2 PERKARA YANG MEMANG TAK BOLEH HILANG DALAM BLOGSPHERE

2 PERKARA YANG MEMANG TAK BOLEH HILANG DALAM BLOGSPHERE



Selamat malam,

Hari ni takde apa yang menarik selain dapat makan masakan aiensepet.Meletop beb Bawal Power pun tak leh lawan.Saya ada satu soalan sebelum kita teruskan dengan entri kali ni.Apa yang korang belajar daripada blogging?Tadi saya cuba membiasakan diri dengan Facebook.Yelah dah lama saya tak guna facebook asyik dengan twitter je dan status facebook saya semua update direct from twitter.


Sekarang ada satu group yang tengah hot kat facebook iaitu Sahabat Blogger.Dah ramai members dah pun dan ia diasaskan (wah dah macam produk kecantikan) oleh BroFramestone kalau tak silap.Wah rajin kome buat benda-benda alah ni bro.Saya nak kata aktif tak juga tapi suka tengok apa yang dibincangkan so saya buat satu conclusion dari perjalanan saya di Sahabat Blogger.Setakat ni ada dua benda tak best yang tak boleh hilang dalam blogsphere kita.


1. Aktiviti Plagiat


Yang ni tak payah sebut memang orang tau.Budaya ctrl A + ctrl C + ctrl V.Shortcut untuk berjaya dalam blogging yang ramai buat.Dan ada yang mengamuk last 2 weeks sebab entri dia kene cilok.Kalau yang cilok tu blog cap ayam macam blog ni tu boleh di'consider'kan lagi lah.Tapi yang plagiat entri tu blog yang femes dan ada UV tinggi.Mungkin sebab plagiatlah blog tu naik ranking kot.Apa yang saya boleh rumuskan ialah korang plagiat korang takkan dapat belajar apa-apa dan kalau korang nak sangat publish tapi nak ambil hasil orang silalah gunakan kaedah krdit.Ni pinjam duit boleh plak pi syarikat kredit tanpa lesen..Kalau nak blogging korang kena tau cara nak elak diri dari plagiat tapi entri tetap di'publish'.Nak blogging kena ada etika beb...


2. Blogger Otai Sombong


Wah ini issue 2 tahun lepas tapi still ada jugak yang nak cerita macam ni.Korang nak tau tak kenapa issue ni tak boleh hilang?Benda ni jadi sebab adanya status ataupun kasta dalam blogging.Disebabkan wujud perkataan 'blogger otai' maka korang akan rasa diri korang kecil dan bila korang bergaul korang akan rasa tak selesa.Cuba buang perkataan itu korang akan rasa selesa dengan semua orang.Kalau nak diikutkan kebanyakan blogger yang ada kat luar sana semua ada kelebihan sendiri dan meraka akan cuba layan korang tapi sila faham kalau diorang tak layan itu bukan sebab diorang tak mau kawan dengan kita (ini ayat budak sekolah) tapi diorang ada life diorang.


Mungkin ada lagi perkara-perkara lain tapi saya nak highlight kan 2 ni je sebab selama saya blogging (tak perlu tahu sejak bila) 2 benda ni lah yang asyik-asyik jadi issue kat entry blogger-blogger luar sana tak kira baru atau lama.So rasanya kita perlu tau etika dalam blogging sebelum kita start nak daftar kat blogspot.hoho...


p/s :


* Nak Tips Blogging sila pi sini



Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :
- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi


Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails