GROUP ALLAHYARHAM HJ ABDULLAH

GROUP ALLAHYARHAM HJ ABDULLAH




Selamat hari Sabtu guys,

Macam biasa Sabtu memang jarang orang online sebab lebih baik berpacaran kat Shopping Mall menghabiskan masa dan duit.Saya ni nasib je kereta rosak kalau tak dah memang keluar.Firstly saya nak mintak maaf kat Geng Tali Barut Kak Ina sebab semalam tak dapat nak hangout dengan diorang.Bukan sombong tapi saya takde transport nak jenjalan maka tersadailah saya melayan bini di rumah.ahaks...

Korang kenal tak dengan Haji Abdullah?Saya rasa memang korang langsung tak kenal.Haji Abdullah tu datuk saya.Tapi dia dah meninggal.sedih tak?Ok jangan nagis sebab saya bukan nak cerita macam mana Arwah Haji Abdullah Meninggal tapi saya nak cerita pasal semangat kekeluargaan dalam keluarga Haji Abdullah.Selaku cucunya yang paling disayangi saya nak announce yang kitorang dah ada group dalam facebook.Ni members dalam group ni :






Actually saya takde masa nak fikir apatah lagi nak buat group-group ni.Tapi bila satu daripada cousin saya create group ni maka secara tak sengaja nama saya akan termasuk kat dalam group ni.Bagi sesetengah orang maybe diorang beranggapan bahawa group ni tak perlu bagi sesetengah family tapi bagi kitorang benda ni perlu sebab kitorang memang selalu buat aktiviti bersama (yang selalu takde ialah saya!hak3).Apa yang bagusnya group ni :


1) Boleh save duit kalau nak organize event.Yelah just on laptop then discuss kat dalam group.Tak perlu nak bergayut dan habiskan kredit prepaid.


2) Tak perlu merosakkan wall masing-masing.Yelah kalau nak mengutuk kita tak perlu letak kat wall.Kutuk dalam group boleh dikatakan sebagai user yang berani sebab itu kira kutuk depan-depan.


3) Nak jumpa tiap-tiap hari memang susah sebab keluarga Haji Abdullah base kat Batu Pahat.Jadi dengan group ni ahli keluarga boleh beramah mesra dalam group.


Selain dari group ni kami jugak ada photo album sendiri.So bila ada aktiviti bersamamu maka album tu akan diisi sebab kami ada seorang photographer handalan yang mungkin akan gantikan Saiful Nang nanti.hak3...Actually main point saya memang pasal group ni tapi saya ada benda lain nak sampaikan iaitu dari korang buat group benci artis or benci Anwar Ibrahim (uiks apahal nama dia naik ni?) better korang create satu group untuk family ke,sekolah ke ataupun kelab.So boleh membantu korang dalam merancang aktiviti yang korang nak buat dengan kawan-kawan.


p/s :


* Agak pelik jika nama Mama saya menjadi Keyword dalam Search Engine?Siapa pulak yang nak tau pasal mama saya ni?



Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails