5 SEBAB KENAPA ORANG BUAT RUMAH TERBUKA | CULTURE

5 SEBAB KENAPA ORANG BUAT RUMAH TERBUKA | CULTURE



Salam hari raya dan selamat makan lunch.Sekarang ni memang tengah kecoh kat dunia blog pasal satu isu.Isu ni memang dah ramai tau dan kena.Dulu kalau tak silap Gengblogger yang kena dan sekarang semua blog yang pakai Innity telah kena penyakit yang sama iaitu serangan Malware.So apa-apapun saya mintak maaf pada tuan blog yang guna Innity kalau saya terpaksa remove korang dari bloglist saya.Sebab penyakit ni dah efek kat blog saya dan menyebabkan visitor saya lari.Tulah orang suruh guna Nuffnang nak gak guna Innity.hak3...

Oklah walaupun mood raya dah semakin kurang tapi kita masih lagi dalam bulan raya.Orang kata puasa sebulan rayapun kena sebulan (walaupun baju raya tertinggal kat umah).Bila bab raya open house memang tak boleh lupa punya.Every week end mesti ada jemputan open house.Last week saya dijemput makan makanan yang best-best kat umah Linda & Zaid.Ok jom kita bincang kenapa orang buat open house :


1) RAPATKAN SILATURAHIM


Yang ni sebab paling penting.Orang buat openhouse untuk merapatkan sillaturahim antara keluarga & kawan-kawan.Bila open house kadang-kadang orang yang kita dah lama tak jumpapun akan datang.So bolehlah borak panjang sebab kat office kadang-kadang tak sempat nak bertegur.Bak kata orang I am a busy Businessman.


2) TEST POWER MEMASAK


Kadang-kadang kat umah nak masakpun malas.Asyik ngadap PC takpun layan Astro.Tapi bila raya tetiba je buat open house.Masa open house nilah kita nampak lauk sedap-sedap padahal kalau hari biasa masak telur matapun hancur.Tapi bila tang open house pergh masakan dia Chef Wan pun kalah beb.So time open house nilah orang nak test power memasak sedap-sedap.


3) TUNJUK RUMAH BARU


Yang ini agak lawak.Kalau korang perasan orang akan buat open house samada diorang baru pindah umah (terutama yang beli.rumah sewa agak jarang) ataupun rumah baru renovate.Paling cikaipun lepas beli TV LED 3D Samsung.Tak taulah memang niat nak buat open house ataupun saja nak tunjuk rumah.hak3...


4) CARI JODOH


Yang ni memang selalu terjadi.Kalau tuan rumah buat open house biasanya dia nak menemukan anak dia dengan seseorang.Mungkin anak jiran yang kacak macam Bean Moreno ataupun mungkin anak pekerja dia yang cun macam Rozita Che Wan.Takpun anak dia nak bawak calon menantu jumpa dengan mak bapak.Paling rileks yang dapatng ikut kawan-kawan sebab nak ngorat adik beradik or sanak saudara tuan rumah.Ces ni selalu terjadi depan mata!So rumah terbuka dah jadi macam medan mencari jodoh.


5) BERKUMPUL DAN MENGUMPAT


Yang ni agak bahaya.Daripada niat suci nak bagi orang makan silap-silap boleh dapat dosa yang sama macam membunuh orang Islam.Tu yang susah bila berkumpul ramai-ramai (terutama girl) memang tak lari dari bercerita.Macam-macam cerita keluar silap-silap cerita pasal spender orang pun boleh keluar.So hati-hati ye...


Oklah cukup lima kang banyak-banyak tak pasal-pasal masuk surat khabar readers mati muntah darah.Apa-apapun open house memang best sebab boleh melantak tanpa perlu bayar macam kat mapley.


p/s :
* Korang rasa kenapa biasanya orang buat open house?
* Bila pulak saya nak buat open house... 
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails