personal.Ye la blog diorang,itu hak diorang la jangan la sesuka hati je nak kondemkan.Tak salah tulis riwayat hidup dalam blog.Saya suka baca blog personal ni sebab saya boleh dapat idea dan tau perwatakan manusia dan mungkin kalau monyet pun ada blog saya akan baca.hak2..Tapi ini tidak bermakna yang saya adalah ahli mesyuarat tingkap ye tuan2 dan puan2.Contoh personal blog yang memang meletup2 sekarang ni macam blog HanisZulaikha & Redmummy.Tapi korang kena ingat bahawa ada sebab yang membuatkan blog diorang tu meletup2 walaupun diorang buat personal blog.Nak tau gi buat research or tanya diorang personal.

PUBLIC BLOG :

Blog type ni memang kow punya.Sekali Boom mesti meletup tahap dewa.Tak dinafikan lagi.Tapi content pun kene la powerkan.Kalau setakat niat nak buat public blog tapi tulisan ngarut ntah apa2 sape nak baca.Nak buat blog ni pun bukan senang macam yang korang fikirkan.Ada teknik2 yang kita kena gunakan.Tapi sekali korang kuar ngan entri kababooom (sory amy aku curi nama team ko) mesti orang "bookmark"kan blog korang.Dan kalau dah kababooom traffik korang xmungkin <1000 mesti lebih punya.Content blog kategori public ni selalunya cerita benda yang umum contohnya macam artis,kereta,investment dan macam2 lagi bende or niche yang umum.Takpun sekarang kalau korang nak buat public blog yang memang akan jadikan korang hot dan banduan tulis pasal politik,hak2...Antara blog yang memang top dalam kategori perlumbaan ni macam Beautifulnara,Sensasi Artis, takpun Malaysiakini.

Tu je kot apa yang boleh saya tulis tentang topik ni.Kalau korang ada idea yang bernas yang lain dari apa yang saya tulis sila "utara"kan atau "selatan"kan.Saya pun nak share pandangan apa yang korang tau.Sebab tak semestinya apa yang saya tau korang tau n apa yang korang tak tau saya tak tau(uiks macam sama je bunyi nye...hak2).

p/s :
- Kalau ditanya genre blog saya ni saya akan cakap blog ni dalam kategory "Meet Me Half Way" sebab ia adalah separuh2.hak2...Tapi saya bukan Shemale ok...
- Korang rasa apa yang korang fikir untuk bezakan antara dua jenis blog nih???
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails