SALAM MAAL HIJRAH

SALAM MAAL HIJRAH 1432



Salam Maal Hijrah guys,

Apa perasaan korang dah masuk tahun baru ni?Adakah sambutan tahun baru Islam disambut dengan riang oleh kita berbanding New Year 2010 yang lepas.Memang seronok kan sambut New Year 2010 walaupun saya dah beberapa tahung tak hangout masa New Year.Dulu masa zaman Jahiliah New Year tu perkara wajib kira event tahunan yang wajib pergi.

Persoalan seterusnya adakah kita meletakkan azam di setiap Maal Hijrah sama macam setaip kali New Year muncul?Kalau tanya saya jawapannya mungkin sebab saya manusia biasa yang kadang-kadang tersasar dan lupa diri.Itu sebenarnya kelemahan kita termasuk diri saya ni sebab kita adalah manusia.Selagi kita dibayangi dengan keduniaan kita tetap hanyut dan lupa.Mak aiyh gila lah tetiba nak berhujah dan emotional pulak.

Actually bukan nak berlagak baik or berpura-pura jadi alim dan sila jangan bayangkan yang saya cuba nak masuk Imam Muda ye.Kebanyakkan kita hanya mengaku dengan lisan dan bila ditanya:

" Adakah Kita Islam?"

maka jawabnya...

YA!

Tapi apa bukti yang kita ni adalah seorang Islam.Adakah hanya dengan nama itu membuktikan kita Islam padahal setiap malam minggu kita kat ALOHA?Alamak macam mana saya boleh tau nama ni pulak...Itu cerita lama...So simple je andai kata kita setiap tahun masihi boleh buat azam yang berbeza dan boleh mencapai setiap azam kita...Apa kata kita cuba tahun Hijrah pulak.Buat satu azam cukup...Dan cuba capai azam tu...Actually sayapun tengah cuba nak berubah.Saya faham bukan senang nak berubah dari kotor kepada bersih.Sama je kalau baju tu memang banyak kotorang degil pakai Dynamo pun tetap ada kesan dan kesan tu perlahan-lahan akan hilang kalau dibasuh banyak kali kan.

JadI...

SALAM MAAL HIJRAH 1432 KEPADA SEMUA READERS & FOLLOWERS SUTERABLOGGER
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails