KEMPEN EARTH HOUR

Yeay!!!At last saya berjaya jugak design satu header even tak berapa nak cun tapi saya tetap mencuba.Saya bukan bagus sangat bermain dengan photoshop mungkin baru tahap2 amatur.So thanks kat Sendra yang selama ni push2 saya untuk tukar header yang agak blur.Lama jugak saya amik masa nak siapkan header yang simple ni dekat2 sejam lima belas minit jugak la(pergh lama betul camne nak jadi designer).

Korang mesti tertanya2 sapa mamat jepun dalam gambar tu.Oleh kerana saya senang terpengaruh dengan watak movie jadi saya telah terpengaruh dengan watak Serizawa dalam Zero Crow.Pergh cool gila beb mamat ni.Korang boleh tgk betapa coolnya mamat ni kat video ni :


Tengok melalut dah...Sebenarnya saya nak cerita pasal satu kempen kat Youthsays.Kali ni diorang suruh saya berkempen pasal "Earth Hour"(pergh gua dah macam wakil rakyat dah).Kalau korang dah tau bagus la.Kalau belum tau "Earth Hour" ni satu kempen yang dijalankan oleh WWF untuk mengurangkan kadar pemanasan global.Kalau tak silap saya tahun lepas kita digalakkan untuk tutup semua benda yang menggunakan elektrik pada hari tersebut.


Objektif kempen ni adalah untuk memberitahu semua penduduk dunia bahawa pada 27 Mac pukul 8.30 malam kita kene tutup lampu(mak aih lama lagi tu).Jadi jangan lupa temu janji kita pada hari yang telah saya bagitahu tu ye(harap2 sayapun ingat).Untuk mengetahui tentang kempen yang dianjurkan oleh Youthsays ni korang bolehla klik sini.Marilah kita bersama2 menjaga bumi kita.

p/s :
- Tahun lepas saya tutup lampu tapi tak tutup komputer.Boleh ke macam tuh???
- Jom sama2 support kempen ni.Tapi korang rasa adakah kempen ni mendapat sambutan ke tak?
- Saya minat Serizawa bukan sebab dia hebat dalam pergaduhan tapi sebab sikap dia yang cool+kacak macam saya jugak.hak2
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails