MINI GATH RAMADHAN | SIAPA YANG DATANG?


MINI GATH RAMADHAN : SIAPA YANG DATANG?

Salam Ramadhan guys,cerita pasal Ramadhan kan sekarang tinggal lagi 2 hari untuk kita usha anak bulan.Mesti ramai yang bajet raya hari Khamis.ha3.Bab raya semua nak cepatkan tapi bila time awak bilan puasa dia punya liat mak aiyh memang teruk.Ooops sorry saya bercakap mewakili diri saya sendiri yang lain sila jangan perasan lebey ok.Korang still ingat tak flyers ni :



Ok last week hari Sabtu kitorang ada buat satu gath kat Sate Kajang Haji Samuri (sebelah stadium Kajang) bertujuan membantah tuntutan BENDERA.hak3 takdelah saje-saje je lepak makan2 sate pastu borak-borak benda yang tak penting dalam kehidupan.Sebelum kita tengok siapa yang datang gath ni kita tunjuk dulu muka organizer eyh :



Bean Moreno


Ok kali ni gath agak pelik sebab saya tak organize dengan scandal maya saya iaitu cikhel atas sebab-sebab tertentu.Actually ni adalah first time saya ngan Melz bergabung meletup untuk organize makan-makan.Apa yang tak bestnya mini gath ni ialah bila pekerja dia boleh lupa saya ada book table untuk 20 orang.Diorang bernasib baik sebab saya memikirkan yang saya masih sakit & berpuasa.Kalau tak memang saya dah baling kerusi kat kaunter (uiks ganas betul).

Oklah tak fair pulak kalau saya just tempek gambar saya dengan Melz dah nampak macam kitorang nak masuk Gadis Melayu 3 pulak macam Rina Salleh (suara minah ni hari-hari keluar iklan).Nak tau siapa yang datang Mini Gath Ramadhan Sabtu hari tu jom layan gambar :


Dah tengok gambar kan.So sekarang biar saya kenalkan satu-persatu siapa diorang ye :


* Broframestone
* Melz
* Bean Moreno
* Aiensepet
* Cikhel
* Red Linda
* Emy Anakperak
* Mat Joe
* Fazreen
* Eny Budak Sakit
* Paeh
* Arifshah
* Ejan (abang Melz)
* Khaizarien


Apasal tak ramai datang?Jawapan dia simple sebab kitorang memang tak target ramai sebab kalau ramai kitorang yang sempoi dan kurus susah nak handle dan memang kitorang booked untuk 20 pax je.Yang penting Melz payung sate beb!haha...Ooops terlupa sebelum mamat ni mengamuk anta spam kat blog ni baik saya letak gambar dia sebab dia adalah orang yang potong kelapa (photographer) untuk gath ni iaitu :


Syahirul si potong kelapa (photographer)


Ni baru sikit.Anyway ni first time saya jumpa dengan kebanyakan blogger-blogger yang datang terutama Ariffshah , Fazreen , dan Syahirul yang memang saya asyik dok baca je blog diorang yang orang kata best.hak3...Oklah dah penat.Entri pendek macam nipun ambil masa yang lama sebab sakit pinggang dan kegatalan ruam tahap maksimum.Nanti saya update entri lain ye.


p/s :


* Korang rasa apa terjadi selepas makan-makan ni?Ada cerita lain tak?
* Kepada yang tak dapat datang takpe cool je nanti kitorang akan buat gath lagi lepas raya.

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails