GADGET : IPAD DAN CARA NAK BELI KAT MALAYSIA


Hye salam guys,kejap je dah Sabtu dan esok dah Ahad.Saya ada kat Port Dickson ni sebab ada 'family gathering' kat rumah makcik (ni takde kena mengena dengan upacara pinang meminang ye).Yelah asyik2 'blogger gathering' je kadang2 'family gathering'pun kena pergi jugak.Tak pasal2 saya dapat info business dari pakcik saya.Sebenarnya saya dengan beberapa orang blogger yang lain ada plan nak bikin satu gath tapi mungkin biulan 7 sebelum puasa kot.Kena tunggu semua free baru boleh yang tak best nya Mel mungkin dah tak lepak ngan kita dah sebab dia dah jadi 'pure Johorean'.

Nak cerita pasal traffik pun tak best jugak sebab kalau cerita pasal traffik di hari Sabtu dan Ahad memang tak sesuai.Kebiasaannya traffik 'weekend' memang boleh buat blogger yang gila traffik (actually macam saya dulu) boleh jadi sedikit sewel.So saya buat sikit research pasal satu gadget ni.Saya memang pernggemar gadget (even tak mampu nak beli).Rasanya ramai yang dah tau pasal Ipad kan.Ipad ni kalau kita tengok bentuk dia memang lebih kurang macam Iphone just beza pada function dan saiz.Pada korang yang tak pernah tengok sila lihat gambar di bawah :

Amacam,smart tak Ipad ni?Bagi saya memang best la kan (walaupun nampak macam bentuk Iphone China saya.hak3).Kalau korang dah puas tengok gambar dia kita tengok spec dia pulak :


                     
Ok,kalau korang tak nampak tulisan tuh sila klik kasi besar ye.Itu saya adjust guna 'paint' je.Kalau nak diikutkan memang function dia sama je macam Iphone tapi Ipad ni ada kurang satu function iaitu tak boleh call or receive call sebab dia bukan telefon.Dia cuma gadget store and play yang mana korang boleh simpan fail dan transfer.

Yang buat benda ni menarik ialah interface dia dan function dia.Saya dengar kalau kita simpan ebook ke apa2 kita boleh buka helaian tu macam baca buku betul.Lagi satu yang best saiz dia memang agak besar kalau nak dibandingkan dengan Iphone tapi dia nipis je.So maknanya Ipad ni ringan je.nak lebih best jom layan video pasal Ipad ni :





Sekarang puas tak tengok.Ada terasa macam best tak?Saya kalau duit Nuffnang saya dah cukup memang saya ada berangan nak beli Apple Ipad ni.Sebab smart dan tak ramai yang pakai lagi.So bila saya pakai boleh la diumpamakan macam orang kaya yang pakai Kereta Ferrari.Ye memang ramai orang yang kaya tapi tak ramai kan yang pakai Ferrari macam Norman KRU.

Oklah nak tunggu depan TV sebab England ada match malam ni.Nak tengok apa strategi Capello.Mana tau bagus boleh 'recommend' boss baru Liverpool appoint dia jadi manager.

p/s:
*1* Mungkin lepas ni pergi sekolah dah tak payah pakai beg Swan lagi semua budak pakai Ipad dan mungkin penggunaan kertas dapat dikurangkan (bankrup la Indah Kiat).

*2* Ipad ni still susah nak cari kat Malaysia.Tapi jangan takut kalau korang minat korang boleh beli secara online dengan harga yang best dan reasonable sebab vshub ada buat promotion.Nak tau sila refer [sini].

*3* Credit to Apple for the Info
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails