Showing posts with label Buat Duit Dengan Blog. Show all posts
Showing posts with label Buat Duit Dengan Blog. Show all posts

DUIT BOLEH UBAH PENDIRIAN.SETUJU ATAU TIDAK?

DUIT BOLEH UBAH PENDIRIAN.SETUJU ATAU TIDAK?


Salam guys,

Ok hari ni dah tiba masa saya buka satu entry baru fresh dari ladang.  Sebelum ni korang yang dah lama follow and baca blog ni mesti dah tau post-post tu semua remake (yang folow sebab nak follower sorry korang takkan dapat apa-apa dari saya).  Saya sibuk sagat minggu bi so terpaksa remake je.  Tu juga cara saya nak test korang samada korang follow blog ni ikhlas atau tak.

Hari ni nak share pasal satu benda yang memang berlaku dan tak boleh kita elak.  Ni berkenaan pasal duit.  Duit ni elemen yang agak penting dalam kehidupan yang mana kalau takde duit korang just boleh buat rumah guna kotak buruk je.  Duit tu umpama nyawa dah sekarang, sebab tanpa duit korang tak boleh nak hidup dalam keadaan meterailistik hari ni.  Yang paling penting duit adalah satu kuasa yang kuat dan boleh ubah pendirian manusia.  Saya bagi korang nampak dua situasi :

1. Seorang Guru Dan Anak Murid

Benda ni tak semua orang alami dan buat tapi most of it.  Korang pernah dengar tak ayat 'Takkan Guru Nak Cari Murid,  Murid Lah Yang Kena Cari Guru'.  Ya zaman dulu mana ada guru datang rumah mengajar semua kalau murid nak belajar kena pergi rumah guru.  Saya dulupun tusyen jugak dan mama sayapun ada buat tusyen semua anak murid akan berkumpul kat rumah mama saya untuk belajar even diorang bayar fee (saya tak perlu sebab duduk rumah sekali dengan mama).  Tapi sekarang korang dapat tengok bila parents bayar duit lebih guru yang akan datang cari student.  ya salah satu faktor ialah mungkin parents sibuk.  Tapi sebab-sebab ni lah mungkin punca hilangnya respect pada guru.  Cuba fikirkan betul atau tidak...

2. Seorang Ketua Kepada Anak Buah

Ni cerita belakang tabir ye.  Hope korang tak salah faham saya buka cerita ni bukan untuk menunjuk tapi untuk menyedarkan seseorang bahawa kita tak sempurna dan kita dilihat walaupun kita ketua kongsi gelap.  Dulu saya masih ingat zaman saya baru nak berjinak-jinak dengan dunia 'kumpulan'.  Ok kita ibaratkan ketua itu captain kapal ye.  Saya pernah dapat teguran dari seorang captain kapal macam ni ayat dia:

'Takkan captain nak cari penumpang,  penumpang lah cari captian sebab diorang yang tumpang kapal'
Owh ni ayat yang pernah saya dapat dulu waktu mula-mula saya jejak kaki dalam 'kapal ' tersebut.  Tapi keadaan mula berubah bila penumpang kapal semakin ramai.  Bila penumpang kapal semakin ramai dan 'kaching' pun besar maka ayat ni bertukar macam ni :

'Takpe biar captain pi cari penumpang, ang rileks kat sana je'

Pergh... senang je kan pendirian berubah bila ada bayangan DUIT.  Terus terang saya cakap saya panas.  As a leader kita kena firm, NO means NO... Dengan benda macam ni respect itu hilang serta merta.

3. Seorang Blogger Yang Menulis Blog

Wah ini nampak ketara sekarang (termasuk diriku ini).  Dulu blog adalah tempat cetusan pendapat dan idea.  Tempat share pendapat yang mana kita boleh capai kata sepakat.  Dulu kita menulis tanpa fikir earning.  Takdepun fikir BE nak kena kumpul banyak-banyak.  Tapi sekarang tak dapat BE macam tak dapat bekalan makanan 50 tahun.hak3...  Serius tak payah pergi jauh saya sendiripun macam tu.  Adakah nuffnang yang buat kita lupa asal-usul blog atau kita sendiri yang buat-buat lupa.  Ntahla kan...  Kenapa saya cakap earning tu perosak,  sebab pasal earning kita asyik-asyik nak tulis pasal earning,  BE, Nuffnang.  Ya memang bagus sharing tapi kalau asyik-asyik kita tulis pasal BE je apa nak jadi betul tak?  Setiap kali dapat BE nak tulis sakit gak mata.  Korang still belum tengok rekod sekali dapat BE 13 berderet yang Aus pernah dapat dulu (saya tak pernah paling banyak 6 je).  Korang still belum pernah tengok setiap minggu dapat BE berbeza.  Diorang pun tak pernah reveal just perkongsian masa gath sahaja.  So fikir-fikirkanlah ye...

Oklah malas nak tulis panjang-panjang.  Ayat pendek mungkin dapat menyedarkan kita dari mengelamun yang panjang contohnya 'HOOI!'.  So inilah situasi yang saya nak share mungkin dari situasi-situasi tu korang dapat elaborate kepada situasi lain.  Kalau saya senaraikan satu-satau memang korang semua masuk ICU sebab baca entri ni.

p/s:

* Duit itu penting tapi hati perlu ikhlas untuk duit.

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :
- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab banyak barang-barang best untuk buat hadiah.
- Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...

CARA BUAT DUIT DENGAN BLOG

CARA BUAT DUIT DENGAN BLOG



Selamat malam guys,

Malam ni saya just nak share something yang mungkin ramai nak tau.  Kalau tak ramai anggap jelah ia sebagai satu perkongsian.  Hari-hari saya blogwalk mesti ada satu dua blogger yang tulis pasl income Nuffnang tak naik-naik.  Bagi saya itu normal beb sebab tu dah banyak kali saya bagi tau nak blogging kena ada ilmu dan kena belajar.  Kalau kita asyik tulis entri je dan jadi reporter tanpa gaji lepas tu tak mau research memang pemikiran kita akan tertumpu pada satu je.

Pasal Nuffnang saya tak mau komen sebab saya faham business advertising memang ada pasang surut dan pesaing diorang pun dah bertambah.  Jadi tak heranlah kalau kerdipan ads dn buffered earning tidak banyak buat masa sekarang.  Kalau niat korang memang duit jangan join Nuffnang pi buat akaun Adsense sebab itu lebih masyuk.  Ok malam ni saya nak ajak korang supaya tak tumpu pada satu (jangan guna untuk bercinta.hak3).  Ada beberapa cara yang korang boleh buat untuk earn duit :

1. Heartbeat

Ni adalah cara terbaru untuk earn duit.  Sekarang tengah meletup kat pasaran.  Actually ni bukan blog advertising company.  Heartbeat ni adalah satu company yang menjual barang 'custom souvenir' diorang cuma mintak tolong korang 'advertise'kan produk diorang.  Korang bukan sahaja dapat earn duit dari penjulaan barang tapi jugak dari 'genuine click' dan juga registration.  Rate bayaran korang boleh refer kat web Heartbeat. So bagi yang sayangkan status gliterati Nuffnang sila buang perasaan risau anda dalam longkang sebelah rumah. Persamaan Heartbeat dengan Nuffnang ialah nak cashout kena ada RM50 dalam akaun.

Nak register pi sini

2. Buy Blog Review

Korang pernah bermimpi tak nak dapat advertorial dri Nuffnang.  Saya pernah dapat advertorial cuma tak berapa ramai.  So kalau korang nak merasa buat advertorial berbayar korang boleh cuba register benda ni.  Bezanya nilai dia tak sebanyak advertorial Nuffnang lah.  Average satu review yang korang buat ialah dalam USD 1- USD 30++ .  Tapi kelemahannya korang kena tulis review dalam English.  So benda ni boleh bantu korang menjadi seorang yang pandai dalam English.  Lagi satu benda ni berdasarkan lelong.  Siapa bagi harga best dapatlah review.

Nak join boleh pi sini

3. Social Spark

Yang ni berplatfom IZEA.  Yang ni lebih kurang macam BuyBlogReview cuma korang tak payah bid.  Cuma tunggu advertiser layan blog korang dan suruh korang tulis pasal diorang.  SImple je kan.  Setiap review korang akn dibayar dan nilai ditentukan oleh advertiser berdarsakan cara penulisan korang, PR blog, Alexa rnking dn juga taffik korang.  Social Sparks banyak advertisr so pandai-pandai koranglah.  Ni pun korang kena guna English baru boleh naik.

Nak register pi sini.

4. Image Space Media

Korang pernah tengok tak pengiklanan melalui gambar dalam blog korang.  Nak kata lama tak lama baru pun tak baru.  Saya pun baru try dn ada lah hasil sikit.  Nak kata jutawan taklah tapi bolehlah sara makan minum.  Dengan benda ni apa sahaja gambar yang korang place kat log akan diletakkan iklan.  So setiap klik dari gambar tu korng boleh earn duit.  Dengan Image Space Media korang akan dibayar ikut jumlah klik pada ads di gambar.

Nak register pi sini.

Actually ada banyak lagi cara nak eran duit ikut blogging dan Melromeo pun dh ada tunjuk.  Tapi korang jangan letakkan duit sebagai priority korang dalam blogging sebab kalau itu lah tujuan utama maka hancus... Saya nak ingatkan sekali lagi benda ni tak boleh buat korang kaya cuma boleh lah dapat sikit-sikit.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails