BANYAK KE SIKIT LAGI BAGUS???



Huh takde apa yang saya boleh buat sekiranya kelajuan internet adalah equal dengan kelajuan pergerakan kerak bumi yang yang hanya memakan masa 100 tahun untuk berubah.Ditambah plak dengan YM yang hanya boleh digunakan ikut webpage.Tapi dengan hati yang cekal(bukan syeqal..itu penyanyi zaman saya umur 7 tahun dan sekarang dah jadi ustaz dah pun) nak jugak post entri untuk korang.

Oklah tajuk yang korang baca kat atas tu sebenarnya isu kecil je kalau nak dibandingkan dengan isu krisis kewangan Manchestor United(wah i hate this team...haha).Ok kita selalu tertanya-tanya satu hari bape post yang patut kite tulis or post kan untuk blog.???Bagi saya benda ni depends kat blogger tu sendiri.Kalau la blog kite tu sememangnya femes macam blog Redmummy ke,Beautifulnara ke,tak pun macam Melromeo mungkin satu hari satu pospun cukup kot.Tapi kalau blog kita macam suterablogger(uiks blog sape nih???) susah jugak la.Bagi saya la kan kadar menge"post" entry untuk blog saya adalah bergantung pada visitor.Saya seorang yang amat perihatin terhadap masalah visitor untuk blog saya.saya akan check setiap dua jam.Then lagi satu saya akan cuba membaca pergerakan platlet(uiks betul ke istilah ni) untuk blog saya.Contohnya macam ni :

source dari google analytic

Cara saya baca bende ni senang je.Visitor blog saya terbahagi kepada 3 iaitu Referring sites(datang dari page lain),Direct traffic(taip di URL browser), dan Search engine(datang dari serach yang dilakukan di internet).Kebanyakan visitor suterablogger(yang kurang popular ni) datang dari referring site iaitu blog kengkawan atau mungkin dari website lain.Jadi bermaksud mereka menantikan entri bersih dari saya hak2.Mintak maaf ye saya tak pernah tulis bahan lucah di dalam ini blog tetapi entri bersih bermakna entri baru yang belum dikomen oleh mereka(walaupun diorang tak komen pun).Jadi bagi saya saya akan buat entri lebih dari satu untuk satu hari untuk tarik visitor baru dan tarik visitor yang pernah datang.


Dari gambarajah di atas(pergh macam mak gua seyh) saya buat kesimpulan sendiri bahwasanya saya belum hebat dalam bermain SEO.Sebab kadar dari SEO memang kurang.So janganla ikut saya sangat ye sebab saya bukannya bagus sangatpun cuma share ikut experience je.Kalau ada yang cuba tapi tak jadi saya mintak maaf sangat-sangat ye sebab saya takde niat nak menipu pun.


p/s:
- Jadi kesimpulannya terpulang pada korang nak update macam mana.Got any Idea???
- Terima kasih kat Aus yang tekah menerjah saya malam semalam.Nak baca ni entri die.
- Actually saya dan melromeo adalah berbeza sebab dia memang hebat saya baru je belajar nak jadi cam die.
- mak saya merupakan guru kepada saya semasa darjah 5 dan 6.Tu je nak kasi tau...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails