Showing posts with label Kingfish. Show all posts
Showing posts with label Kingfish. Show all posts

BIG FISH MOMENT WITH PIZZAHUT

Sebelum apa2 saya nak tanya pernah tak korang dengar cerita pasal Pria Romantik dan Isterinya Si Sepet Tanjung Puteri.Cerita ni lebih hebat dari cerita Hang Tuah dan Hang Lipo.Lebih meriah dari cerita My Date Night.Jadi mari saya ceritakan...


Di suatu petang yang indah,sepasang suami isteri sedang duduk berbincang mengenai masa depan mereka.Si suami bergelar Pria Romantik (PR) dan si isteri bergelar Si Sepet Tanjung Puteri (SSTP).Semasa sedang berbincang Si Sepet Tanjung Puteri tiba2 monyok dan terkeluarlah dialog ini.

SSTP : Pria Romantik semalam adinda bermimpi nak makan lempeng yang di atasnya ada udang ikan dan sotong.

PR : Owh itu senang je.Kekanda ada ramai pengikut yang mana boleh buat makanan mudah itu.

SSTP : Kanda bukan itu sahaja,adinda mimpi ramai nelayan melayani kita dan juga susana seperti di Italy.Alah macam cerita "When In Rome".

PR : Itu tak jadi masalah.Dinda bersiap akan kanda bawak dinda makan seperti apa yang dinda mimpikan semalam.No hal punya (ada ke orang dahulu kala cakap macam ni?)

SSTP : Betul kah kanda boleh beri apa yang dinda mahukan

PR : Sudah tentu.Dinda punya pasal gali kubur keluarkan Julius Caesar pun boleh.

Maka Si Pria Romantik pun dengan selamba membawa Si Sepet Tanjung Puteri berjalan mencari Lempeng Italiano itu.Dengan menaiki kenderaan Generasi 2 nya mereka meredah keindahan alam demi lempeng italiano seafood itu.

Meredah Jambatan maut Sg Muar (dengar cerita ada ular besar)

Meredah semua pasaraya (sebab SSTP suka shopping)

Maka sampailah mereka ke tempat yang dituju iaitu restoran lempeng italiano (Pizzahut).Dengan bersahaja mereka masuk lalu duduk tanpa memikirkan apa yang akan terjadi.Mereka tidak tahu bahawa sesiapa yang memasuki tempat itu akan terkena sumpahan.

Inilah tempat sumpahan akan berlaku.Lihat semua yang keluar pasti menggaru kepala

Sampai sahaja di meja maka Pria Romantik ternampak sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah dia dan isterinya iaitu :

sungguh menyelerakan.Inilah dia apa yang SSTP mahu

Lalu dia memesan menu tersebut tanpa rasa segan dan malu.Padahal menu itu bakal merubah nasib hidupnya dan Si Sepet Tanjung Puteri.Mereka dilayan dengan baik oleh Nelayan Durjana.

muka pun agak menyeramkan

Nelayan Durjana sedang menyiapkan sup sumpahan

SSTP sedang menikmati sup sumpahan dan roti ajaib

 Begitu berselera sekali PR dengan roti ajaib

Masa yang ditunggupun tiba.Maka Nelayan Durjana menghidangkan lempeng italiano yang dipesan.Semua pun akan tergoda bila melihat lempeng italiano itu.Tak percaya cuba lihat.

Amacam tergoda tak?

macam mana pula dengan yang ni?

Ini lah lempeng italiano terbaru dari Pizzahut yang digelar Fish King.Memang terbaek dari ladang.Sedap gila.Jadi tanpa membuang masa Si Pria Romantik memakan lepeng itu dengan rakusnya tapi secara tiba2...

Dia punya tarik memang mengghairahkan

Si Pria Romantik memakan tanpa segan silu

Tiba2 sumpahan terkena pada Pria Romantik dan berubah menjadi...


Alamak sekelip mata je terkena sumpahan dan dia terkejut (comel tak muka PR terkejut)

Dah alang2 terkena sumpahan maka Pria Romantik dengan hati yang berat terpaksa membayar semua hidangan sekiranya dia ingin bertukar kembali menjadi normal.

Lihat kesedihan menyelubungi Pria Romantik (makcik ditepi hampir pengsan)

Semasa hendak melangsaikan hutang pada Nelayan Durjana,Pria Romantik cuba membaca ayat kursi tapi tak berjaya.Dengan suasana yang seram dialog ini muncul...

Nelayan Durjana : Total semua sekali RM 72.85 termasuk take away ye

Pria Romantik : Baiklah demi keromantikan saya bayar...

Si Neleyan Durjana tanpa segan senyum kepada Pria Romantik

Setelah dapat apa yang diidamkan maka tersenyumlah SSTP.Akhirnya mereka pulang ke istana Sungai Abong dengan gembiranya.

Lihatlah Kegembiraan SSTP dan pinggannya yang licin

Jadi tamatlah hikayat Pria Romantik dan Si Sepet Tanjung Puteri.Kesimpulannya Pizzahut Fish King memang sedap lebih2 lagi kalau dimakan di restorang Pizzahut berdekatan.Jadi Apa tunggu lagi ayuh pergi ke Pizzahut.



p/s :
- Saya kalau dah gila sampai memang orang gilapun takut
- Terima Kasih pada Restoran Manager Pizzahut Muar, Kak Liza sebab melayan karenah blogger gila macam saya ni
- Korang patut Try benda ni sebab sedap.Terbaek lah FISHKING
- Cerita di atas adalah rekaan semata2 tiada kena mengena dengan pelanggan2 lain

UPDATE DARI KAMPUNG


Hye guys sorry ye update terlambat dan sememangnya lambat.Bukan apa Pria Romantik berada di kampung dan laptop saya jahanam so takde platform nak update.Nipun curi2 masa  pergi CC (kesiannya ko ni Bean).Saya bila takde laptop ni otak terusa jam tau.Nak menulis pun kena fikir satu hari baru dapat satu entri.Mungkin juga sebab tertinggal kismis doa di KL so otak jadi lembab.

Live blogging ni saya buat kat CC Sg Abong Muo sebab sebenarnya saya ada kerja nak buat (wah cutipun bawak balik kerja).So sambil2 saya nak jugak tulis entri walaupun takde idea.Korang nak tau something tak?Tadi saya buat kerja gila kat town Muar.Disebabkan saya nak masuk kontes Pizzahut tu saya dengan selamba redah masuk Pizzahut Muar lepas tu mintak permission untuk pinjam peralatan dia.Tak pernah dibuat orang.Tapi semangat blogging blogger romantik ini tak pernah putus.So korang nak tau apa saya buat dekat Pizzahut tunggu la entri kontes tu eyh.

Rambut dah panjang ni.Hasrat ati nak buat rambut macam Melromeo yang dulu tapi rasanya saya terpaksa batalkan hajat tuh sebab kepala dah mula pening2 dan mungkin akan merebak menjadi migrain kalau dibiarkan begitu sahaja.So esok mungkin saya akan botakkan rambut saya.Tetiba tadi terasa macam nak organize satu gathering macam kat The Mines dulu.Rasa2 kalau blogger cap ayam macam saya ni organize gath ada ke orang nak datang.Jadi kena ajak nama2 besar tolonglah.Tengoklah kalau takde aral mungkin bulan 5 ni saya nak buat gath lagi.Kita Karok pulak.

Oklah nak kena balik.Nak pergi kedai beli Kikapoo sebab hari semakin panas ni.Perut dah kenyang makan Pizzahut tadi.Anyway thaks to Kak Liza restoran manager Pizzahut Muar sebab melayang permintaan blogger gila macam saya tadi.Korang kena try Pizza FishKing tu memang best.



Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails